Saya bertemu dengan salah seorang
rakan yang bekerja di Pejabat Tanah Cameron Highlands.
Wajahnya tidak seceria dahulu. Namun makan dan minum ketika sarapan masih berselera.
Wajahnya tidak seceria dahulu. Namun makan dan minum ketika sarapan masih berselera.
Cuma bila saya menyentuh isu berkaitan pencerobohan tanah untuk kebun
kebun sayur dibongkar, wajahnya berubah dengan sedikit kelat.
Katanya, sejak kes penerokaan tanah haram dan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands yang
diwar-warkan media , bukan satu atau dua atau tiga mesej dan pertanyaan dari
kaum saudara dan rakan luar yang bertanya mengenainya dan agak menyentuh hatinya
bila dikaitkan apakah benar semua kakitangan di Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands menerima rasuah?
Katanya lagi, dia tidak hairan
jika ada yang melintas di hadapan Pejabat ini mengatakan inilah "lubuk rasuah" di Cameron Highlands kepada rakan-rakan yang lain atau kepada anak-anak mereka.
Saya bersimpati.
Saya memahami situasi yang dialami olehnya kerana di Pejabat Tanah Dan Daerah bukannya semua kakitangan terlibat dengan penguatkuasaan yang berdepan dengan pengusaha sayur-sayuran.
Katanya lagi, hany ada satu sahaja unit yang menguruskan permohonan kebun baharu dan penguatkuasaan.

Kalau dilihat terdapat lebih 60 kakitangan pelbagai unit yang bertugas dan rakan saya itu
berada di unit pentadbiran, namun ibarat nila setitik maka satu keluk susu
dikatakan rosak.
Katanya lagi, di PTD Cameron Highlands terdapat
sekitar 10-18 orang yang terlibat dengan penguatkuasaan dan pemantauan dan berdepan dengan semua urusan kebenaran dan juga penguatkuasaan.
Beliau menambah lagi, beliau percaya bukan semua terlibat dengan rasuah jika ianya dikatakan mengamalkan rasuah.
Mungkin ada seekor dua babi yang sudah berlumpur. Malangnya sudahlah namanya babi bermandi lumpur lalu dikibaskan di dalam pejabatnya..

Maka mak cik cleaner, PAR ,
pemandu, kakitangan pentadbiran juga terpalit lumpur…
Anda paham ke tidak ni… fahamkan aje analogi di atas.
Jadi apabila anda melintas PTD CH
ini atau di MDCH , janganlah anda mengandaikan inilah bangunan yang melindungi perasuah…
Yang Hormat Dato Pegawai Daerah,
Dato A. Rahman baharu sahaja bertugas di sini beberapa bulan sahaja juga turut
menerima kesan.
Bak kata orang, koi bawak kete
pun sesat lagi nak balik ghumah …
Membaca kecaman di facebook dan
surat khabar amat menyedihkan kerana komen mereka yang tidak memahami situasi
ini dan secara bebas berkata tukar sahaja Pegawai Daerah dan semua
Penguatkuasa serta kakitangan PTD walhal bukan semua yang bersalah.
Namun kepada yang terlibat dengan
RASUAH.. anda memang BABI. ….
Semoga kawan saya kembali
bersemangat untuk bekerja dan tidak malu untuk memakai baju berterakan logo
Pejabat Tanah Daerah Cameron Highlands di hujung minggu lagi…
Kebenaran pasti akan tertegak
juga sahabatku… jom mengeteh… Kita
Sokong Harimau Malaya pulok !!!!
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.