Kayuhan bersama Komuniti Lesen Gunung Brinchang ini dilengkapi dengan
sesuatu yang amat istimewa.
Peserta bukan sahaja berjaya menamatkan kayuhan ke Puncak Gunung
Brinchang tetapi satu kejutan telah disediakan oleh Cameron Riders.
Kejutannya yang amat jarang diperolehi adalah Berada betul-betul di
Puncak Gunung Brichang di laman Stesen Telekomunikasi Telekom.
Lebih istimewanya terdapat garis sempadan di atas laman tersebut yang
memisahkan antara dua negeri Pahang dan Perak.
Bukan mudah untuk mendapatkan kebenaran memasuki Stesen yang berstatus
KAWASAN KESELAMATAN ini kerana turut menempatkan aset Keselamatan yang
terbabit.
Biarpun agak sukar untuk mendapatkan kebenaran awalnya namun setelah
mendapatkannya, bagaikan sesuatu yang istimewa buat semua peserta.
Malah ramai dikalangan ahli Cameron Riders dan krew sokongan sendiri
yang tidak pernah mendapat peluang sebegini.
Terima kasih Tuan yang terlibat dalam memberikan kami peluang untuk
mengunjungi lokasi istimewa ini.
Bagaikan di puncak !!!!
Setengah jam di sini, kami mulai berkonvoi turun dengan cabaran yang
berbeza. Kali ini bukan kaki yang bekerja keras tetapi tangan pula
kerana menuruni bukit sepenuhnya untuk ke Pusat Tea di Ladang Teh
Sungei Palas.
Terbakor la brek sepanjang jalan ..hangit baunya...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.