Antara tarikan utama yang amat popular di Melaka adalah bangunan Stadthuys di Jalan Laksamana , Bandar Hilir Melaka. Catatan kali ini saya kongsikan mengenai sejarah ringkas mengenai bangunan bersejarah ini dengan dua siri catatan.
Stadthuys merupakan Bahasa Belanda yang membawa maksud Dewan Perbandaran. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Garbenor Belanda. Maka tidak hairanlah jika anda melihat senibina Belanda digunapakai sepenuhnya dalam mereka senibina bangunan ini.
Terdapat sebuah bilik yang dipercayai bilik pejabat Gabenor dengan perbezaan jelas kelihatan dari segi syiling bilik yang berbeza dengan ukiran yang halus.
Malah jika anda melawat kawasan dalaman bangunan ini yang dijadikan muzium, anda akan memasuki bilik yang dimaksudkan dengan susun atur seperti pejabat Gabenor.
Antara kesan peninggalan yang lain, selepas Belanda, bangunan ini juga diambilalih oleh Portugal dan antara kesan peninggalan di ruang lamanya terdapat sebuah perigi. Manakala sistem perparitan dalamannya ditemui dibahagian bawah lantai yang menuju terus ke sungai.
Bangunan ini juga merupakan antara titik tolak pendidikan barat di sini iaitu dilamannya terbina sebuah sekolah yang dinamakan Malacca Free School yang beraliran Enggeris,
Pendidikan percuma yang diberikan berjaya menarik minat hampir 200 orang pelajar pada zaman puncaknya yang rata-rata dikuasai oleh pelajar kaum Cina.
Menyambung kisah mengenai bangunan ini, warna maroon atau atau merah yang dicat pada bangunan ini merupakan tarikan utama untuk pelancong ke sini.
Malah bangunan yang bersebelahan iaitu Melaka Church dan Muzium Senilukis serta bangunan yang terdapat di Jalan Laksamana ini turut berwarna yang sama.
Ada kajian menunjukan, asalnya ianya berwarna putih sebelum di cat kepada merah. Malah ada kajian yang menunjukan terdapat lapisan warna biru ditemui didinding bangunan ini.
Untuk ke sini caranya mudah sahaja, anda perlu ke Bandar Hilir Melaka samada melalui mana-mana jalan utama yang menyambungkanya ke sini. Malah berseberangan sungai adalah Jonker Walk yang amat terkenal dengan kunjungan pelancong.
Anda boleh meletak kenderaan berhadapan dengan bangunan ini di pintu masuk utamanya tetapi perlu mematuhi kupon meletak kenderaan jika tidak mahu di saman oleh penguatkuasa.
Jika anda berhajat untuk lama, anda boleh membeli tiket sehari berharga RM 5 ataupun kupon mengikut jam pada kadar RNM 0.60 sejam. Saya sendiri menyaksikan beberapa kereta disaman kerana tidak meletakan kupon tiket.
Untuk siri kedua saya akan berkongsikan mengenai fungsi bangunan ini sebagai Muzium dan bagaimana peluang anda untuk menerokai dalaman bangunannya.
Untuk mendapatkan suasana yang berbeza, kunjungan malam lebih tenang dan tidak panas berbanding siang tetapi kedai-kedai cenderahati tidak dibuka pada waktu malam.

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.