Saya nak menjawab beberapa pertanyaan lazim oleh pembaca mengenai tips untuk memulakan perjalanan dan juga lawatan ke kawasan sepanjang di laluan arah perjalanan mereka.
Sebenarnya sudah beberapa kali saya berkongsikan catatan yang sedemikian namun rasanya elok kalau saya kemaskinikan tips sebegini kerana sudah ada perubahan.
Jadi Tips ini adalah untuk mereka yang datang dari arah Simpang Pulai atau Lojing.
1. Tempat sembahyang.
yang selesa adalah di Masjid Kampung Raja untuk pelancong dari Simpang Pulai atau Masjid Muhamadi di Lojing yang terletak di sempadan negeri Pahang dan Kelantan.

2. Ladang Anggur di Blue Valley,
Sweet Grape Farm yang mana anda boleh lihat dipapan tanda di tepi jalan. perlu memandu sedikit sekitar 100 meter untuk ke ladang anggur ini. Saya nasihatkan anda memeriksa status musim anggur di facebook khasnya di Facebook Cameron Highlands Group yang aktif dalam soal kemaskini dan perkongsian maklumat terkini.

3. Hentian Teh Bharat Tea di Kuala Terla
Seperti gambar di atas. Ada kemudahan kafe dan juga tandas yang sangat selesa. Juga boleh melihat hamparan ladang teh dengan berjalan ditengah-tengah rimbunan renek pokok teh ini.

Juga terdapat dua aktiviti lasak iaitu kembara dengan landrover ke ladang teh dengan pengalaman melalui laluan ladang teh sehingga ke hentian di puncak ladang teh ini. Bayaran RM 10 seorang.
Bagi yang nak lebih mencabar adalah mencuba tungangan ATV dengan bayaran RM 35 seorang. Juga sangat menarik untuk dicuba. Namun hanya untuk golongan dewasa sahaja.
4. Hentian Strawberry Al Mashoor,
Selepas Pekan Tringkap. Ringkas untuk seketika dan terdapat cafe serta surau juga di sini. Produknya adalah diusahakan oleh orang Melayu seperti jem strawbery, kordial dan sebagainya.

5. LAVENDAR GARDEN
Memang popular dan menjadi destinasi mesti singgah walaupun hanya diluar untuk merakamkan gambar air terjun buatannya yang unik. Di dalamnya terdapat koleksi hamparan bunga lavendar, bunga-bunga hiasan, strawberry, gerai makan, cafe, gerai jualan perlancongan dan juga surau dan tandas.

Bayaran masuk adalah RM 8 bagi dewasa dan RM 4 bagi kanak-kanak.
Tak mahu bayar untuk masuk? Bersebelahannya sudah mulai dibuka kiosk baharu yang dibuka namun tidak dikenakan bayaran dan hamparan pokok crisanthemun pula menanti anda tetapi sangat ringkas.
6. Hentian Rose Point dan juga hentian jualan sayuran dan produk tempatan di Pekan Tringkap boleh anda jadikan persinggahan seterusnya. Terdapat banyak gerai selain hentian rose untuk anda masuk dengan bayaran RM 4 kalau tak silap saya.
Selain itu ada gerai-gerai jualan sama seperti di Kea Farm.\
7. Bee Farm
sebelum Aronda Nova. Saya tak boleh nak ulas sebab saya belum pernah singgah walapun 10 tahun di sini.
Tapi saya dari luar amat besar bangunanya dan ramai pelancong singgah di sana.

8. Komples Membeli Belah Cameron Square di Aronda Nova
Ada kompleks membeli belah terbesar di Cameron Highlands dengan beberapa cafe moden seperti Teh Tarik Place dan Old Time White Coffee termasuk Watson dan juga 7 Eleven.
Juga terdapat Muzium 4D yang menjadi tarikan pelancong untuk masuk dan melihat lukisan yang seakan hidup sambil bergambar.
Tiket masuk saya kurang pasti.

Berhadapannya pula adalah Holiday Park untuk permainan ala fun fairdan juga gerai jualan.
9. Butterfly Park
Berhampiran dengan Aronda Nova dengan bayaran masuk sekitar RM 5 seorang dewasa kalau tak silap. Bukan sekadar rama-rama tetapi ada koleksi haiwan esotik dan juga bunga-bungaan hiasan. Sekitarnya juga ada gerai jualan khasnya cenderahati.

10. Tea Centre Ladang Teh Sungei Palas
Bertentangan dengan Aronda Nova adalah laluan masuk ke Ladang Teh Sungei Palas yang mesti anda singgah. Kenapa?
Terlalu banyak persinggahan di sini iaitu bukan sekadar ladang teh yang cantik tetapi ada tea centre yang lengkap dengan Kilang Teh, Kedai Teh dan Cafe Teh di situ.

Anda boleh membaca catatan saya yang terdahulu mengenainya dan Insyallah yang terkini akan saya kongsikan kelak.
11. Kea Farm ...
Saya tak perlu nak cakap kenapa anda boleh singgah di sini kerana anda pasti akan singgah untuk membeli belah sayuran dan juga produk Cameron Highlands.

Lokasinya ditepi jalan akan membuatkan anda teruja nak singgah dengan ramai pelancong akan singgah di sin.
Cuma sedikit tips saya, jangan singgah di hari pertama anda di sini kerana faktor ketahahan sayuran yang anda beli itu. Singgah di hari terakhir anda kerana lebih tahan lama untuk terus dibawa pulang..
Lokasi lain saya kongsikan kemudian sebab di sini anda dah sampai di Cameron Highlands yang sebenar....
Cuma anda pasti akan paham kenapa anda terperangkap dalam kesesakan bila melalui kawasan ini....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.