Berbalik kepada pekerja asing
yang menawan Cameron Highlands, saya akan cuba berkongsi dengan anda imbasan
kenangan saya yang mulai menetap di Cameron Highlands sejak 8 tahun yang lalu mengenai perkembangan status pekerja asing.
mereka pekerja ladang teh selalu memang berpermit sah. |
Seawal tahun 2000 hingga 2006 kata kawan saya penambahan pekerja asing berlaku apabila rumah plastik diperkenalkan dan berjaya memberi peluang petani menghasilkan kaunti sayur yang bertambah dan kualiti yang lebih baik.
Maka sesudah mereka menambah dan
menambah kebun sayur, pertambahan pekerja diperlukan.
Ketika ini sekitar 2007 saya
sendiri melihat bagaimana bilangan pekerja asing mulai terasa kehadiran mereka
di sekitar pecan terutamanya dari Kg Raja sehinggalah ke Tringkap dan Kea Farm.
Pembukaan jalan di Simpang Pulai
dan Lojing memudahkan petani membuka lebih banyak lading sayur terutamanya di
Lojing.
Bukan seekar dua tetpi beratus
ekar bagi setiap seorang. Maka lebih ramai pekerja di bawa masuk.
Indonesia, Bangladesh, Myanmar,
Nepal malah Vietnam serta Pakistan mewarnai persekitaran ketika itu.
GAJI HARIAN:
Mereka menerima gaji harian berserta tambahan masa kerja sekitar RM 18 hingga RM 22 sehari dan ketika ini kemudahan yang diperolehi adalah rumah kongsi yang seadanya di kebun masing-masing.
Mereka bekerja sebagai pekerja
kepada pemilik ladang yang juga turut sama bekerja dan mematuhi segala
perancangan yang dibuat.
Bak kata orang, ketika awal pembabitan ini mereka adalah buruh semata-mata.
Ketika ini, sebahagian daripada mereka sudah berstatus pendatang asing tanpa izin kerana ada yang melarikan diri premis kerja masing-masing.
Bak kata orang, ketika awal pembabitan ini mereka adalah buruh semata-mata.
Ketika ini, sebahagian daripada mereka sudah berstatus pendatang asing tanpa izin kerana ada yang melarikan diri premis kerja masing-masing.
PERKONGSIAN HASIL:
Sudah lama, ada yang dikalangan
petani mengambil jalan singkat dengan memberi
atau berkongsi komisen.
Konsepnya mudah.
Kebun yang diusahakan dilepaskan
secara separa kuasa dengan pekebun mulai
hanya membekalkan barang pertanian dan jadual kerja lebih anjal.
Hasil dibahagi secara ratio yang
persetujui seperti 60:40 atau 70:30.
Contohnya jika hasil kubis 1000
kg, pemilik kebun akan mengambil 700 kg dan 300 kg selebihnya dimiliki oleh
pekerja yang kemudiannya menjual kembali sebagai gaji.
Ratio perkongsian ini sentiasa
terbuka dan kadang kala 50:50 .
SEWA KEBUN:
Peringkat seterusnya menyewa
kebun oleh pekerja dan mereka ketika ini sepenuhnya mengawal perancangan dan
perjalanan kebun dan hasil ketika ini bebas dijual kepada mana-mana peraih dan
tidak perlu lagi kepada tuan kebun.
Tuan kebun ketika ini menerima
sewa bulanan semata-mata mengikut keluasan yang ada.
Pada tahun 2007 saya terperanjat
bilamana ditunjukan seorang Bangladeshi yang sedang memandu Hilux baharu dan
dikatakan mempunyai puluhan ha kebun sayur yang disewa dan mempunyai pekerja
warga Bangladesh seramai 60 oranga ketika itu.
Malah kisah yang mengatakan
taikun Bangladesh yang sedang diburu adalah dia yang kini mempunyai lebih
keluasan tanah kebun samada di sewa atau dibuka secara haram. Di sini sudah
pasti jumlah pekerja asing bertambah.
Malah dialah yang dikatakan
mempunyai beberapa kereta mewah seperti Mercedes dan juga Aplhard.
AMBIL KOMISEN:
Kaedah mengambil komisen ini agak popular sejak kebelakangan ini terutama melibatkan kebun sayur yang jauh dipendalaman.
Ini kerana pemilik kebun yang
telah meneroka kebun tersebut agak sukar untuk sentiasa berada di dalam kawasan
kebun seawall pagi.
Maka penyelesaian yang dicadangkan
oleh pekerja mereka adalah memberi komisen kepada setiap kg yang dihasilkan.
Tuan kebun masih memilik kebun
tersebut tetapi hanya perlu menyediakan bahan pertanian yang diperlukan.
Jika dipersetujui, pekebun tidak
lagi perlu datang seawall 7.30 pagi untuk memastikan arahan kerja dan juga
kawalan kerja kerana semuanya akan diuruskan oleh ketua pekerja asing tersebut.
Contohnya RM 0.20 setiap kg
tomato akan diterima oleh pekerja asing tanpa sebarang kawalan kerja oleh
majikan.
Ketika ini, kumpulan pekerja
tersebut akan memilih sendiri rakan-rakan kumpulanya malah mereka akan
menyingkirkan yang tidak sebulu dan menjemput rakan dari luar untuk bekerja
bersama. Jumlah pekerja diminimakan. Di sinilah pekerja asing tanpa izin
bertambah masuk.
Kualiti kerja mereka
dipertingkatkan kerana mengejar berat hasil.
Kaedah ini kadangkala kalau
difikirkan pekebun sebelum ini telah ditipu kerana dahulu mereka memerlukan 10
orang pekerja tetapi kini hanya 5 dan pekerja asing menjadi secara tiba-tiba
begitu efiesen malah dikatakan kalau memungut hasil mereka seperti berlari dari
pokok ke pokok.
Namun langit tidak selamanya
cerah. Dari mempunyai pekerja asing oleh setiap pekebun, kini mereka bergantung
sepenuhnya kepada kumpulan pekerja ini dan akhirnya komisen diminta di tambah
dari masa ke semasa dan untuk pemilik kebun mengatakan tidak aagak sukar kerana
kebergantungan sepenuhnya kepada kumpulan ini untuk mengusahakan kebun
tersebut.
KEBEBASAN BEKERJA :
Kerana bentuk muka bumi yang sangat sukar untuk dikunjungi oleh pihak ketiga, maka kawasan kebun-kebun sayur ini selalunya menjadi pilihan kepada pekerja asing tanpa izin dari seluruh Negara untuk bersembunyi dan bekerja di sini.
Malah kebebasan waktu kerja yang
tidak menekan mereka kerana kebun-kebun kini dimiliki oleh rakan mereka
menjadikan mereka sanggup untuk sama-sama tinggal di dalam kebun sayur.
Baik bangsa Bangladeshi mahupun
Indonesia, rata-rata pekerja asing tanpa izin tidak mempunyai masalah untuk
bertapak dan bekerja di Cameron Highlands.
Itu belum di sentuh kepada
pekerja asing yang mulai menyewa kedai-kedai untuk perniagaan runcit dan makan
serta pasar malam.
Mereka mulai membentuk komuniti mereka sendiri.
Mereka mulai membentuk komuniti mereka sendiri.
Insyallah akan saya kongsikan
nanti.
with all due respect mrkumai. tolonglah berlaku adil. oleh kerana tiada penguatkuasaan lah si bangla ini telah berleluasa. kenapa tiada penguatkuasaan? MUSTAHIL pegawai kerajaan tak tahu langsung mengenai aktiviti mereka yang sudah berlarutan 5-10 tahun. adakah pegawai kerajaan begitu lemah sehinggakan dengan taikun bangla pun tak berkuasa? ataupun pegawai kerajaan telah tutup sebelah mata dan membiarkan cameron highlands dirogol? jika tidak kerana alam semulajadi menjerit dan Allah tunjukkan kebinasaan, sudah pasti kegiatan ini akan terus berleluasa tanpa sebarang rasa bersalah pun di hati mereka. kalau masih ada maruah, letaklah jawatan. rakyat hari ini tidak bodoh lagi dan boleh berfikir.
ReplyDeleteBerlaku adil kepada siapa? Kakitangan kerajaan atau kita masyarakat?
ReplyDeleteBerlaku adil kepada siapa? Kakitangan kerajaan atau kita masyarakat?
ReplyDelete