Angkat tangan kalau tahu? Saya tak nampak yang angkat tangan, kiranya tidak tahulah siapa gerangan Thompson ini kan.
Jom, kita kenali sedikit siapa gerangan Thompson ini...
Kisahnya adalah misteri
kehilangan seorang saudagar suterea yang jutawan dan terkenal di Asia iaitu Jim
Thompson.
Sedikit berkenaan Jim Thompson, beliau adalah rakyat Amerika Syarikat
yang dikatakan mempunyai pelbagai latar belakang yang tersirat.
Zahirnya beliau merupakan saudagar atau pedagang kain sutera yang terkenal di Thailand. Nama penuhnya James Harrison WilsomThompson yang dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syraikat pada 21 Mac 1906.
Zahirnya beliau merupakan saudagar atau pedagang kain sutera yang terkenal di Thailand. Nama penuhnya James Harrison WilsomThompson yang dilahirkan di Greenville, Delaware, Amerika Syraikat pada 21 Mac 1906.
asalnya gambar Jim Thompson saya
letakkan di sini namun mendapat email yang meminta saya membuang gambar tersebut kerana status "copyright", maka saya akur. Namun saya tidak dapat mengantikan dengan gambar yang lain. Untuk mengelakkan ruangan ini kosong, saya kira gambar ini sekadar suka-suka diletakkan. Jika anda ingin melihat gambar Jim Thompson sendiri klik link yang diberikan oleh pihak yang tidak saya kenali di SINI . Ingat gambar di atas bukan Jim Thompson atau ada kaitan dengannya. |
Beliau dikatakan seorang
perisik kententeraan Amerika Syarikat ketika perang dunia di Perancis dan
dikatakan kehilangan kali 'kedua' ini merupakan teori penyamaran
beliau.
Pada tarikh 26 Mac 1967, Jim
dikatakan hilang dan tidak pulang ke banglo rakannya yang merupakan seorang
warga Singapura setelah berjalan-jalan di kawasan sekitar.
Tujuan mereka ke
Cameron Highlands adalah untuk meraikan majlis perkahwinan anak rakan mereka di
sini di samping berehat.
Ketika ini, Jim merupakan
saudagar tekstil dan sutera yang berjaya membangunkan dan mempopularkan semula
industri ini di Thailand dengan menubuhkan Thai Silk Company pada tahun 1947
dan masih sehingga kini mendapat sanjungan diatas usahanya itu.
Kehilangannya masih menjadi
misteri, Kehilangannya mencipta sejarah di Malaysia dalam operasi pencarian yang
terbesar dikerahkan oleh kerajaan ketika itu.
Namun sehingga kini masih
tiada tanpa positif berbanding teori-teori kehilangan yang diutarakan tanpa
alasan yang konkrit.
Banglo Moonlight |
Banglo Sunglight |
* Catatan saya terdahulu di SINI
Laluan trek Thompson diberikan sempena namanya bagi mengenangkan kisah yang telah berlaku ini.
Namun laluan trek yang anda lalui adalah separuh dari laluan yang sebenar kalau mengikut kata penganjur. Mungkin di lain kali pihak penganjur akan melebarkan laluan Trek Thompson ini.
Banglo Moonlight dan Sunlight kini dibuka untuk sewaan harian samada sekadar bilik mahupun unit banglo tersebut. Klik Sini untuk catatan saya mengenainya.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.