Friday, November 1, 2013

3 hari selepas bencana Banjir Kilat di Lembah Bertam...

Masa untuk membersihkan kawasan bencana.
 
Selepas 3 hari, penduduk mula keluar untuk sama-sama membersihkan kawasan kejiranan mereka.
 
Yang utama adalah membersihkan kawasan yang berlumpur dan berselut tidak kira di mana sahaja.
 
Juga kelihatan mereka bergotong royong membersihkan kawasan sekolah.
 
Manakala kelihatan beberapa kumpulan anggota Polis membuat bancian dan penyiasatan yang telah dilaporkan oleh mangsa banjir kepada mereka.
 
 
Cuma bekalan air yang masih belum pulih memperlahankan gerak kerja mereka.
 
Saya sempat bersama mereka meninjau kerja-kerja pembersihan serta bertanya khabar.
 
Antara luahan mereka, semua kerja pembersihan dilakukan sesama sendiri tanpa kehadiran dan bantuan pihak berkuasa seperti rela, masyarakat sekitar dan wakil-wakil NGO.
 
 
Apapun membersihkan kawasan yang terjejas cukup memenatkan.
 
Untuk kereta yang hanyut saya melihat usaha membawa keluar telah diusahakan sejak hari pertama dan hampir keseluruhan dapat dibawa keluar pada hari kedua selepas bencana.
 
Saya meninjau kawasan sekolah rendah dan melihat bekas pelajar, murid, ibu bapa dan guru-guru bertungkus lumus membawa barangan yang rosak keluar dan menolak selut dan lumpur.
 
 
Namun kerja-kerja ini tidak akan selesai dalam tempoh sehari dan saya merancang untuk membawa pekerja kebun saya untuk membantu keesokan harinya sekadar yang mampu. 
 
Klik sini untuk koleksi gambar selebihnya.

2 comments:

  1. hai... sy cuma nk tanya, lps kejadian banjir lumpur tempoh hari, ramai tak yang pergi bercuti ke sana? keadaan sesuai tak kalau hendak pegi bercuti?terima kasih

    ReplyDelete
  2. masih macam biasa cuma biasanya di musim perperiksaan selalu jumlah berkurangan berbanding biasa.

    Lepas periksa dan hujung tahun cuti sekolah memang akan ramai.

    Satu lagi lokasi yang terjadi bencana ini jauh di hilir Cameron Highlands bukan dikawasan perlancongan...

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.