Mengapa begitu luas tanah di Malaysia ini Cameron Highlands begitu popular untuk dipilih sebagai kawasan pertanian?
Apakah faktor yang menyumbang petani memilih Cameron Highlands?
Apakah dan bagaimana ianya bermula?
Saya cuba melakukan sedikit pengumpulan maklumat dari pembacaan dan juga bual bual kosong dengan rakan-rakan setempat serta sedikit pemerhatian saya.
Jika salah, maka salahlah dan betulkan dan jika benar maka mari melihat bagaimana ianya boleh diselesaikan.
Berlapang dadalah ...
jom kita lihat bagaimana aktiviti pertanian di Cameron Highlands berkembang dari hari awal supaya kita mengetahui bahawa bagaimana PATI ini hadir.
1885-1900:
William Cameron menemui satu dataran luas yang berada dikawasan pergunungan yang mana beliau mengatakan kawasan tanah rata ini dikelilingi oleh gunung ganang yang menjadi pengawal di setiap penjuru.
Beliau merupakan seorang jurukur British yang memang diakui ketetapan pemetaan yang dilakukan.
Ketika itu penemuanya dicatatkan dalam laporan Ekspedisi Pemetaan Sempadan Negeri Pahang dan Perak .
Sumber tidak rasmi mengatakan ianya bermula dari menghulu Sungai Kinta yakni dipercayai kini dari arah Simpang Pulai.
Sir Hugh Low , Resident British di Perak ketika itu menyatakan hasratnya untuk menjadikan kawasan dataran tanah tinggi ini sebagai kawasan kajian pertanian stesen tanah tinggi dan ianya dimulakan dengan denai kecil dan sempit dibina tetapi memilih dari arah Tapah yang lebih dekat.
Malangnya William Cameron tidak dapat melihat pembangunan tanah tinggi yang ditemui kerana beliau mati akibat penyakit malaria (walaupun ada yang mengatakan disebabkan dos dadah yang berlebihan).
1900-1910 :
Willian George Maxwell, Penolong Resident British mengerakkan semula ekpedisi ke kawasan dataran tanah tinggi ini selepas membangunkan Bukit Larut di Taiping.
Hasilnya beliau mencadangkan kepada pihak Kerajaan British untuk menjadikan kawasan dataran tinggi ini sebagai Hill Station bagi tujuan penyelidikan Pertanian Tanah Tinggi di samping membentuk 'Eco Resort' beriklim sejuk bagi golongan ekspatriat Eropah yang banyak di Tanah Melayu ketika itu.
Juga beliau mencadangkan gugusan tanah tinggi ini dinamakan dengan nama Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron bagi menghargai penemuan yang bersejarah oleh Mendiang William Cameron.
1910-1940:
Kawasan tanah tinggi ini mula diterokai dan beberapa pusat penyelidikan pertanian mulai di buka.
Antaranya ialah Federal Experiment Station atau Stesen Penyelidikan Persekutuan diwujudkan untuk mengkaji kesesuaian tanaman di kawasan tanah tinggi ini khasnya coco, teh, kopi dan sayur-sayuran.
Anda boleh ke melihat stesen ini yang masih kekal sehingga ke hari ini dan melihat sendiri pokok teh yang ditanam ketika itu yang masih dikekalkan sebahagiannya.
Dan stesen yang saya maksudkan adalah Stesen Agrotourism MARDI di Tanah Rata.
Ketika ini juga mulalah kawasan Cameron Highlands dibangunkan dengan lebih luas khasnya dengan penamam pokok teh oleh J.A Russel untuk Boh Plantation sebelum beberapa syarikat lagi membuka ladang teh sekitar kawasan ini.
Dan pengalaman British membangunkan ladang teh di Sri Langka ( Nuwara Iliya ) dicurahkan sepenuhnya di sini dan mereka mulai membawa masuk pekerja dari Selatan India ke sini sebagai buruh.
Ini antara pekerja asing yang pertama secara besar-besaran dibawa masuk.
1940-1970 an:
Ketika tempoh ini kawasan tanah tinggi mulai dikunjungi. Biarpun British sekadar menjadikan kawasan ini sebagai Stesen penyelidikan, kemasukan warga China ke sini yang lari dari tentera Jepun mulai mengusahakan kawasan pertanian sebagai pendapatan mereka.
Malah ketika zaman darurat, pihak Jepun menguasai kawasan ini sebagai sumber makanan mereka dan hasil kebun-kebun dirampas.
Selepas pendudukan Jepun, ianya kembali menjadi kawasan pertanian.
Ketika ini ianya masih diusahakan secara kecil-kecilan kerana menggunakan tenaga buruh dikalangan ahli keluarga masing-masing dan jalan masuk dan keluar hanyalah satu sahaja.
Ianya berlarutan sehingga tahun 1970 an walaupun sudah agak berkembang dengan teknologi yang masih agak konvesional untuk pertanian ketika itu.
Malah ketika itu pasaran sayur-sayuran agak kecil kerana kemiskinan dan masih ramai yang mengusahakan kebun kecil-kecilan untuk sara diri dan sumber makanan.
1980-1990 an:
Ketika ini terdapat sedikit perubahan permintaan sumber sayur-sayuran dengan pembangunan pembandaran yang lebih banyak menarik minat warga kampung bekerja ke bandar.
Permintaan yang melebihi penawaran ini nampaknya menarik minat petani untuk membuka lebih besar kawasan pertanian.
Namun khidmat buruh yang sangat terhad di kalangan warga tempatan memperlahankan kepada pembukaan ladang.
Petani mulai melihat kepada peralatan pertanian yang lebih moden dan mengurangkan tenaga buruh.
Kebun-kebun mulai berkembang biarpun masih diusahakan secara perniagaan keluarga.
1990-2000 :
Ketika ini jelas ledakan teknologi pertanian mulai berkembang dengan pantas di kawasan pertanian ini.
Dari sekadar kebun terbuka pengenalan kepada sistem pelindung tanaman yakni rumah plastik atau rumah hijau atau apa sahaja yang dinamakan mulai berkembang dengan begitu pantas akibat dari manfaat keuntungan. Sayur kini mulai ditanam sepanjang tahun tanpa perlu berhenti ketika musim hujan dan hasilnya lebih berkualiti.
Dari menggunakan tanah, mereka beralih kepada sistem tanaman tanpa tanah seperti hidroponik yang menggunakan sistem moden dan menghasilkan lebih banyak hasil tanaman yang berkualiti.
Dan ketika zaman ini tiada lagi kebun-kebun kecil dibelakang rumah diusahakan dan lebih ramai orang menetap di bandar-bandar yang berkembang tanpa ada henti.
Di zaman inilah kita melihat terdapat ruang kosong kepada beberapa sektor pekerja yang mulai kekurangan pekerja kerana minat dan arah tumpuan pekerjaan adalah industri perkilangan dan juga pentadbiran selain perniagaan.
Pekerja asing mulai dibenarkan dibawa masuk.
Di Cameron Highlands ianya juga mulai dibawa masuk untuk bekerja di kawasan pertanian.
Kini petani dari seorang petani mulai menjadi seorang majikan yang kini kurang memegang cangkul dan mesin kerana ianya diserahkan kepada pekerja asing.
Peluang menjadi majikan dan melihat pertambahan pendapatan mulai memberikan modal tambahan kepada petani untuk membuka lebih banyak kebun sayur kerana kini bukan perlu membanting tulang empat kerat keluarga sendiri sebaliknya mereka menguruskan perniagaan.
Benar... Pertanian Adalah Perniagaan!!!
2000 hingga kini:
Tempoh ini cukup pantas.
Pantas jika anda melihat perkembangan industri pertanian di Cameron Highlands.
Pantas melihat teknologi pertanian dibawa dan diimplementasikan di Cameron Highlands.
Pantas untuk anda melihat sendiri perkembangan teknik dan jenis sayuran yang semakin berkembang.
Pantas untuk melihat bagaimana permintaan kini melebih penawaran dan ianya merupakan satu peluang perniagaan .
Pantas untuk melihat kini pasaran bukan sekadar tempatan tetapi melangkaui sempadan negara.
Dan untuk mengiringi kepantasan dan mengimbangi semua peluang ini, maka petani mulai merancang dan memperluaskan perniagaan dengan lebih membuka kawasan tanaman.
Pada awalnya Lesen Pendudukan Sementera atau TOL di mohon dan jika diterima mereka mengusahakan dan mulai melangkau sempadan yang dibenarkan.
Jika tiada TOL dilulusakan, mereka tanpa rasa takut mulai menodai kawasan simpanan hutan dan tanah kerjaan... walau apa cara sekalipun
Dan bilamana kawasan pertanian semakin luas, tenaga buruh asing semakin diperlukan dan dibawa masuk lebih ramai dari masa ke semasa... walau apa cara sekalipun
Akhirnya niat tercapai walaupun caranya bukannya mengikut saluran yang betul..
Dan apa yang berlaku pada hari ini adalah bermula dari awal yang kelihatan sihat dan sangat menyenangkan...
Untuk catatan bagaimana warga asing menguasai kawasan pertanian.. saya akan kisahkan dalam catatan khas perkembangan mereka....
(Ini sekadar catatan peribadi saya semata)

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.