Saya menamatkan catatan mengenai Banjir Kilat akibat perlepasan air Empangan Sultan Abu Bakar (ESAB) yang menimpa Lembah Bertam ini dengan berkongsikan antara soalan yang selalu ditanya oleh orang ramai.
Kenapa air lepasan Empangan ini melalui kawasan penempatan?
Jawapannya kerana ESAB berada di atas kawasan penempatan seawal 1960 lagi dan alur limpahnya sememangnya akan melalui Sungai Bertam.
jarak empangan dan Lembah Bertam |
Pada tahun 1960 an tiada penempatan di sini yang meneroka kawasan simpanan tebing sungai tersebut.
Namun selepas 1990 hingga kini, pencerobohan kawasan simpangan tebing sungai berlaku tanpa henti biarpun pelbagai tindakan diambil dan selalunya helah dan campur tangan politik yang menjaga undi masing-masing menghalang tindakan dikenakan.
Katanya baik yang menduduki kerusi kanan mahupun di kerusi kiri.
Jarak antara ESAB dan pekan ini sekadar 1.2 km sahaja.
Alur sungainya semakin hari semakin mengecil kerana rumah, bangunan stor dan pelbagai lagi struktur dibina sehingga ke kawasan dalam alur sungai ini.
Bukan setakat mengecil malah semakin cetek kerana mendapan dari pembukaan kebun telah terperangkap di dasar sungai.
Malah rasanya lebih layak di panggil longkang besar sahaja daripada sungai.
air lepasan empangan melalui sungai yang kecil dan cetek. Perhatikan pembinaan struktur di tebing sungai dan jambatan yang rendah. |
Salah siapa?
Empangan ini dibina dengan keperluan melepaskan air jika berlaku paras air melepasi had selamat.
Memburukkan keadaaan kalau 4 tahun yang lalu, hanya 3 bulan diperuntukan setiap tahun untuk menggali dan membawa keluar mendapan pasir dan lumpur di tasik takungannya tetapi sejak dari 2 tahun yanga lalu ianya dijalankan tanpa henti!!
Kenapa?
Huluan sungai teruk diteroka!!
Kawasan kebun haram diusahakan sepanjang sungai tanpa sebarang kawalan dan tindakan penguatkuasa terikat dan terhalang oleh tangan-tangan politik!!!
Ataupun yang tidak sedap didengar ada yang mengatakan korupsi merajai pihak penguatkuasa.
Ini tidak akan saya akui atau tekankan kerana tiada bukti menyokong cuma khabar angin bertebaran sebegitu.
Harapan saya tindakan penguatkuasaan dilakukan dengan setegas-tegasnya demi masa depan yang lebih selamat.
Bayangkan paras air 30 meter yang memenuhi kawasan tasik empangan ini melimpah atau lebih buruk terlepas keluar akibat empangan pecah....
Bayangkan pada malam kejadian air naik mendadak separas 0.6 meter dalam masa satu jam.
Tasik empangan tidak mampu menampung air yag lebih banyak kerana mendapan yang dikatakan memenuhi separuh daripada kedalamannya walaupun usaha menyedut pasir lumpur tidak berhenti selama 2 tahun.
Malah pada malam kejadian dikatakan (perlu dipastikan) hanya satu pintu air limpahan dibuka semasa perlepasan kedua dan ketiga iaitu pada pukul 1 pagi dan 2.40 pagi.
Lepasan yang pertama sekitar 4 inci sahaja dari satu pintu!!!
Bukan 4 yang akan terkorban tetapi seluruh penempatan di sepanjang laluan termasuklah kawasan penempatan orang asli dihilirnya akan lenyap demi keuntungan poket pekebun sayur di huluannya..
Yang mendapat laba dan untung adalah mereka di atas. Yang mendapat bala adalah mereka yang dibawa.
Manusia durjana merosakan alam ... dek tangan-tangan celaka!!!!
Kasarkan ? sekali sekala aje...
Ayuh pihak berkuasa... pergunakan kuasamu ...
klik sini untuk gambar selebihnya ..KLIK
saya pernah datang ke sini dan melawat kawasan-kawasan diulu-ulu yang rancak di teroka. Sebelum kejadian saya sendiri sudah terfikir, suatu hari akan ada bencana berlaku kerana struktur tanah tidak stabil dan sungai di sana agak tercemar. Dalam koleksi saya ada banyak gambar-gambar tanah yang telah diteroka, yang mana, ada diantaranya saya pasti tidak dapat kelulusan. Penguatkuasaan mungkin tidak dapat dilakukan dengan berkesan kerana halangan dari pekebun sendiri. Kami dapat masukpun kerana pekebun-pekebun itu ada kepentingan dengan kami. Bila Pejabat tanah Cameron minta diluluskan penggunaan senjata api semasa bertugas, saya sudah dapat agak kenapa. Tetapi malangnya kelulusan itu tidak diberi kepada atas alasan-alasan tertentu
ReplyDelete