Saturday, May 28, 2016

Kejohanan Ragby 7 Sebelah Piala Ketua Polis Pahang 2016

Sekitar Karnical 7 Sebelah Ragbi Piala Ketua Polis Pahang 2016 yang
berlangsung pada 21-22 Mei 2016 yang lalu di Cameron Highlands.

Koleksi penuh gambar dapat dilihat di album laman Facebook mrkumai.blogspot.com


Thursday, May 26, 2016

Kayuhan bersama Komuniti Lesen Gunung Brinchang 8

Pulang marilah pulang ..marilah pulang .. bersama-sama..

Bukan pulang tangan kosong kali ini tetapi rata-rata peserta berpuas
hati dengan program Kayuhan Bersama Komuniti yang dianjurkan oleh
Laguna Cycling Club dari Pulau Indah, Klang bersama-sama tuan rumah
Cameron Riders.

Dengan laluan yang sama perlu dihadapi oleh peserta ianya bukanlah
begitu sukar kerana kepuasan di puncak Gunung Brinchang akan terus
dingat sepanjang masa.

Apapun cabaran perit pendakian, manis kenangannya mengatasi segalanya.

Alhamdulillah tiada yang cedera dan tiada musibah melanda sepanjang
sesi kayuhan ini.

Tahniah kepada semua..


Kayuhan bersama Komuniti Lesen Gunung Brinchang 7

Kayuhan bersama Komuniti Lesen Gunung Brinchang ini dilengkapi dengan
sesuatu yang amat istimewa.

Peserta bukan sahaja berjaya menamatkan kayuhan ke Puncak Gunung
Brinchang tetapi satu kejutan telah disediakan oleh Cameron Riders.

Kejutannya yang amat jarang diperolehi adalah Berada betul-betul di
Puncak Gunung Brichang di laman Stesen Telekomunikasi Telekom.

Lebih istimewanya terdapat garis sempadan di atas laman tersebut yang
memisahkan antara dua negeri Pahang dan Perak.

Bukan mudah untuk mendapatkan kebenaran memasuki Stesen yang berstatus
KAWASAN KESELAMATAN ini kerana turut menempatkan aset Keselamatan yang
terbabit.

Biarpun agak sukar untuk mendapatkan kebenaran awalnya namun setelah
mendapatkannya, bagaikan sesuatu yang istimewa buat semua peserta.

Malah ramai dikalangan ahli Cameron Riders dan krew sokongan sendiri
yang tidak pernah mendapat peluang sebegini.

Terima kasih Tuan yang terlibat dalam memberikan kami peluang untuk
mengunjungi lokasi istimewa ini.

Bagaikan di puncak !!!!


Setengah jam di sini, kami mulai berkonvoi turun dengan cabaran yang
berbeza. Kali ini bukan kaki yang bekerja keras tetapi tangan pula
kerana menuruni bukit sepenuhnya untuk ke Pusat Tea di Ladang Teh
Sungei Palas.

Terbakor la brek sepanjang jalan ..hangit baunya...




Kayuhan bersama Komuniti Lesen Gunung Brinchang 6

2030 meter dari aras laut atau hampir 6666 kaki dari aras laut
menyaksikan puncak yang akan dan telah ditawan oleh peserta kayuhan
komuniti bagi membolehkan mereka mendapatkan LESEN GUNUNG BRINCHANG..

Istilah Lesen ini memang digunapakai oleh Cameron Riders kepada mana-mana ahlinya jika sampai ke puncak ini dengan membuat kayuhan.

Malah bagi mereka yang sudah melakukannya kami gelarkan kayuhan "renew lesen" setiap kali ke lokasi ini.

Pada 22 Mei 2016 yang lalu, seramai lebih 100 peserta berjaya mendapatkan Lesen Gunung Brinchang dan separuh daripadanya telah memperbaharui lesen berkenaan..

Tahniah .. nampak 11 km sahaja bagaikan mudah .. namun keperitan mendaki dan berkayuh ke Puncak Gunung Brinchang bukanlah semudah yang disangkakan.

Tahniah sekali lagi ... bila nak renew lesen tu ... Cameron Riders katanya minggu ini bagi meraikan rakan dari Teluk Inta pulak.. naik grade lesen ni .. dari kelas B dah boleh dapat kelas E penuh ni..

Jom kita...







Kayuhan bersama Komuniti Lesen Gunung Brinchang

Peringkat keenam Kayuhan Bersama Komuniti Lesen Gunung Brinchang ini
memang sempoi sebenarnya iaitu melalui Hutan Lumut sejauh 1.3 km.

Namun keunikkannya seperti tidak dihiraukan oleh mana-mana peserta
kerana semuanya berkayuh sambil menundukkan kerana terlalu fokuskan
kayuhan di kawasan ini.

"Nak angkat kepala pun tak larat la bang" kata salah seorang peserta
bila saya meminta untuk diambil gambar.

Tak apalah. Saya memahami kepenatan mereka untuk sampai ke tahap
kayuhan ini. Ketika ini paras ketinggan sudah mencecah 2,000 meter
dari aras laut.

Mereka ahanya tinggal 30 meter sahaja perbezaan ketinggian di aras
laut dengan baki kayuhan 1 km sahaja lagi ...

Kipidap bang .. ukenduiit ..

kata orang muda sekarang ni ..