Kata Ahli Parlimen Cameron Highlands beliau mengenali pihak yang telibat dengan penerokaan haram yang berlaku di Cameron Highlands.
Cuma ayat selamat mengatakan petani sudah melakukan yang terbaik dalam membuka tanah kebun itu memang untuk jaga undi kerana dari mata kasar tahu sangat dah kualiti yang dimaksudkan itu memang ada kualiti ke tidak.
gambar Cameron Highlands dari udara 2010.. sekarang mungkin sudah bertambah ... |
Tetapi memandangkan beliau sudah menjadi Ahli Parlimen Cameron Highlands walaupun dengan undi sekitar 400 lebih sahaja maka perlu kita fahami kenapa perlu menjawab dengan selamat ...
Bagi kami.. SELAMATKAN CAMERON HIGHLANDS YB... bukan undi dan kerusi MP di Cameron Highlands... lagipun kan dan YB katakan ini penggal terakhir ...
Saya memetik dari Utusan Online
CAMERON HIGHLANDS 24 Nov. – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel mengakui kerja-kerja pemusnahan alam sekitar di sini bukan disebabkan oleh para pekebun tetapi didalangi oleh pihak tertentu sejak 10 tahun lalu.
Beliau yang mengenali dalang berkenaan serta mempunyai beberapa bukti bergambar mengenainya walau bagaimanapun mengakui tidak boleh bercakap atau mendedahkannya dengan lebih lanjut.
Katanya, Cameron Highlands suatu ketika merupakan kawasan terpelihara manakala kegiatan pertanian di kawasan itu amat bagus untuk eksport negara sehingga mencecah RM2 bilion.
“Namun disebabkan sesuatu yang berlaku, kita tidak dapat mengawal mereka. Merekalah yang berada di belakang dan melakukan kerja-kerja haram ini.
“Pekebun Cina telah datang kepada saya dan mengadu bahawa orang-orang ini memusnahkan bukit-bukit. Pekebun di sini telah melakukan kerja cukup baik dan mengikut undang-undang,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah, hari ini.
Ditanya sama ada beliau telah mengajukan perkara itu kepada pengetahuan polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Palanivel berkata: “Saya sedang berurusan dengan mereka.”
Dalam perkembangan berlainan, Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands berkata, beliau akan menghantar surat bagi memohon perkenan untuk menghadap Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah tidak lama lagi.
“Sultan tidak murka dengan saya. Saya berada di Paris, Perancis pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian saya pulang ke sini. Saya selalu berada di sini.
“Cuma, baginda tidak berkesempatan mendengar apa-apa daripada saya ketika itu,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/palanivel-akui-kenal-dalang-kegiatan-haram-di-cameron-highlands-1.28972#sthash.UIEm6Ykp.dpuf
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.