DYMM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah telah sudi mencemar duli melawat kawasan bencana pada hari kedua.
DYMM Tengku telah datang bersama-sama dengan Menteri Besar Pahang selepas Upacara Sambutan dan Penganugerahan Pingat Keputeraan DYMM Sultan Pahang.
Baginda diberi Taklimat Bencana oleh Tuan Ketua Polis Daerah Cameron Highlands.
Dalam titah Baginda menyatakan Empangan Sultan Abu Bakar amat membawa kenangan peribadi kepada baginda kerana empangan yang dibina pada tahun 1960 ini mengambil nama nendanya.
Malah ketika datang ke Cameron Highlands pada zaman kecilnya keindahan tasik empangan yang dapat melihat ikan berenang kerana airnya amat jernih.
Namun kini, semuanya tinggal kenangan kerana airnya sentiasa keruh.
Baginda berharap apa juga perancangan pihak berkuasa kelak perlu diberi sokongan oleh semua penduduk yang terlibat.
Juga menyarankan kepada pihak pengurusan empangan untuk mengkaji semula SOP mereka dalam perlepasan air.
Jika boleh perlepasan air dibuat lebih awal jika risiko air melimpah berjaya dikesan bukannya selepas lewat malam yang memungkinkan tidak disedari oleh penduduk yang berkenaan.
Baginda membuat tinjau ringkas di kawasan bencana sebelum berangkat ke pusat pemindahan mangsa banjir.
Klik sini untuk koleksi gambar selebihnya. Klik
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.