Petang-petang begini tak tahu nak berkayuh ke mana dan seorang pula sebab cuti yang panjang selalunya ramai rakan yang turun balik kampung ataupun melancong ke tempat lain kerana Cameron Highlands yang sibuk dan penuh dengan pelancong.
Tapi nak menghilangkan gian berkayuh masih boleh melakukannya santai sekitar Tanah Rata dengan sesantai-santainya.
Jom berkayuh.
Laluan boleh menghala ke Ringlet tetapi naik mendaki melalui Persimpangan Royal lily semula sebelum berkayuh sekitar Persiaran Dayang Endah sebelum mendaki ke Puncak Arabela.
Turun dari situ pula masuk sebentar ke Stesen Mardi. Boleh juga bersiar sebentar sekitar Stesen ini sebelum berkayuh ke Jalan Masjid dan rehat ditepi padang bola untuk berehat.
Turun dari situ pula masuk sebentar ke Stesen Mardi. Boleh juga bersiar sebentar sekitar Stesen ini dan rasanya saya akan membuat catatan khas mengenai berkayuh di stesen MARDI kerana banyak tarikan yang boleh anda terokai di sini .
Saya menyambung semula dengan berkayuh ke Jalan Masjid dan rehat ditepi padang bola untuk berehat ataupun pulang.
Saya menyambung semula dengan berkayuh ke Jalan Masjid dan rehat ditepi padang bola untuk berehat ataupun pulang.
Kurang 10 km tetapi cukuplah untuk kategori santai petang... Saya lebih gemar untuk berkayuh di waktu pagi menggunakan laluan ini kerana masa yang lebih panjang boleh melencong ke sana sini..
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.