Saturday, December 8, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Jalan Pecah Batu

Catatan kali ini sengaja menyelongkar apa yang ada di Jalan Pecah Batu di Brinchang. Namanya mungkin agak pelik sedikit kerana pecah batu. Ada yang mengatakan dahulu di sana ada kuari batu dan ada pula mengatakan kerana jalannya yang amat teruk ketika pembukaanya. 


Saya kurang pasti yang mana satu kisah sebenar. Namun saya sekadar ingin berkongsikan apa yang ada di sini dan petang tadi sempat saya menaiki motorsikal ke sini. Kali terakhir saya menggunakan jalan ini adalah ketika hadir ke rumah terbuka hari raya rakan sekerja saya sekitar 4 tahun yang lalu. 

Jalan ini terletak dilaluan utama memasuki bandar Brinchang. Di awal persimpangan ini terdapat Iris House Hotel. Mudah sangat untuk anda perasan persimpangan ini.  Laluan ini ini hanya sepanjang 2.2 km yang tidak bersambung dengan jalan lain. 


Laluan ini sebenarnya menghubungkan kawasan perumahan antara yang agak lama di Brinchang ini. Laluannya agak sempit dan terdapat rumah-rumah lama ataupun baru di laluan ini. Terdapat dua blok apartment dan sebuah kuartes kerajaaan di sini. 


Di penghunjung laluan ini terdapat sebuah Tokong Budha yang amat popular iaitu Sam Poh Temple yang pada awalnya sememangnya saya mengetahui kewujudannya namun kunjungan saya petang tadi ke sana agak terperanjat juga kerana rupanya sangat besar tokong ini. 


Juga terdapat beberapa penginapan seperti hotel, chalet dan apartment percutian di sini untuk anda sewa. Antaranya Iris House Hotel, Hotel Wira Awan dan Agro Highlands Chalet. Insyallah akan saya kongsikan mengenai AgriHighlands Chalet dengan lebih terperinci. 



Selain itu, di penghujung laluan ini juga terdapat Denai Kembara no 2 yang boleh menembusi laluan pendakian ke Gunung Berembum dan Tapak perkhemahan Sungai Pauh di laluan denai no 3 dan 5. Saya belum pernah mencuba laluan denai ini.  


Juga anda boleh melihat kebun sayur tradisional dan moden di penghujung laluan ini. Cuma tiada yang menarik untuk dilihat kerana mereka tidak membukanya untuk kunjungan awam. Awas terdapat anjing-anjing besar yang menjaga kawasan kebun ini.



No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.