Saturday, December 8, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Pasar Malam Brinchang di musim cuti sekolah

Panjang benar tajuknya kali ini . Kalau tidak silap saya, saya pernah membuat catatan mengenai pasar malam di Brinchang ini yang sememangnya terkenal dan menjadi lokasi wajib jika melancong ke sini.


Cuma untuk catatan kali ini saya ingin berkongsikan bagaimana pasar malam ini menyambut kehadiran pelancong di waktu percutian khasnya cuti sekolah yang panjang.

Pasar Malam Brinchang terletak betul-betul di laluan utama pekan ini menuju ke Kea Farm.Lokasinya betul betul berada di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands dan dihadapan Hotel Star Regency. Hanya lima minit berjalan kaki dari pusat bandar Brinchang. 


Kalau di hari biasa dan hujung minggu biasa, Pasar Malam Brinchang dibuka setiap hari Jumaat dan Sabtu di waktu malamnya. Namun jika cuti sekolah, pasar malam ini akan dibuka setiap malam. Bermula sepatutnya pada pukul 4 petang tetapi seawal 2 petang sudah mula dibuka dan dikunjungi oleh pelancong. 


Di pasar malam ini, seperti biasanya akan dijual semua produk yang berasaskan Cameron Highlands terutama sayur-sayuranya. Namun dijual juga pelbagai barangan kraftangan dan cenderahati yang dibawa dari luar samada China ataupun Thailands. 



Yang selalu menjadi tumpuan di sini adalah buah strawberry segar, sayur-sayuran terutamnya hasil tanaman di sini serta jagung yang menjadi tumpuan pengunjung ke sini. 




Bagi peniaga makanan, di sinilah tumpuan mereka berniaga makanan yang selalunya dijual dipasar malam baik dari burger, ayam goreng, mee, nasi lemak, ayam percik dan pelbagai lagi menu. Yang istimewanya di sini adalah jagung bakar ataupun jagung kukus yang amat manis rasanya. 



Cuma di waktu cuti sekolah khasnya di hujung tahun ini, Pasar Malam Brinchang bertambah meriah. Bukan sahaja lebih peniaga yang membuka gerai tetapi juga acara sampingan seperti bazar atau eskpo cuti sekolah yang dibuka oleh beberapa persatuan di sini. 


Antaranya dihadapan kanan IPD Cameron Highlands, PERKEB iaitu salah satu persatuan bagi keluarga Polis telah membuka ekspo cuti sekolahnya dengan gerai-gerai jualan yang pelbagai. Tidak ketinggalan juga persatuan keluarga kakitangan Kem Brinchang yang turut membuka ekspo di kawasan perkarangan kem dan juga kawasan meletak kenderaan mereka. 


Semuanya menambah seri pasar malam ini kerana sambutan dan jumlah pelancong yang hadir ke sini dalam tempoh cuti sekolah ini. 

Antara bahan jualan tambahan tentunya lebih koleksi baju bertemakan Cameron Highlands sehinggalah kepada koleksi baju bundle. Percaya atau tidak koleksi baju bundle yang saya rasa melebih 4-6 peniaga di sini lebih menumpukan jualan jaket atau baju sejuk untuk pilihan pelancong. Harganya bermula RM 10  ke atas dan selalunya saya perhatikan ramai pelancong yang membeli baju sejuk di sini untuk menangani suhu yang sejuk. Laris baju sejuk dan jaket mereka.


Juga kelihatan di musim cuti sekolah ini, buah-buahan tempatan juga turut dijual seperti durian, rambutan, manggis, limau, oren sehinggalah ke petai. Selalunya di pasar malam biasa tidak terjual buah-buahan ini. 


Masalah yang timbul adalah jalan raya yang sesak. Lokasinya di pinggir jalan menyebabkan kesesakan teruk bagi kedua-dua arah. Kadangkala memanjang ke Kea Farm jauhnya dari arah atas dan menjangkau ke Padang Golf bagi arah bawah. 



Keduanya masalah berkenaan dengan tempat meletak kenderaan. Cukup sedikit petak meletak kenderaan menyebabkan pengunjung meletak kenderaan di pinggir jalan dan lebih menambah masalah pergerakan kenderaan. 


Kem Brinchang melalui persatuan keluarga dan kakitangan mereka mengambil inisiatif untuk membuka tapak meletak kenderaan dengan bayaran RM 3 sekali masuk. Lebih berbaloi dengan masa dan harga meletak kenderaan di sini berbanding di luar tetapi kadangkala dah ragam orang kita, untuk membayar RM 3 itu berat tetapi bila kena saman disalahkan pula orang lain. 


Pasar malam ini dibawa pengurusan Majlis Daerah Cameron Highlands. Mereka menyediakan beberapa kemudahan seperti tandas awam. Juga beberapa unit lampu simbah dipasang dibeberapa lokasi untuk menerangi kawasan pasar malam ini. 


Apapun, saya meletakan lokasi PASAR MALAM BRINCHANG ini sebagai mesti dikunjungi jika anda melancong ke sini. Gambar selebihnya boleh dilihat di laman penampan mrkumai iaitu di lamanmrjack di SINI.

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

9 comments:

  1. Menarik,terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Klu masa cuti hari raya nanti..ada tak pasar malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali.cuti.xkira raya atau ape ia akan.buka.setiap.hari

      Delete
  3. Hari2 buka ka?... ingat nk p time hari kerja... nnt xbukak xbest la pulak...

    ReplyDelete
  4. Hari2 buka ka?... ingat nk p time hari kerja... nnt xbukak xbest la pulak...

    ReplyDelete
  5. Kalau hari biasa bukan musim cuti memang bukak jumaat sabtu je?

    ReplyDelete
  6. Ini gambar tahun bila encik..izin copy ya.. terima kasih 😊

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.