Saya telah berkongsi catatan mengenai Thompson trail yang akan diadakan kira-kira sebulan lebih yang lalu. Klik sini untuk catatan tersebut. Klik
Saya mengikuti perkembangan pendaftaran peserta yang dikemaskinikan oleh pihak penganjur dilaman facebook mereka.
Ternyata jumlah pendaftaran semakin hari semakin bertambah dan amat menarik biilamana jumlahnya melebihi 1,000 ribu peserta.
Dan jumlah pendaftaran itu nampaknya tidak berhenti di situ sahaja malah semakin hari semakin bertambah dan semakin galak gayanya.
Saya melihat pesanan demi pesanan ditinggalkan di laman fb baik dari Johor sehinggalah ke Perlis.
Saya yang berada di Cameron Highlands sendiri teruja. Namun nak mendaftar sebagai peserta tak lengkap pula syaratnya.
Saya tiada basikal. Malah saya tidak pernah menunggang basikal dalam satu tempoh yang lama. Tapi niat dan hajat saya masih tinggi.
Saya akhirnya mendaftarkan diri. Niatnya mengikuti TT ini sebagai peserta bermotor untuk menangkap gambar.
Juga kerana inginkan koleksi baju serta yuran sekadar RM 30 sahaja yang lengkap dengan pakej yang menarik seperti baju, medal penamat, sijil, makan tengahari serta goodies.
Cuma perancangan saya bertukar bila mana rakan saya mencadangkan saya untuk menyertai pasukan marshall.
Dan akhirnya saya terlibat dengan pasukan marshall hanya di waktu pagi acara ini sedang dilepaskan dan hanya menanti peserta di Ringlet.
Terima kasih kepada penganjur..... terutama ketua Marshall , Ustaz Hayazi dan pasukan crew dari Cameron Rider.
Untuk catatan Thompson Trail ini saya akan bahagikan kepada beberapa catatan yang berlainan untuk kita lebih dekat dengan sesuatu keistimewaan tempat yang anda lalui kerana kadangkala bila melihat gambar yang besar terlupa pula kepada mereka yang kecil di dalamnya.
Ada kisah yang menarik untuk dikongsikan.. Insyallah ..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.