Catatan mengenai Jalan Pecah Batu saya kecilkan kisahkanya kepada Agro Highlands Chalet. Sebenarnya bulan lalu salah seorang pembaca laman ini, En Wan Hafiz menghantar email kepada saya melalui mrkumai@gmail.com mengenai Agro Highlands Chalet ini.
Mengambil kesempatan melalui jalan ini petang tadi, saya sempat singgah sebentar ke chalet ini dan kebetulannya Saudara Sharol Hafizi berada di situ. Sharol merupakan anak pemilik chalet ini yang menguruskan sepenuhnya di sini.
Saya tidak dapat mengulas mengenai keadaan bilik mereka kerana ketika kunjungan saya tadi, semua bilik untuk hari ini penuh sehingga minggu hadapan. Jadi tidak berkesempatan untuk melihat bilik-bilik yang mereka tawarkan.
Untuk lebih lanjut mengenai keadaan biliknya laman web mereka sendiri. Klik SINI.
Untuk lebih lanjut mengenai keadaan biliknya laman web mereka sendiri. Klik SINI.
Harga yang ditawarkan adalah RM 100 bagi bilik biasa untuk kadar semalaman dan RM 200 untuk bilik keluarga untuk kadar semalaman.
Istimewanya, chalet ini terletak 'di dalam' kebun strawberry. Tak percaya ? Cuba lihat gambar di bawah ini. Dibina di dalam kebun strawberry di mana sebaik anda sampai sahaja di sini anda akan menempuh laluan kebun strawberry untuk ke bilik chalet, Buka sahaja pintu di hadapan anda adalah pokok strawberry.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti kemudahan BBQ di dalam kebun strawberry, wifi percuma dan tempat meletak kenderaan yang juga percuma. Setiap unit dibekalkan dengan televisyen dan saluran Astro.
Selebihnya apa kata anda hubungi sahaja mereka melalui Saudara Sharol Hafizi di talian 0137185744 atau 054911024 atau email mereka di agrohighlands@gmail.com.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.