Tadi pagi kawan saya sms lagi. Katanya Groupon menawarkan Hotel Equatorial dengan harga RM 178 semalam. Dia tanya pendapat saya. Bagus tak hotel ni. Okey tak harga tawaran kali ini.
semua gambar ini dari laman Groupon. |
Saya pun mengagahkan diri membuka tawaran tersebut. Tawaran tersebut berbekal lagi dua hari sebelum ditutup. Harganya RM 178 semalaman untuk dua orang dengan kemudahan wifi dan 10% diskaun untuk makan dan minum.
Klik Sini untuk ke laman tawaran Groupon tersebut.
Klik Sini untuk ke laman tawaran Groupon tersebut.
Kalau melihatkan banner dan bunting yang dipasang oleh hotel ini di sini harganya sekitar RM 180 semalam ke atas tidak termasuk caj perkhidmatan dan cukai.
Tapi berdasarkan kepada pakej ini surcaj untuk semalaman RM 40 lagi jika tarikh penginapan pilihan anda bertembung dengan tarikh tertentu seperti cuti sekolah dan umum malah hujung minggu.
Perlu diketahui juga, bilik yang ditawarkan adalah standard room dan tambahan RM 40 untuk menaiktaraf ke bilik Deluxe.
Tarikh penginapan pula bermula 2 Jan hinga 30 Apr 2013 dengan beberapa blackout date untuk penginapan yang perlu diambil kira dalam merancang percutian anda kelak.
Tapi berdasarkan kepada pakej ini surcaj untuk semalaman RM 40 lagi jika tarikh penginapan pilihan anda bertembung dengan tarikh tertentu seperti cuti sekolah dan umum malah hujung minggu.
Perlu diketahui juga, bilik yang ditawarkan adalah standard room dan tambahan RM 40 untuk menaiktaraf ke bilik Deluxe.
Juga di dalam tawaran pakej ini dinyatakan tidak termasuk dengan sarapan kepada anda. Ini bermakna hanya untuk penginapan sahaja.
Kalau mengikut pakej ini harga seorang untuk sarapan adalah RM 22 dan kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun RM 18 seorang yang perlu dibayar berasingan.
Cuba anda kira berapa tambahan dari harga sebenar yang ditawarkan. Pertama harga permulaan pakej adalah RM 178 semalam.
Kedua tambahan harga untuk menaiktaraf bilik jika perlu.
Ketiga surcaj tambahan yang perlu anda bayar jika bercuti di tarikh yang telah diblok oleh pihak hotel.
Keempat harga tambahan untuk sarapan pagi yang perlu ditambah dalam percutian ini jika anda tidak mahu keluar bersarapan.
Semuanya perlu diambil kira dan saya mencadangkan selepas itu anda membuat perbandingan harga.
Pertama bandingkan dengan harga walk in rate dengan menghubungi hotel ini atau ke laman web mereka.
Kedua anda bandingkan pula dengan harga yang ditawarkan oleh beberapa laman online yang lain seperti Agoda, Hotel.com, AsiaRoom dan sebagainya.
Saya mencadangkan anda meninjau laman Agoda yang selalunya amat memuaskan hati saya untuk menempah hotel.
Berkenaan dengan lokasi dan kemudahan hotel ini memang bagus kerana terletak di bahagian tertinggi Cameron Highlands. Tiada rungutan mengenai lokasi ini biarpun jauh sedikit dari pusat bandar tumpuan seperti Brinchang dan Tanah Rata.
Selain itu kawasan sekitar amat unik kerana di sekitarnya anda boleh mengunjungi kawasan kebun sayur-sayuran samada masih lagi diusahakan secara tradisional ataupun moden. Ini termasuklah kebun strawberry dan Ladang Lebah serta rama-rama.
Uniknya juga anda boleh mengunjungi ladang teh yang amat cantik di Sungei Palas termasuklah ke Pusat Teh mereka yang amat menarik untuk dikunjungi yang merupakan lokasi MESTI singgah jika ke sini dan lokasinya amat dekat untuk anda mengunjungi kawasan ladang teh ini seawal pagi selepas subuh untuk melihat pemandangan matahari terbitnya.
Jadi kesimpulan saya. Harga dan pakej ini boleh dipertimbangkan jika anda selesa dengan syarat yang dikenakan. Tapi masih berbalaoi untuk anda membuat perbandingan yang saya unjurkan di atas. Tak rugi untuk sedikit 'homework'.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.