Tarikan utama ke Bukit Merah Laketown Resort pastinya ke taman temanya yang berkeluasan sekitar 11 ekar.
Seperti taman-taman tema yang lain, keistimewaan taman tema air ini adalah kawasan mandi-mandanya yang pelbagai dan boleh menjadi pilihan kepada kita untuk mencubanya.
Kawasan mandi untuk di kawasan kanak-kanak memang sesuai untuk anak kecil saya.
Tidak sukar dan mempunyai kawasan yang luas juga baik di kawasan hadapan ataupun sisi taman air ini yang bertemakan Pengemberaan Sungai kanak-kanak dan jugak Kolam Perlombongan Perak.
Juga terdapat beberapa lokasi mandi manda untuk orang dewasa seperti gelunsur air yang bertema seperti Giant wet bubble, Boomerang, water flume rides and body speed slide.
Kemudahan menyimpan barang amat berpatutan dan selamat. Sewaan pelampung juga agak murah sekitar RM 10 kalau tak silap saya.
Tiket masuk? Saya dah lupa kerana kami mengambil pakej seluruh bahagian sekitar RM 48 kalau tak silap saya. Boleh masuk Eco Park, Theme Park dan chairlift.
Tapi kalau mengikut laman web mereka tiket masuk bernilai RM 30 untuk dewasa dan RM 20 untuk kanak-kanak berketinggian 90 cm ke atas.
Antara tarikan yang menyeronokan adalah melawan deruan ombak di kolam utama yang akan menghempas badan kita setiap setengah jam.
Anak-anak saya teruja kerana ingin mencuba kawasan mandian yang banyak di sediakan termasuklah untuk permainan gelunsur namun kerana mereka masih kecil terpaksa melihat papanya sahaja yang menjerit ketika melalui gelunsur air ini.
Mesti mereka cemburu ... Namun jangan kita syok sendiri, kita perlu melayan kerenah anak-anak yang lebih utama.
Kami menghabiskan masa sekitar 4 jam lebih di sini untuk bermandi manda dan percayalah kerana saya membawa anak yang masih kecil, saya tidak sempat menghabiskan keseluruhan kawasan permainan gelunsur dewasa yang hanya saya sedari semasa menaiki chairlift.
Untuk koleksi gambar yang lain, klik SINI untuk melihatnya...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.