Saya ditanya oleh seorang rakan dari bawah apakah status Operasi Gading yang dikatakan semakin tiada kedengaran.
Saya akui kurang kedengaran di media massa kerana mungkin sudah suam kepanasan isunya.
Namun di Cameron Highlands kami masih melihat pasukan ATM dan PGA masih berlegar.
Begitu juga dengan Jabatan Imigresen Malaysia yang masih melakukan operasi mereka menangkap pekerja asing tanpa izin.
Mungkin kelibat wartawan yang tiada mengekori mereka kali ini.
Semalam saya mendapat koleksi gambar ini yang mengatakan operasi kebun haram di Kuala Terla minggu lalu melibatkan tanaman tomato dan agak jauh ke bahagian dalam kawasan tersebut.
Tanpa gambar ini, saya sendiri sudah menyatakan mungkin operasi sudah berakhir dan sasaran 2000 ha mungkin sekadar di atas kertas semata-mata.
Soalan kedua adalah apakah kawasan kebun haram yang ditunjukan kepada TPM sudah dirobohkan.
Jawapan saya, kalau dah tunjukan pun masih tak dapat dirobohkan tentunya sangat kebal si pelakunya atau mata dan tangan sudah terikat.
Pemerhatian saya di pinggir jalan mendapati struktur kebun tersebut sudah dirobohkan sendiri oleh pemiliknya.
Cuma sebahagian yang berada di sebelah jalan manakala di seberang sungai sehingga dalam kawasan simpanan sungai masih kukuh berdiri.
Satu lagi persoalan, adakah kompaun dikenakan kepada penceroboh tersebut? Saya tidak tahu.
Adakah ada pendakwaan kepada penjenayah yang menceroboh tanah haram? Juga saya tiada maklumat.
Adakah pihak berkuasa tempatan sukar mengetahui orang yang bertanggungjawab? Saya tiada jawapan kepada kawan saya itu.
Yang pasti, operasi Gading akan menjadi tumpuan ramai untuk melihat samada kata dikota seiring laungan awalnya.
Tuanku Sultan telah menzahirkan kemurkaan.
TPM juga menyatakan kekecewaan.
Ahli Parlimen sendiri mengakui mempunyai maklumat dalang.
Menteri bertanggungjawab ke atas MKN sudah mengerakan pasukan penguatkuasaan.
Persoalannya, mampukah 2,000 ha kebun yang dibina di tanah haram mampu dimusnahkan San ditanam dengan pokok hutan seperti yang dijanjikan.
Tunggu aje laaa..
(Gambar di atas dari whatsapps Group Cameron Highlands saya)
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.