Sunday, November 3, 2013

Kemusnahan kebun kebun sayur

Saya melihat kesan bencana di kawasan pekan Lembah Bertam.
 
Kesan yang sama juga sebenarnya dapat dilihat bukan satu km jauhnya tetapi menjangkau kepada lebih 12 km jaraknya.


Jika di pekan, kelihatan kesan kemusnahan kepada harta benda dan bangunan, dihilirnya kesannya kepada kebun-kebun sayur yang dibina di atas rezab simpanan sungai.

Petani atau pekebun sayur meneroka secara haram rezab sungai malah bukan sekadar menanam tetapi turut membina struktur tetap seperti rumah plastik, stor, jambatan malah rumah pekerja mereka.
 
Malah lebih memburukkan lagi ada yang membina benteng struktur yang terus dari dalam gigi air ke atas menjadikan laluan air tersepit dan jika berlaku limpahan, pastinya melambatkan perjalanan air tersebut.

Kesalahan ini yang lebih bersifatkan penting diri senduri akhirnya memakan diri.

Lembangan sungai menjadi kecil dan cetek. Ianya tidak mampu menampung jumlah isipadu air yang mengalir dan akhirnya menjadi bencana.

Kajadian banjir kilat di pekan lembah bertam membawa impak yang cukup besar kerana kuasa air semakin bertambah dengan menghayutkan segala sampah sarap serta barangan hanyut ke hilirnya.

Akhirnya kesan kemusnahan jelas kelihatan di sepanjang  tebing sungai sehingga 12 km jauhnya.
 
Rumah plastik runtuh dan ranap dihentam air yang kuat. Mahu salahkan pihak berwajib?
 
Hasil tanaman yang mungkin hanya menunggu masa untuk dituai hanyut dan lenyap dari tapak tanaman. Mahu menuntut pampasan dari pihak berwajib?
 
Bangunan simpanan barang juga runtuh dan dihanyutkan arus deras. Masih mahu menuntut pampasan dari pihak berwajib.
 
 
Mereka adalah pekebun tegar yang tidak lut dari sebarang tindakan. Banyak tangan-tangan ghaib yang mendokongi tindakan mereka.
 
Politik antaranya. Selebihnya tepuk kepala  fikirkan sendiri
 
Anda ganggu anda perlu menanggung akibatnya. Kata sesetengah orang malah saya dinasihatkan jangan terlalu vokal berkata mengenainya.
 
Maka sampai bila keadaan begini harus berlalu dan dibiarkan.
 
Tiada undang-undang? Jangan kata tiada, malah saya kira Akta Bangunan telah ada , Akta Tanah pun dah ada, Akta berkaitan parit dan saliran - simpanan alur sungai pun dah ada !!
 
Yang tiada penguatkuasaan yang tegas.
 
Kalau ada pun sekadar sudah "ada notis ditampal". Sudah ada siasatan dibuat. Sudah ada kompau dikeluarkan...
 
Namun yang tiada .. penguatkuasaan mandatori yang melihat kawasan simpanan sungai malah kalau boleh hutan dan tanah kerajaan tidak terusik..
 
Adakah berani wahai pihak berkuasa.. kami tak mahu retorik.. tindakan anda kami mahukan... penyelesaian sebenar dengan ketegasan...
 
Antara komen yang dinyatakan kepada saya semasa melawat mangsa banjir tersebut .. "TNB mahu bunuh cina " diulang-ulang beberapa kali kepada saya tanpa sedar mereka sebenarnya mahu mengatakan "kami bunuh diri kami sendiri" dengan membina penempatan kebun haram di simpanan alur sungai ...
 
klik untuk gambar selebihnya. Di sini

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.