Anda melihat dan menonton serta membaca laporan demi laporan penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands.
Benarkan ianya berlaku ? Dan jika berlaku mengapa ianya berlaku?
Pertanian adalah perniagaan. Itu bukan sekadar motto atau slogan tetapi di Cameron Highlands ianya adalah kenyataan yang benar berlaku.
Seiring keuntungan yang diperolehi , sikap tamak dan ingin lebih kaya dari sekarang mendorong pengusaha kebun sayuran membuka satu demi satu kebun sayur.

Namun pemilikan tanah adalah amat
terhad dan semakin mahal. Maka jalan pintas yang terlarang menjadi pilihan
iaitu meneroka secara haram.
TANAH LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
Lesen Pendudukan Sementara (LPS) atau lebih dikenali dalam istilah bahasa Enggerisnya TOL merupakan tanah kerajaan yang diberikan kebenaran untuk diduduki dalam tempoh yang terhad atau sementara berdasarkan peraturan yang telah ditetapakan.
Insyallah akan saya kongsikan apakah dan bagaimana ianya dilaksanakan.
Setiap TOL diberim kelulusan dengan keluasaan yang tertentu mengikut kawasan.
Sebaik mendapat lesen TOL ini pengusaha mempunayi kebenaran untuk masuk dan memajukan kawasan ini.
Namun yang halal di sini menjadi haram apabila petani membuka kawasan melebihi luas yang dibenarkan.

Atas kertas mungkin sekitar 0.2
ha tetapi realitinya yang berlaku mereka membuka kawasan yang bersempadanan
tanah yang mendapat TOL dengan lebih luas.
Maka tidak hairan dari 0.2 ha yang diluluskan atas nama TOL hakikatnya 2 ha dibuka atau mungkin lebih.
Maka penerokaan secara haram berlaku di situasi tanah TOL yang diluluskan.
PENEROKAAN TANAH YANG DIGAZETKAN:
Kedua adalah penerokaan tanah kerajaan yang telah digazetkan seperti kawasan simpanan jalan raya, sungai dan kawasan awam seperti rizab melayu dan kawasan tadahan air.

Bagi yang tidak mengetahui penerokaan kebun di atas tanah yang digazetkan memang terjadi dan mudah dilihat.
Anda memandu ke sini anda akan melihat bagaimana kawasan simpanan untuk jalan diterokai dan ditanam dengan sayur-sayuran sehingga ke tepi jalan.
Begitu juga dengan rizab simpanan sungai yang perlu dibiarkan tanpa pembangunan khas untuk memastikan aliran air sempurna tanpa gangguan. Malangnya ianya diganggu malah kebun sayur dibina sehingga ke tebing sungai tanpa sebarang zon penampan.
Contohnya rizab sungai yang mempunyai kelebaran 5 meter perlu mempunyai kawasan rizab 5 meter di kedua-dua belah tebing.
Namun hakikat yang boleh anda temui di Cameron Highlands adalah melebihi tebing sungai malah ada strukturnya dibina di dalam sungai.
Juga terdapat beberapa kawasan yang digazetkan sebagai kawasan tadahan air juga diterokai dengan pembukaan kebun sayur.
PENEROKAAN TANAH HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK).
Ketiga secara lebih berani,
mereka meneroka secara haram hutan simpanan kekal.
Ianya mudah dilihat di kawasan pinggir daerah ini yang dilingkari pelbagai hutan simpan kekal yang bertujuan memastikan alam sekitar terkawal sepenuhnya.
Malangnya ada pengusaha secara perlahan memperluaskan kawasan kebun mereka memasuki kawasan hutan simpanan kekal ini.
Malah ada yang lebih berani menggunakan jentera berat untuk melakukan pembukaan hutan.
Di sini juga kelibat warga asing nampaknya dipergunakan sepenuhnya untuk membuka kawasan baharu.
Lokasi yang agak jauh ke dalam hutan dan sukar dimasuki oleh kenderaan menyebabkan ianya sukar dibendung dan kalau ditemui ianya sudah pun diterokai secara haram.
Untuk menangkap penjenayah alam sekitar ini agak sukar kerana mereka licik melarikan diri kerana peluangnya mudah iaitu sebaik sahaja kelibat penguatkuasa memasuki laluan ke kawasan yang terokai, mereka sudah melarikan diri.
Ketika ini gabungan pihak penguatkuasa seperti Renjer Jabatan Perhutanan dan Pentadbir Tanah diperlukan. Malah idea mendapatkan khidmat Angkatan Tentera Malaysia juga di lihat sebagai langkah bijak kerana kemahiran mereka mengesan dan melakukan operasi di kawasan hutan yang lebih cekap.
TANAH BERGERAN ATAU TOL :
Keempat adalah tanah bergeran yang sah pemilikannya atau mendapat TOL untuk memajukan kwasan tersebiut.
Namun sering terjadi adalah cara memajukan tanah tersebut tidak mematuhi peraturan pembanguan atau kelulusan kerja tanah, kawalan hakisan dan mendapan dan juga pembinaan bangunan tanpa kelulusan pihak berwajib.

Jadi inilah yang berlaku di
Cameron Highlands.
Biatpun tanah tersebut mempunyai hak milik atau TOL, namun pendekatan pembangunannya tidak mematuhi syarat pembangunan yang ditetapkan.
Anda boleh melihat compong
compang kawasan dibotakkan, diterokai, tanah dipotong secara suka hati dan tiada
kawalan hakisan dan aliran mendapan, pinggir sungai dinodai, kawasan melebihi 25 darjah dibangunkan dengan tanaman sayuran dan pembinaan bangunan yang sesuka
hati.
Pengalaman saya yang pernah membangunkan
kawasan untuk ladang, setiap kerja tanah harus mendapat permit kerja tanah dari
Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highlands dengan besertakan bukti pemilikan
tanah samada ianya LPS, sewaan atau pemilikan sah melalui geran.
Biasanya unit Pemuliharaan Tanah
akan memberi ulasan dengan melawat tapak yang dipohon dimajukan dan melihat
secara sendiri rupabentuk fizikal.
Jika ianya tidak sesuai berdasarkan cerun yang melebihi kelas 4 iaitu 25 darjah ke atas, maka ulasan tidak disokong akan diberikan.

Jabatan Parit dan Saliran pula
akan melihat pelan pembukaan tanah samada akan menyumbang kepada pencemaran air
dan saliran semulajadi.
Kalau tak silap saya, jika melebihi 2 ekar, pemohon mesti menyertakan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak untuk diluluskan.

Manakala Jabatan Alam Sekitar
pula akan membuat ulasan pembangunan secara menyeluruh yakni kawalan pencemaran
dan kesan kepada alam sekitar.
Jika memerlukan kajian terperinci, mereka akan meminta pemohon untuk mengemukan
Penilaian Kesan Alam
Sekitar atau Enviroment Impact Assesment untuk kelulusan sebelum
di sokong.
Malah untuk keluasan melebihi 50
ha, semestinya Penilaian Kesan Alam Sekitar Terperinci perlu dihantar untuk
kelulusan terlebih dahulu.
Manakala jabatan lain seperti
Kesihatan, MDCH dan Bomba biasanya akan membuat sokongan yang berkaitan dengan
permohonan tersebut.
Itu pengalaman saya pada tahun
2007 hingga 2010 ketika membangunkan 2 tapak lading berteknologi tinggi di
Tanah Rata dan Bertam Valley.
Ianya amat sukar untuk dipenuhi
dan memerlukan tambahan kos kerana perlu mendapatkan khidmat perunding yang
bertauliah untuk mengemukakan kajian dan laporan untuk kelulusan.
Jadi apa yang memudahkan mereka ?
jalan pintasssnya anda fikirkan sendiri…
KESIMPULAN:
Jika anda melihat kawasan di Cameron Highlands ini sedang dibangunkan melibatkan kerja tanah dan sebagainya, sebelum anda membuat sebarang terjahan mengatakan ianya penerokaan haram, baik bagi anda membuat kajian status pembangunan tersebut.
Cuma sudah terang lagi bersuluh, dengan pembangunan yang amat tidak terancang dan tangkap muat, persepsi kita mudah mengatakan ianya dibuka secara haram.
Namun tak salah untuk memeriksa status yang menjadi kekeliruan anda ...

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.