2030 meter dari aras laut atau hampir 6666 kaki dari aras laut
menyaksikan puncak yang akan dan telah ditawan oleh peserta kayuhan
komuniti bagi membolehkan mereka mendapatkan LESEN GUNUNG BRINCHANG..
Istilah Lesen ini memang digunapakai oleh Cameron Riders kepada mana-mana ahlinya jika sampai ke puncak ini dengan membuat kayuhan.
Malah bagi mereka yang sudah melakukannya kami gelarkan kayuhan "renew lesen" setiap kali ke lokasi ini.
Pada 22 Mei 2016 yang lalu, seramai lebih 100 peserta berjaya mendapatkan Lesen Gunung Brinchang dan separuh daripadanya telah memperbaharui lesen berkenaan..
Tahniah .. nampak 11 km sahaja bagaikan mudah .. namun keperitan mendaki dan berkayuh ke Puncak Gunung Brinchang bukanlah semudah yang disangkakan.
Tahniah sekali lagi ... bila nak renew lesen tu ... Cameron Riders katanya minggu ini bagi meraikan rakan dari Teluk Inta pulak.. naik grade lesen ni .. dari kelas B dah boleh dapat kelas E penuh ni..
Jom kita...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.