Friday, November 28, 2014

ATM membantu Operasi PATI di Cameron Highlands

Angkata Tentera Malaysia menyertai pasukan operasi untuk mencari pekerja asing tanpa izin.

Kenapa perlukan ATM terlibat? 

Jawapannya adalah lokasi persembunyian PATI adalah di kawasan kebun sayur yang jauh ke dalam hutan dan berada di puncak bukit bukau. 


Mereka memang tidak berada di kawasan tepi jalan dan juga kebun yang mudah dihubungi tetapi melarikan diri ke dalam kawasan yang memudahkan mereka melarikan diri. 

Teruk dan susah sangat ke nak buat operasi di sana? 

Saya tiada pengalaman mengikuti operasi tetapi saya sangat memahami kesukaran yang mereka hadapi untuk sampai ke kawasan penginapan atau rumah kongsi.

Malah kalau di rumah kongsi sekalipun belum tentu mereka tidur di situ kerana mereka akan tidur di kawasan yang tersembunyi termasuklah kawasan hutan dan cerun bukit.


Pengalaman melihat operasi mencari dan menyelamat dua buruh PATI yang terbunuh akibat tanah runtuh yang baharu ini jelas menunjukan kawasan yang mereka berdua tidur sangat tidak selamat di cerun bukit dengan hanya pondok ringkas biarpun ada rumah kongsi yang disediakan oleh pemilik kebun. 

Tujuannya supaya mereka tidak tertangkap jika ada operasi dilakukan. 

Cuma anda baca perenggan terakhir di bawah oleh wakil persatuan pekebun sayur yang menganggap usaha operasi ini ibarat memerangi mereka yang telah salah menggunakan dan melindungi PATI sebagai pekerja asing. 

Mereka menggangap usaha membersihkan Cameron Highlands ini seperti usaha memerangi komunis yang dahulu darah dan daging sebahagian dari mereka.

Yang jelas di sini, jika berlaku pelanggaran undang-undang, anda perlu menghadapi penguatkuasaan dan juga tindakan hukuman yang diambil oleh kerajaan. 

Lagipun kenapa anda perlu melanggar undang-undang untuk mengeluarkan sayur-sayuran? 

Negara akan kian rosak dengan tindakan yang menyalahi undang-undang ini dan biarkan penguatkuasaan undang-undang dijalankan dan lebih malang jika kita semua terpaksa merestui sebarang pelanggaran undang-undang semata-mata memathui kehendak sebahagian dari kita. 

Tak ada penguatkuasaan, nanti akan dijadikan pula isu kelemahan penguatkuasaan yang membiarkan masalah ini berlarutan menjadi barah dari nanah luka biasa.

Biar kalah undi satu daerah dari satu negara musnah !!!



PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran kepada ejen pekerja asing tanpa izin (Pati) di Cameron Highlands dan tidak terkecuali,  'pemilik' tanah haram yang mengupah mereka berkerja.

Menterinya,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan dengan jelas bahawa ejen dan penduduk tempatan yang melakukan penerokaan tanah tanpa mengikut undang-undang tanah juga akan menjadi sasaran.
"Ya, pekerja mungkin merupakan orang-orang yang melakukan pembersihan tanah itu tetapi siapa yang mengupah mereka? Bagaimana dengan ejen yang membawa mereka? ," tanya beliau.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menyiasat dan bertindak terhadap semua pemutus undang-undang di Cameron Highlands," kata Ahmad Zahid selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pasukan tentera telah dipanggil untuk membantu meningkatkan operasi berikutan permintaan dari pelbagai agensi.
"Bantuan tentera diperlukan kerana carian melibatkan kawasan hutan," katanya, sambil menambah peranan tentera akan ditentukan selepas lawatan Timbalan Perdana Menteri pada Isnin.

"Kami akan bersikap adil dan tidak akan menghukum orang yang tidak bersalah," katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kira-kira 40 pendatang tanpa izin telah ditangkap dalam  operasi besar-besaran pada Sabtu malam.
Mengenai dakwaan oleh kumpulan hak asasi asing Tenaganita bahawa terdapat pekerja yang mati di pusat tahanan Ringlet, Khalid berkata, dia tidak tahu mengenai perkara itu dan akan menyiasat.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, operasi itu akan berterusan sehingga semua pendatang tanpa izin dikeluarkan dari Cameron Highlands.
Beliau berkata, di bawah program 3 + 1 jabatan itu, pendatang tanpa izin masih boleh menyerah dan dihantar pulang ke negara masing-masing tanpa ditahan atau didakwa.
"Oleh kerana program ini hanya akan berlangsung sehingga 31 Disember, mereka perlu mengambil peluang ini dan berani untuk keluar," kata Mustafa.

Seramai 181 pendatang ditahan sejak operasi bermula pada 9 November lalu.

Laporan media mendakwa bahawa terdapat lebih 30,000 pendatang haram di kawasan tanah tinggi itu. Walau bagaimanapun, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mempertikaikan angka itu.

Sebagai tindak balas kepada operasi yang sedang berjalan, Cameron Highlands Setiausaha Persatuan Penanam Sayur Chay Ee Mong berkata: "Pihak polis dan tentera datang, apa yang boleh kami lakukan?

"Mereka melayan petani di sini sebagai musuh negara, bahkan lebih buruk daripada komunis.

"Bagi warga asing yang tidak menjalankan perniagaan atau pembersihan tanah haram, berikanlah mereka peluang dan benarkanlah mereka untuk kekal di sini. Kami berharap tindakan lebih lembut dapat diambil.

"Tiada pekerja bermaksud tidak menanam, yang bermaksud tidak sayur-sayuran dan juga  bermaksud tidak ada petani." 

Jumlah pekerja asing tanpa izin yang ditahan di Cameron Highlands pada 26 November 2014

Setakat 26 November 2014, jumlah pendatang asing tanpa izin yang ditahan adalah sekitar 220 orang sahaja biarpun operasi secara berterusan dilakukan. 

Banyak faktor yang  menyumbang kepada jumlah ini kerana mereka telah lebih bersedia dari awal . 

Saya tidak menolak faktor pekebun sendiri membantu menyebarkan maklumat mengenai operasi ini kerana mereka semamangnya bergantung sepenuhnya kepada PATI 



IPOH, 26 Nov (Bernama) -- Sebanyak 220 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam sekatan jalan raya dan dalam kawasan hutan sekitar Cameron Highlands, Pahang dalam dua operasi berasingan sejak 1 Nov hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 61 warga Bangladesh, India (18), Myanmar (39), Indonesia (45), Nepal (50), Pakistan (3), Kemboja (2) dan Sri Lanka (2).

"Seramai 155 orang Pati telah ditahan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan polis serta agensi berkaitan sejak 1 Nov hingga 21 Nov manakala selebihnya (65 PATI) ditahan menerusi operasi gempur PATI melibatkan anggota polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 22 Nov hingga semalam.

"Daripada jumlah 220 tangkapan itu, 56 orang PATI ditahan dalam sekatan jalan raya manakala 164 lagi ditahan di dalam hutan yang mana kita percaya mereka menjadikan kawasan hutan sebagai tempat tinggal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata operasi gempur PATI itu disertai pegawai dan anggota PGA dan ATM dalam menggempur lokasi tertentu yang menjadi tumpuan PATI dalam kegiatan pembukaan tanah secara haram di kawasan tanah tinggi itu khususnya pada waktu malam.

Pada 22 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM menggerakkan anggota ke Cameron Highlands untuk menggempur kegiatan pembukaan tanah secara haram di tanah tinggi itu pada waktu malam.

Menurutnya, langkah itu diambil susulan perbincangannya dengan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, berdasarkan laporan bahawa kegiatan itu sering dilakukan oleh PATI pada waktu malam.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

-- BERNAMA

Operasi Menangkap Pekerja Asing di Cameron Highlands... hari pertama ...

Saya petik kisah Operasi tangkapan Pendatang asing ini dari Berita Harian. Namun ini kisah hari pertama operasi kira-kira dua minggu yang lalu. 

Saya nak kongsikan sebagai arkeb peristiwa supaya senang kalau nak rujuk di masa hadapan. 

CAMERON HIGHLANDS: Seramai 181 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan melalui satu operasi khas Jabatan Imigresen yang dinamakan Ops Gempak Mesra membabitkan warga asing yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan dan gerai jualan di sini, sebentar tadi.

Dalam operasi itu, seramai 581 warga asing diperiksa dan 181 daripadanya didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan dan permit pekerjaan yang sah.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Sakib Kusmi, berkata operasi yang dilaksanakan itu adalah rentetan daripada liputan berita media masa yang melaporkan wujud ramai PATI di sekitar kawasan Cameron Highlands khususnya dalan sektor pertanian hingga membimbangkan penduduk setempat.

"Kami mensasarkan lebih pekerja asing diperiksa melalui operasi ini dan jumlah yang diperiksa adalah melebihi sasaran dan pemeriksaan dilakukan di kawasan yang menjadi tumpuan sebagai mana dilaporkan media," katanya kepada pemberita selepas selesai mengikuti operasi itu di sini, sebentar tadi.

Operasi membabitkan seramai 369 pegawai penguatkuasa Imigresen dari seluruh Semenanjung Malaysia itu adalah yang pertama seumpamanya dilaksanakan bagi membasmi kegiatan PATI tanpa membabitkan agensi kerajaan yang lain.

Katanya, dianggarkan terdapat kira-kira 11,016 warga asing berdaftar dan bekerja dalam pelbagai sektor di Cameron Highlands.


Lengangnya Cameron Highlands...

Saya rasa ramai yang duduk di Cameron Highlands bersertuju dengan pendapat ini. 

Di luar kebiasaan. 


Kalau tahun-tahun terdahulu, jumlah pelancong di waktu cuti sekolah di hujung tahun akan bermula memenuhi daerah perlancongan ini seawal minggu pertama. 

Tetapi kali ini , jumlah pelancong adalah yang paling kurang dalam tenpoh beberapa tahun ini berdasarkan pemerhatian saya. 

Saya bersembang-sembang dengan beberapa peniaga di pasar malam di Brinchang dan mereka sangat terkesan dengan jumlah pelancong yang kurang.

Dua hari lepas saya ke Raju Strawberry Farm di Kea Farm, kata pemiliknya juga sama.

Malah pemerhatian saya di Kea Farm ketika itu sangat lengang.

Bagusnya tiada kesesakan berlaku. 

Jadi untuk minggu ini adakah situasi yang sama.

Apa yang menyebabkan palncong kurang ke Cameron Highlands?

a.Kesan bencana alam pada 6 September 2014 yang menakutkan pelancong ke sini?
b.Kesan pendedahan Cameron Highlands di Tawan oleh warga asing? Sekarang amat selamat kerana kelibat pendatang asing agak sangat berkurangan walaupun sehari dua ini sudah berani menunjukan muka di kawasan awam. 
c.Cuti sekolah yang panjang? Masih banyak masa terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak menduduki SPM. 
d.Tunggu UPSR keluar keputusan seperti dua hari lepas. 
e.Banjir di kawasan lain di seluruh negara ...

Apapun kami yang tak terlibat dengan aktiviti perlancongan baik berniaga ataupun menawarkan apartmen percutian tidak kisah langsung samada ada atau tidak ada pelancongan di sini ... 

Jangan marah ..... 

Tuesday, November 25, 2014

Pekerja asing akan "diputihkan"?

3 tahun yang lalu kerajaan telah mengambil langkah menawarkan program 6P untuk memutihkan semua pekerja asing yang berada dalam status haram atau tanpa izin.

Semua pekerja yang berjaya melalui saringan ini diberikan peluang 3 tahun untuk berkhidmat di Malaysia dan tarikh akhirnya adalah hujung tahun ini. 


Namun di Cameron Highlands , masih banyak pendatang asing yang bekerja tanpa izin di sektor pertanian dan menjadi viral dalam media bilamana dikatakan jumlahnya mampu menawan Cameron Highlands.

Cameron Highlands mempunyai seorang Ahli Parlimen yang bijaksana apabila untuk menyelasaikan masalah ini mengatakan Timbalan Perdana Menteri ada menyatakan persetujuan untuk memutihkan status pekerja asing yang bekerja disektor pertanian yang menjadi isu baru-baru ini. 

Alasannya adalah kerana tuntutan pemilik kebun yang memerlukan pekerja asing di kawasan tanaman mereka. 

Maka perlu ditunaikan impian dan harapan pemilik ladang sayur-sayuran ini. 

Persoalannya adalah selama mana ianya akan menamatkan isu pekerja asing kerana semua orang tahu, pertambahan pekerja asing akan sentiasa berlaku. 

Kalau semasa program 6P yang lalu ramai pemilik kebun kehilangan pekerja asing kerana mereka melarikan diri ke syarikat yang mereka inginkan bukannya berkerja di tempat yang mereka kerja.

Kini kembali semula situasi ini. Kenapa terlalu berlembut !!! Kenapa terlalu bertolak ansur? 

Kenapa begitu lemah ? Dah ternyata semua tindakan ini adalah tindakan yang sementara malah akan mengalakkan isu pendatang asing tanpa izin bekerja di Cameron Highlands kerana kerajaan akan memberikanlagi peluang yang sama akan datang.

Adakah cara ini yang dimaksudkan mempermudahkan pengambilan pekerja asing tanpa sedar kita mengalakkan pendatang asing tanpa izin terus memilih Cameron Highlands di masa hadapan... 

Saya memetik kenyataan Ahli Parlimen Cameron Highlands yang bijak ini di STAR Online... klik 

TANAH RATA: Illegal foreign workers in Cameron Highlands may be legalised so that they may continue to work in farms here.

Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri G. Palanivel said this when asked about farmers here needing workers, legal or not.

“The Deputy Prime Minister (Tan Sri Muhyiddin Yassin) did talk about ... legalising them, work permit and all that.”

“Within two months or so, the Immigration (Department) and Home Affairs (Ministry) might legalise (them),” he told reporters after the Cameron Highlands flash floods and landslides special meeting.

He added that farmers needed to be allowed to preserve their land because they had been given temporary occupation licences.


R.E.A.C.H

Kalau anda mencari NGO yang prihatin dengan kemusnahan alam sekitar dan juga berkaitan dengan Cameron Highlands, saya mencadangkan anda menghubungi REACH untuk mengetahui dan menyertai mereka dalam memperjuangan isu-isu melibatkan Cameron Highlands khasnya alam sekitar.



Untuk mengetahui arah perjuangan REACH anda layari laman web mereka selanjutnya. Klik 

Bagi saya mereka memang prihatin dengan kemusnahan alam sekitar yang berlaku di Cameron Highlands. 

Malah di laman web mereka pelbagai maklumat berkaitan dengan alam sekitar di Cameron Highlands termasuklah kajian-kajian ilmiah yang dikongsikan bersama. 

R.E.A.C.H is a community based organisation formed in 2001 by a group of Cameron Highlands residents alarmed by the rapidly deteriorating environment especially the declining forests and water quality. 

R.E.A.C.H. aims to preserve, restore and maintain Cameron Highlands as an environmentally sustainable agriculture and hill resort within a permanent nature reserve. We strive to maintain a balance between environmental protection and development and to safeguard water catchment areas as a vital resource for the highlands and lowlands. 

It is now run by a group of volunteers with funds from membership, donations, small grants, reforestation activities and sales of souvenirs.

Penerokaan Tanah haram serius. !!! Kata TPM...

Semua orang tahu daerah ini adalah daerah pertanian yang terbesar di Malaysia. 

Kalau ikut saiznya keseluruhan daerah ini adalah 68,156 ha persegi dan kalau ikut kenyataan yang diberikan 8,718 ha ha persegi adalah melibatkan kawasan pertanian atau 13 % darI jumlah keseluruhan.


Jumlah petani pula dikatakan seramai 3,653 orang dengan Petani berbangsa Cina mendahului kaum lain iaitu sekitar 3,030 orang. 

Aktiviti pertanian menjana 2.98 Billion untuk bulan Jan hingga Oktober 2014 sahaja!!! 

Dan kalau dilihat lebih lagi kepada sumbangan pengeluaran sayur-sayuran sahaja menyumbang 2.49 billion untuk tempoh yang sama. 

Penyumbang kedua adalah kebun bunga keratan seluas 539 ha yang menjana RM 301 juta. 

Ladang teh pula seluas 1,589 ha menjana RM 142 juta. Manakala buah-buahan melibatkan kawasan seluas 32 ha menjana sebanyak RM 47 juta bagi tempoh yang sama.

Jadi, kalau melihat dengan sumbangan ekonomi yang dikongsikan ini, ianya bukan jumlah kecil yang boleh diperlekehkan. 

Benarlah .. PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN!!!

Walaubagaimanapun melihat jumlah TOL seluas 1830 ha dan kebun haram yang dianggarkan seluas 1000 ha lebih maka Kerajaan perlu melihat langkah terbaik dalam memastikan hasil pertanian dapat dikeluarkan tanpa perlu menjejaskan alam sekitar. 

Teknologi pengeluaran yang lebih efisien dan juga cekap perlu diperkenalkan dan bukan lagi menggunakan kaedah konversional atau tradisional . 

Biarpun perkembangan teknologi pertanian dan ilmu pengurusan pertanian kelihatan semakin maju diadaptasikan dalam pengurusan ladang sayuran kormesial, langkah yang sama perlu dipanjangkan kepada pengusaha ladang yang berskala kecil. 

Misinya dengan keluasan yang sama, hasil pengeluaran digandakan lebih banyak lagi. 

Tidak Mustahil untuk dilakukan ... 

Utusan Online mengatakan:

CAMERON HIGHLANDS 24 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui penerokaan tanah haram di daerah ini serius apabila kawasan pertanian di sini merekodkan keluasan empat kali ganda daripada yang sepatutnya.

Menurut beliau, mengikut perancangan, kawasan tanah tinggi itu sepatutnya mempunyai antara 2,300 atau 2,500 hektar tanah pertanian sahaja namun keluasan yang diteroka kini lebih 8,600 hektar.

Kata beliau, jumlah tersebut empat kali ganda daripada keluasan yang sepatutnya dan tindakan penguatkuasaan perlu dijalankan dengan segera untuk menyekat aktiviti berkenaan.

"Jika mengikut syarat, hanya kawasan cerun 20 darjah sahaja yang dibenarkan untuk dibuka tetapi di sini kawasan yang berkecerunan 40 darjah pun diteroka dan ini serius.

"Banyak kawasan sedemikian yang pokoknya sudah ditebang dan tanahnya diratakan. Ini amat mendukacitakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands, di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, pembukaan tanah baharu tidak sepatutnya berlaku lagi kerana kerajaan negeri sudah menghentikan pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) di kawasan ini sejak tahun 2000.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga sudah memperketatkan syarat untuk memperbaharui TOL sejak tahun 2007 apabila kelulusannya dibuat di peringkat negeri, bukan lagi di peringkat Pejabat Daerah.

"Ini bermakna tanah yang diterokai sekarang adalah secara haram. Untuk itu, operasi membanteras perlu dilaksanakan segera tanpa notis kerana ia dibuat secara haram," katanya.

Muhyiddin turut memberi jaminan bahawa mereka yang terlibat dalam penerokaan haram tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Bagaimana pun tegas beliau, tuduhan wujudnya individu yang membiayai kegiatan penerokaan tanah haram perlu disertakan dengan bukti.

"Tidak kira besar atau kecil, semua yang terlibat harus dikenakan tindakan. Namun kita tidak boleh tuding jari, siasatan perlu dijalankan.

"Dalam hal ini maklumat adalah penting dan orang ramai jika ada maklumat boleh lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tuduhan perlu disertakan dengan bukti," katanya.

- Sumber : Klik

Dah kenal rupanya.. senanglah nanti ... cuma perlu berani ...

Kata Ahli Parlimen Cameron Highlands beliau mengenali pihak yang telibat dengan penerokaan haram yang berlaku di Cameron Highlands. 

Cuma ayat selamat mengatakan petani sudah melakukan yang terbaik dalam membuka tanah kebun itu memang untuk jaga undi kerana dari mata kasar tahu sangat dah kualiti yang dimaksudkan itu memang ada kualiti ke tidak.

gambar Cameron Highlands dari udara 2010.. sekarang mungkin sudah bertambah ...

Tetapi memandangkan beliau sudah menjadi Ahli Parlimen Cameron Highlands walaupun dengan undi sekitar 400 lebih sahaja maka perlu kita fahami kenapa perlu menjawab dengan selamat ...

Bagi kami.. SELAMATKAN CAMERON HIGHLANDS YB... bukan undi dan kerusi MP di Cameron Highlands... lagipun kan dan YB katakan ini penggal terakhir ...

Saya memetik dari Utusan Online

CAMERON HIGHLANDS 24 Nov. – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel mengakui kerja-kerja pemusnahan alam sekitar di sini bukan disebabkan oleh para pekebun tetapi didalangi oleh pihak tertentu sejak 10 tahun lalu.

Beliau yang mengenali dalang berkenaan serta mempunyai beberapa bukti bergambar mengenainya walau bagaimanapun mengakui tidak boleh bercakap atau mendedahkannya dengan lebih lanjut.

Katanya, Cameron Highlands suatu ketika merupakan kawasan terpelihara manakala kegiatan pertanian di kawasan itu amat bagus untuk eksport negara sehingga mencecah RM2 bilion.

“Namun disebabkan sesuatu yang berlaku, kita tidak dapat mengawal mereka. Merekalah yang berada di belakang dan melakukan kerja-kerja haram ini.

“Pekebun Cina telah datang kepada saya dan mengadu bahawa orang-orang ini memusnahkan bukit-bukit. Pekebun di sini telah melakukan kerja cukup baik dan mengikut undang-undang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah, hari ini.

Ditanya sama ada beliau telah mengajukan perkara itu kepada pengetahuan polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Palanivel berkata: “Saya sedang berurusan dengan mereka.”

Dalam perkembangan berlainan, Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, beliau akan menghantar surat bagi memohon perkenan untuk menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tidak lama lagi.

“Sultan tidak murka dengan saya. Saya berada di Paris, Perancis pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian saya pulang ke sini. Saya selalu berada di sini.

“Cuma, baginda tidak berke­sempatan mendengar apa-apa daripada saya ketika itu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/palanivel-akui-kenal-dalang-kegiatan-haram-di-cameron-highlands-1.28972#sthash.UIEm6Ykp.dpuf

Lawatan TPM ke Cameron Highlands


Saya tidak terlibat dengan sebarang acara lawatan TPM ke Cameron Highlands semalam. Yang saya ikuti ialah koleksi 9 buah helikopter yang mendarat iaitu 5 buah  di Tanah Rata dan 3 buah di Padang Golf serta sebuah di Padang Habu.

Seronok pula anak-anak melihat koleksi helikopter ini.

Utusan Online yang saya petik ini pula menceritakan intipati lawatan TPM ini. 

Cuma kalau nak menyelit kisah, kebun yang dilawati oleh TPM tu di tepi jalan sahaja. Masa banjir tahun 2013, pemiliknya baharu sahaja menolak dan memotong bukit sehingga ke gigi air. 

Berhenti dua tiga hari masa kes tengah panas dan sambung kembali dan kini siap terdiri rumah plastik. 

Nak berhenti ? Tidak sekali !!!! Bagus juga, paling kurang ada contoh ditepi jalan yang senang dilihat sepanjang masa. 

Katanya keluasan TOL sekadar 0.4 ha tetapi keluasan sebenar 0.8 ha.. 

Itu maklumat dari TV3 semalam. 




CAMERON HIGHLANDS 24 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pelan tindakan jangka panjang untuk menyelamatkan Cameron Highlands daripada penerokaan tanah haram dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI).

Menurut beliau, antara langkah segera ialah agensi berkenaan perlu menguatkuasakan undang-undang dengan tegas dan berterusan.

Selain itu, beliau mengarahkan Jabatan Perancang Bandar dan Desa meneliti semula pelan pembangunan yang telah diluluskan di kawasan tanah tinggi itu sama ada perlu diperbaiki atau disesuaikan untuk memastikan tiada projek yang memberi kesan terhadap alam sekitar.

“Kita akan terus menempatkan agensi penguat kuasa di sini sehingga masalah ini selesai. Kita mahu masyarakat melihat betapa seriusnya kerajaan mengatasi isu-isu di sini.

“Kita tidak mahu operasi di sini hanya sementara dan apabila kita (penguat kuasa) balik, penyangak-penyangak ini akan datang semua, PATI kembali membanjiri kawasan ini.

“Matlamat pelan ini adalah untuk Cameron Highlands kembali ke zaman kegemilangannya sebagai destinasi pelancongan terkemuka dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat dan Tanah Runtuh di Cameron Highlands, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Maximus Ongkili.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Menurut Muhyiddin, semua agensi Persekutuan, negeri dan daerah perlu bertindak tegas me­ngatasi penerokaan tanah haram dan kebanjiran PATI tanpa kompromi.

Beliau berkata, menurut maklumat Pejabat Peguam Negara, tiada masalah untuk mengambil tindakan mengikut perundangan dalam soal tanah, PATI, penerokaan tanah haram dan alam sekitar.

“Semua instrumen undang-undang sudah cukup, yang penting adalah penguatkuasaan...penguatkuasaan... penguatkuasaan.

“Agensi berkaitan perlu menjalankan tugas. Jika ada kesukaran untuk menjalankan tugas seperti ada ancaman, pegawai yang berkenaan kena membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, selepas mesyuarat tersebut, Muhyiddin menyampaikan bantuan kepada 10 mangsa banjir kilat dan tanah runtuh di Ringlet pada 5 November lalu.

Beliau turut melawat kawasan bencana, meninjau Empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lembah Bertam.

Friday, November 21, 2014

Transformasi .. dari kuli kini ….

Berbalik kepada pekerja asing yang menawan Cameron Highlands, saya akan cuba berkongsi dengan anda imbasan kenangan saya yang mulai menetap di Cameron Highlands sejak 8 tahun yang lalu mengenai perkembangan status pekerja asing.

mereka pekerja ladang teh selalu memang berpermit sah.

Seawal tahun 2000 hingga 2006 kata kawan saya penambahan pekerja asing berlaku apabila rumah plastik diperkenalkan dan berjaya memberi peluang petani menghasilkan kaunti sayur yang bertambah dan kualiti yang lebih baik.

Maka sesudah mereka menambah dan menambah kebun sayur, pertambahan pekerja diperlukan.

Ketika ini sekitar 2007 saya sendiri melihat bagaimana bilangan pekerja asing mulai terasa kehadiran mereka di sekitar pecan terutamanya dari Kg Raja sehinggalah ke Tringkap dan Kea Farm.

Pembukaan jalan di Simpang Pulai dan Lojing memudahkan petani membuka lebih banyak lading sayur terutamanya di Lojing.

Bukan seekar dua tetpi beratus ekar bagi setiap seorang. Maka lebih ramai pekerja di bawa masuk.

Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal malah Vietnam serta Pakistan mewarnai persekitaran ketika itu.

GAJI HARIAN:

Mereka menerima gaji harian berserta tambahan masa kerja sekitar RM 18 hingga RM 22 sehari dan ketika ini kemudahan yang diperolehi adalah rumah kongsi yang seadanya di kebun masing-masing.

Mereka bekerja sebagai pekerja kepada pemilik ladang yang juga turut sama bekerja dan mematuhi segala perancangan yang dibuat.

Bak kata orang, ketika awal pembabitan ini mereka adalah buruh semata-mata.

Ketika ini, sebahagian daripada mereka sudah berstatus pendatang asing tanpa izin kerana ada yang melarikan diri premis kerja masing-masing.

PERKONGSIAN HASIL:

Sudah lama, ada yang dikalangan petani mengambil jalan singkat dengan memberi  atau berkongsi komisen.

Konsepnya mudah.

Kebun yang diusahakan dilepaskan secara separa kuasa dengan pekebun  mulai hanya membekalkan barang pertanian dan jadual kerja lebih anjal.

Hasil dibahagi secara ratio yang persetujui seperti 60:40 atau 70:30.

Contohnya jika hasil kubis 1000 kg, pemilik kebun akan mengambil 700 kg dan 300 kg selebihnya dimiliki oleh pekerja yang kemudiannya menjual kembali sebagai gaji.

Ratio perkongsian ini sentiasa terbuka dan kadang kala 50:50 .


SEWA KEBUN:

Peringkat seterusnya menyewa kebun oleh pekerja dan mereka ketika ini sepenuhnya mengawal perancangan dan perjalanan kebun dan hasil ketika ini bebas dijual kepada mana-mana peraih dan tidak perlu lagi kepada tuan kebun.

Tuan kebun ketika ini menerima sewa bulanan semata-mata mengikut keluasan yang ada.

Pada tahun 2007 saya terperanjat bilamana ditunjukan seorang Bangladeshi yang sedang memandu Hilux baharu dan dikatakan mempunyai puluhan ha kebun sayur yang disewa dan mempunyai pekerja warga Bangladesh seramai 60 oranga ketika itu.

Malah kisah yang mengatakan taikun Bangladesh yang sedang diburu adalah dia yang kini mempunyai lebih keluasan tanah kebun samada di sewa atau dibuka secara haram. Di sini sudah pasti jumlah pekerja asing bertambah.

Malah dialah yang dikatakan mempunyai beberapa kereta mewah seperti Mercedes dan juga Aplhard.


AMBIL KOMISEN:

Kaedah mengambil komisen ini agak popular sejak kebelakangan ini terutama melibatkan kebun sayur yang jauh dipendalaman.

Ini kerana pemilik kebun yang telah meneroka kebun tersebut agak sukar untuk sentiasa berada di dalam kawasan kebun seawall pagi.

Maka penyelesaian yang dicadangkan oleh pekerja mereka adalah memberi komisen kepada setiap kg yang dihasilkan.

Tuan kebun masih memilik kebun tersebut tetapi hanya perlu menyediakan bahan pertanian yang diperlukan.

Jika dipersetujui, pekebun tidak lagi perlu datang seawall 7.30 pagi untuk memastikan arahan kerja dan juga kawalan kerja kerana semuanya akan diuruskan oleh ketua pekerja asing tersebut.

Contohnya RM 0.20 setiap kg tomato akan diterima oleh pekerja asing tanpa sebarang kawalan kerja oleh majikan.

Ketika ini, kumpulan pekerja tersebut akan memilih sendiri rakan-rakan kumpulanya malah mereka akan menyingkirkan yang tidak sebulu dan menjemput rakan dari luar untuk bekerja bersama. Jumlah pekerja diminimakan. Di sinilah pekerja asing tanpa izin bertambah masuk.

Kualiti kerja mereka dipertingkatkan kerana mengejar berat hasil.

Kaedah ini kadangkala kalau difikirkan pekebun sebelum ini telah ditipu kerana dahulu mereka memerlukan 10 orang pekerja tetapi kini hanya 5 dan pekerja asing menjadi secara tiba-tiba begitu efiesen malah dikatakan kalau memungut hasil mereka seperti berlari dari pokok ke pokok.

Namun langit tidak selamanya cerah. Dari mempunyai pekerja asing oleh setiap pekebun, kini mereka bergantung sepenuhnya kepada kumpulan pekerja ini dan akhirnya komisen diminta di tambah dari masa ke semasa dan untuk pemilik kebun mengatakan tidak aagak sukar kerana kebergantungan sepenuhnya kepada kumpulan ini untuk mengusahakan kebun tersebut.



KEBEBASAN BEKERJA :

Kerana bentuk muka bumi yang sangat sukar untuk dikunjungi oleh pihak ketiga, maka kawasan kebun-kebun sayur ini selalunya menjadi pilihan kepada pekerja asing tanpa izin dari seluruh Negara untuk bersembunyi dan bekerja di sini.

Malah kebebasan waktu kerja yang tidak menekan mereka kerana kebun-kebun kini dimiliki oleh rakan mereka menjadikan mereka sanggup untuk sama-sama tinggal di dalam kebun sayur.

Baik bangsa Bangladeshi mahupun Indonesia, rata-rata pekerja asing tanpa izin tidak mempunyai masalah untuk bertapak dan bekerja di Cameron Highlands.

Itu belum di sentuh kepada pekerja asing yang mulai menyewa kedai-kedai untuk perniagaan runcit dan makan serta pasar malam.

Mereka mulai membentuk komuniti mereka sendiri.

Insyallah akan saya kongsikan nanti.