Thursday, February 13, 2014

Eco Park @ Bukit Merah Lake Town Resort

Selepas kami ke Pulau Orang Utan, kami menaiki bot semula dan diturunkan di Jeti Eco Park yang juga merupakan salah satu lokasi pilihan jika anda ke BMLTR ini.
 
 
Berkonsepkan seperti taman eko atau zoo, anda boleh memasuki taman ini dengan bayaran RM 15 seorang bagi dewasa kalau tak silap saya kerana ketika ini kami sekeluara telah bergabung semula dengan rombongan sekolah anak kami yang menjadikan BMLTR sebagai aktiviti rombongan mereka.
 
Terletak bersebelahan taman tema air mereka dan juga berhadapan dengan Perkampungan Air yang boleh anda pilih sebagai penginapan anda ke sini.
 
Cuma harganya anda perlu menghubungi BMLTR untuk perincian. Nampak macam menarik cuma keluasan Kampung Air ini agak kecil dan tidak sebenar Sepang Gold Cost atau Avilion di PD.
 
Berkeluasan sekitar 4 ekar dan mempunyai sebanyak 40 spesis haiwan seperti burung, monyet, beruang, rusa dan ular.
 
Laluan di sini ada dalam sangkar dan terbuka malah kalau melihat kepada promosinya terdapat juga kemudahan "skycycle" namun kami rasa semasa kunjungan ini ditutup.
 
 
Terdapat burung-burung yang bebas akan anda temui sepanjang berjalan di sini yang berkonsepkan terbuka dan mudah serta jinak untuk didekati oleh kanak-kanak seperti rombongan kami ini.
 
 
Manakala haiwan seperti monyet dan haiwan besar seperti beruang dan juga reptilia berada dalam sangkar khas bagi keselamatan.
 
Berbeza dengan zoo yang selalu kita kunjungi, di Eco Park anda diberi peluang untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan mereka yang terdiri daripada sayur-sayuran.
 
 
Pastinya anak-anak kecil anda akan teruja memberi makanan kerana kerana awal pagi ini haiwan-haiwan masih lapar barangkali tanpa banyak memilih makanan.
 
Selalunya kalau sudah petang, haiwan-haiwan akan lebih memilih makanan kerana sudah kekenyangan.
 
 
Kami tidak berlama-lama di sini dan hanya sekitar kurang sejam kerana kanak-kanak rombongan sudah teruja untuk mandi manda manakala kami pula terasa lapar.
 
Selepas ini Taman Tema Air pula destinasi kami di sini. Untuk koleksi gambar kami selebihnya di Eco Park , klik SINI.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.