Monday, February 23, 2015

Memancing di Cameron Highlands


‎Antara soalan rakan-rakan kaki pancing adalah di manakah lokasi terbaik untuk Memancing di Cameron Highlands. 

Kata mereka ikan atas Gunung ni mesti kuat melawan kalau menarik umpan sebab airnya ganas.

Tapi soalan ditanya kepada bukan kaki pancing maka jawapannya tak tahu.

Cuma saya lihat dulu sebelum kerja-kerja mengorek kelodak pasir di Tasik Lubuk Camang ataupun lebih dikenali dengan nama Tasik Ringlet, di situlah ‎lokasi mereka memancing. 

Namun selepas aktiviti mengorek kelodak ini berterusan, maka tiada lagi kelibat kaki pancing. 



Saya kemudian selalu mendengar mereka turun ke bawah sampai ada ke Tasik Kenyir, Gopeng ‎sehingga ke Teluk Intan mencari lokasi memancing. 

Sungai di Cameron Highlands tercemar teruk dengan aktiviti perkebunan tanpa had.

Rosak dengan penuh kelodak tanah dan mendapan.



Namun saya minggu lepas sempat memancing dengan rakan di satu lokasi baharu iaitu Sungai Lemoi yang jauh ke hilir Cameron Highlands. 

Sungainya deras dan sangat bersih kerana tidak aktiviti pekebunan sayur di kawasan huluan setakat ini


Namun sudah ada tanda-tanda penerokaan tanah di sepanjang laluan ke Lemoi selepas pembukaan jalan baharu ke Sungai Koyan.

Kalau dibiarkan, akan menjadi seperti sungai Telom dan Ringlet yang rosak teruk.

Percubaan kami memancing di Sungai Lemoi ini sekadar tanpa dirancang dengan hanya berbekalkan umpan cengkerik dilewat petang.


Walaupun kurang dua jam, dan kurang ikan menyambar umpan, saya lebih asyik meninjau jeram sungai namun tidak boleh jauh meninjau kerana sudah hampir maghrib. 

Mungkin lain kali dan rakan saya yang tekun melayan jorannya berjaya mendapat tiga ekor anak ikan dan salah satu nya dikatakan ikan kelah.... teka kami. 


Insyallah kalau kami ke sana lagi, akan saya kongsikan kisahnya pula.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.