Thursday, February 26, 2015

Tips pengguna : Jika dah tak mampu bayar kereta

Saya dapat tips pengguna ini dari group whatsapp saya. Dari salah seorang rakan sekolah lama yang bekerja sebagai pegawai kewangan. 

Katanya....

Tips sangat baik drp Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)

Sekiranya anda tidak mampu meneruskan membayar finance kenderaan anda, 
jangan sesekali anda:-
- Serah kpd pihak ke3 (samb.bayar @ skim sewa)
- Sembunyikan drp pihak bank elak ditarik.
- Jual spare part atau sebagainye..

Ini kerana anda akan di blacklisted, ccriss, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari drp tarikh anda serah kpd bank untuk dituntut semula.
Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari drp tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong td akan di tolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.

Bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya:-

1- finance dh melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2- kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.

3- pada hari cuti umum

4- selepas jam 9 malam.

-Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula drp KPDNKK.

- Sekiranya si penarik kereta dtg lebih drp seorang, semua drp mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang drp mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.

Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna yg bijak..sharing is caring✌‎


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tips Pengguna Bijak; tak mampu bayar kereta

Saya dapat tips pengguna ini dari group whatsapp saya. Dari salah seorang rakan sekolah lama yang bekerja sebagai pegawai kewangan. 

Katanya....

Tips sangat baik drp Persatuan Keselamatan Pengguna. (PKP)

Sekiranya anda tidak mampu meneruskan membayar finance kenderaan anda, 
jangan sesekali anda:-
- Serah kpd pihak ke3 (samb.bayar @ skim sewa)
- Sembunyikan drp pihak bank elak ditarik.
- Jual spare part atau sebagainye..

Ini kerana anda akan di blacklisted, ccriss, dan dikenakan pelbagai denda & caj upah tarik kereta, upah simpan stor dll.

Oleh itu, anda disarankan pergi ke bank terbabit dan serahkan kunci kereta anda.

Bank akan simpan kenderaan anda dan memberi tempoh 21 hari drp tarikh anda serah kpd bank untuk dituntut semula.
Sekiranya anda tidak menebus balik dlm masa 21 hari drp tarikh serah, bank berhak melelong kenderaan anda, hasil lelong td akan di tolak baki hutang dengan bank dan bakinya adalah milik anda.

Bank tidak boleh tarik kenderaan anda sekiranya:-

1- finance dh melebihi 75% kecuali ada surat mahkamah

2- kenderaan anda berada di kawasan kediaman berpagar.

3- pada hari cuti umum

4- selepas jam 9 malam.

-Ajen penarik kereta mestilah mempunyai kad autoriti (EPS) Ejen Perolehan Semula drp KPDNKK.

- Sekiranya si penarik kereta dtg lebih drp seorang, semua drp mereka mestilah mempunyai kad EPS. Sekiranya salah seorang drp mereka gagal menunjukkan kad tersebut, anda berhak membuat laporan polis kerana membawa gangster dll.

Sekiranya berlaku juga seperti yg di atas, anda berhak membuat laporan polis kerana telah menyalahi akta pengguna.

#Jadilah pengguna yg bijak..sharing is caring✌‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, February 25, 2015

Kayuhan ke Stesen Mardi Tanah Rata


‎Antara lokasi kayuhan petang atau lebih kepada pagi adalah ke Stesen Mardi di Tanah Rata yang mudah sangat dikunjungi.

Cuma untuk memanjangkan kayuhan anda boleh menuju ke Kampung Taman Sedia sebelum menuju ke Jalan Masjid dan memasuki Stesen Mardi melalui kawasan rumah kakitangan berbanding dari pintu utama.

Di Stesen Mardi anda boleh berkayuh ke kawasan tanaman sehinggalah ke Ladang Teh yang sedikit mendaki ke pondok tinjau di puncaknya.

Kemudian anda boleh mencuba laluan off road di belakang quarter kakitangan  yang mana terdapat kebun sayur terbuka sebelum berpatah semula ke kawasan utama stesen ini.


Senibina Stesen ini yang berlatarkan senibina engeris menarik untuk berselfie di mana-mana penjuru terutama di hadapan bangunan utamanya.  

Saya biasanya menghabiskan 45 minit kayuhan sekitarnya sambil berehat panjang sebelum pulang menggunakan laluan Persiaran Dayang Endah ke Tanah Rata.






Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Tuesday, February 24, 2015

Pilih sihat, pilih Lushious


‎Saya nak promosikan salah satu sayuran yang bermutu tinggi dan selamat dari bumi Cameron Highlands yang boleh anda nikmati tanpa ragu-ragu.  



Ianya ditanam di Cameron Highlands dengan menggunakan teknologi moden dan ladang yang mendapat pengitirafan MyGAP iaitu Skim Amalan Baik Pertanian bagi ladang. 

Selamat kerana ianya mematuhi segala keperluan food safety samada pengunaan racun yang betul serta proses lepas penuaian yang terbaik sehingga ke pasaraya pilihan anda.

Yang lainnya, saya bersama pasukan kecil kami di Cameron Highlands yang menanamnya serta proses pembungkusan...







Terbaik dari ladang....

Dapatkan di pasaraya seperi Giant, Aeon Big, Mydin dan beberapa lagi outlet.. 






Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, February 23, 2015

Memancing di Cameron Highlands


‎Antara soalan rakan-rakan kaki pancing adalah di manakah lokasi terbaik untuk Memancing di Cameron Highlands. 

Kata mereka ikan atas Gunung ni mesti kuat melawan kalau menarik umpan sebab airnya ganas.

Tapi soalan ditanya kepada bukan kaki pancing maka jawapannya tak tahu.

Cuma saya lihat dulu sebelum kerja-kerja mengorek kelodak pasir di Tasik Lubuk Camang ataupun lebih dikenali dengan nama Tasik Ringlet, di situlah ‎lokasi mereka memancing. 

Namun selepas aktiviti mengorek kelodak ini berterusan, maka tiada lagi kelibat kaki pancing. 



Saya kemudian selalu mendengar mereka turun ke bawah sampai ada ke Tasik Kenyir, Gopeng ‎sehingga ke Teluk Intan mencari lokasi memancing. 

Sungai di Cameron Highlands tercemar teruk dengan aktiviti perkebunan tanpa had.

Rosak dengan penuh kelodak tanah dan mendapan.



Namun saya minggu lepas sempat memancing dengan rakan di satu lokasi baharu iaitu Sungai Lemoi yang jauh ke hilir Cameron Highlands. 

Sungainya deras dan sangat bersih kerana tidak aktiviti pekebunan sayur di kawasan huluan setakat ini


Namun sudah ada tanda-tanda penerokaan tanah di sepanjang laluan ke Lemoi selepas pembukaan jalan baharu ke Sungai Koyan.

Kalau dibiarkan, akan menjadi seperti sungai Telom dan Ringlet yang rosak teruk.

Percubaan kami memancing di Sungai Lemoi ini sekadar tanpa dirancang dengan hanya berbekalkan umpan cengkerik dilewat petang.


Walaupun kurang dua jam, dan kurang ikan menyambar umpan, saya lebih asyik meninjau jeram sungai namun tidak boleh jauh meninjau kerana sudah hampir maghrib. 

Mungkin lain kali dan rakan saya yang tekun melayan jorannya berjaya mendapat tiga ekor anak ikan dan salah satu nya dikatakan ikan kelah.... teka kami. 


Insyallah kalau kami ke sana lagi, akan saya kongsikan kisahnya pula.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, February 22, 2015

Operasi memusnahkan kebun haram @ Cameron Highlands


‎Saya ditanya oleh seorang rakan dari bawah apakah status Operasi Gading yang dikatakan semakin tiada kedengaran. 

Saya akui kurang kedengaran di media massa kerana mungkin  sudah suam kepanasan isunya.


Namun di Cameron Highlands kami masih melihat pasukan ATM dan PGA masih berlegar. 

Begitu juga dengan Jabatan Imigresen Malaysia yang masih melakukan operasi mereka menangkap pekerja asing tanpa izin.

Mungkin kelibat wartawan yang tiada mengekori mereka kali ini.


Semalam saya mendapat koleksi gambar ini yang mengatakan operasi kebun haram di Kuala Terla minggu lalu melibatkan tanaman tomato dan agak jauh ke bahagian dalam kawasan tersebut.

Tanpa gambar ini, saya sendiri sudah menyatakan mungkin operasi sudah berakhir dan sasaran 2000 ha mungkin sekadar di atas kertas semata-mata. 


Soalan kedua adalah apakah kawasan kebun haram yang ditunjukan kepada TPM sudah dirobohkan.

 Jawapan saya, kalau dah tunjukan pun masih tak dapat dirobohkan tentunya sangat kebal si pelakunya atau mata dan tangan sudah terikat.

Pemerhatian saya di pinggir jalan mendapati struktur kebun tersebut sudah dirobohkan sendiri oleh pemiliknya.  


Cuma sebahagian yang berada di sebelah jalan manakala di seberang sungai sehingga dalam kawasan simpanan sungai masih kukuh berdiri.

Satu lagi persoalan, adakah kompaun dikenakan kepada penceroboh tersebut? Saya tidak tahu.

Adakah ada pendakwaan kepada penjenayah yang menceroboh tanah haram? Juga saya tiada maklumat.

Adakah pihak berkuasa tempatan sukar mengetahui orang yang bertanggungjawab? Saya tiada jawapan kepada kawan saya itu.


Yang pasti, operasi Gading akan menjadi tumpuan ramai untuk melihat samada kata dikota seiring laungan awalnya. 

Tuanku Sultan telah menzahirkan kemurkaan. 

TPM juga menyatakan kekecewaan. 

Ahli Parlimen sendiri mengakui mempunyai maklumat dalang. 

Menteri bertanggungjawab ke atas MKN sudah mengerakan pasukan penguatkuasaan.

Persoalannya, mampukah 2,000 ha kebun yang dibina di tanah haram mampu dimusnahkan San ditanam dengan pokok hutan seperti yang dijanjikan.

Tunggu aje laaa..

(Gambar di atas dari whatsapps Group Cameron Highlands saya) 


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, February 21, 2015

Tips Menghadapi Cuaca Panas Melampau .. fenomena Ekuinoks

‎Cuaca panas yang melampau datang kembali dan jika dahulu dikenali El Nino (saya keliru antara El Nino atau La Nina)  kini ianya dinamakan sebagai Fenomena Ekuinoks

Bagi anda yang gemarkan dengan aktiviti lasak seperti berbasikal bukit, risiko untuk menghadapi kesan cuaca panas ini lebih terasa.

Mungkin kita boleh kurangkan sedikit aktiviti luar kita buat sementara waktu. 

Kurangkan..Bukan berhenti terus... demi kesihatan kita sendiri . 

Kami kongsikan tips dan nasihat Kementerian Kesihatan untuk berhadapan dengan cuaca panas ini.


Sama-samlah kita menjaga diri dan keluarga. Panas ekstrem melanda negara, boleh bawa maut

22 Februari 2015 1:35 AM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Musim panas ekstrem yang dijangka melanda negara minggu depan boleh memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia termasuk menyebabkan kematian seperti strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana cuaca kering dan berpanjangan bukan sahaja memberi kesan kepada ekosistem dan kawasan pertanian, tetapi membahayakan kesihatan.

"Perubahan iklim ini akan menjejaskan sumber bekalan air yang selamat lalu meningkatkan kes-kes bawaan air dan makanan serta cirit-birit. Penyakit berkaitan sistem pernafasan dan kardiovaskular juga meningkat.

"Kes penyakit denggi pula akan meningkat kerana masyarakat menyimpan air di dalam bekas simpanan yang tidak ditutup malah cuaca panas juga merangsang pembiakan nyamuk dan replikasi virus dalam nyamuk," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan tentang negara ini dijangka bakal berdepan cuaca panas melampau bermula minggu depan sehingga awal April ini berikutan fenomena Ekuinoks yang menyebabkan matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.


Tambah Dr. Noor Hisham, semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas tetapi terdapat kumpulan yang lebih cenderung terkesan akibat perubahan iklim tersebut.

"Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain lebih berisiko kerana mereka terdedah kepada cuaca panas.

"Orang dewasa berusia 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda. Kanak-kanak berusia lima tahun, penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid juga antara kumpulan yang berisiko tinggi," katanya.

Sementara itu, pakar kesihatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Dr. Jegan Thanabalan berkata, cuaca panas melampau juga boleh menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut khususnya kepada kanak-kanak dan orang tua.

"Masalah kekurangan air dalam badan adalah yang paling bahaya semasa cuaca kering dan panas kerana perubahan kandungan garam galian dalam badan boleh menyebabkan strok haba berlaku.

"Minum banyak air suam, air isotonik dan hadkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas terik," katanya.

- See more at: http://m.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/panas-ekstrem-melanda-negara-boleh-bawa-maut-1.62093#sthash.8K8H27R9.dpuf‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday, February 20, 2015

Kayuhan Santai Tanah Rata

 
Petang-petang begini tak tahu nak berkayuh ke mana dan seorang pula sebab cuti yang panjang selalunya ramai rakan yang turun balik kampung ataupun melancong ke tempat lain kerana Cameron Highlands yang sibuk dan penuh dengan pelancong.
 
Tapi nak menghilangkan gian berkayuh masih boleh melakukannya santai sekitar Tanah Rata dengan sesantai-santainya.
 
Jom berkayuh.
 
 
Laluan boleh menghala ke Ringlet tetapi naik mendaki melalui Persimpangan Royal lily semula sebelum berkayuh sekitar Persiaran Dayang Endah sebelum mendaki ke Puncak Arabela.
 
 
Turun dari situ pula masuk sebentar ke Stesen Mardi. Boleh juga bersiar sebentar sekitar Stesen ini sebelum berkayuh ke Jalan Masjid dan rehat ditepi padang bola untuk berehat.
 
 
Turun dari situ pula masuk sebentar ke Stesen Mardi. Boleh juga bersiar sebentar sekitar Stesen ini dan rasanya saya akan membuat catatan khas mengenai berkayuh di stesen MARDI kerana banyak tarikan yang boleh anda terokai di sini . 

Saya menyambung semula dengan berkayuh ke Jalan Masjid dan rehat ditepi padang bola untuk berehat ataupun pulang.
 
 
Kurang 10 km tetapi cukuplah untuk kategori santai petang... Saya lebih gemar untuk berkayuh di waktu pagi menggunakan laluan ini kerana masa yang lebih panjang boleh melencong ke sana sini..

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Wednesday, February 18, 2015

Kayuhan 'Putus Urat' Simpang Pulai - Cameron Highlands

Kayuhan dua sahabat Cameron Riders Amri dan Lan yang telah melakukan kayuhan putus urat dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands. 
 
 
Mereka memilih cabaran pendakian berbanding keseronokan menuruni bukit dengan sanggup ke Simpang Pulai dengan kereta sebelum berpatah balik membuat kayuhan pendakian. 
 
Jarak kayuhan adalah 84 km.
 
Cameron Riders yang lain ada berani?
 
 






Sent from my BlackBerry 10 smartphone.