20 Oktober 2012, pertama kalinya dalam sejarah di Cameron Highlands, dianjurkan satu demonstrasi aman di bawah Kempen Himpunan Rakyat Cameron Highlands, HRC.
HRC ini merupakan cerita dan nada yang sama dengan siri Himpunan Hijau yang menentang Lynas di Kuantan, Himpunan Hijau yang menentang Lombong Emas di Raub yang dikatakan menggunakan Sianida, Himpunan Hijau yang sama di Penggerang yang menentang loji pemprosesan minyak yang akan dibangunkan.
Dikhabarkan ianya dianjurkan oleh NGO-NGO yang prihatin dengan isu rakyat tetapi ibarat sama nada dan baunya seperti melontar batu sembunnyi tangan oleh parti politik pembangkang. Malah wakil-wakil politik yang hadir dan memberi ucapan dalam 3 minit lebih kepada menghentam sana dan sini seperti prihatin tetapi hakikatnya sekadar menampilkan diri.
Wakil-wakil politik ini mempunyai rakan dan saudara mara yang turut sama menyumbang kemusnahan tetapi tidak pasti apakah mereka terlebih dahulu menyampaikan mesej ini kepada yang terdekat dengan mereka sebelum menyalak-nyalak tanpa henti ini.

Saya hadir ke HRC ini bukan sebagai sokongan tetapi sekadar ingin tahu apakah isu yang ingin dibangkitkan.
Antara isu-isu yang dilaungkan, saya tertarik dengan dua Isu... Penerokaan hutan di Cameron, pencemaran Sungai dan Empangan Hidro Ulu Jelai.
Saya pernah membawakan isu pembukaan hutan secara sah ataupun haram yang seolah-olah menjadi parah dan barah yang bertahapkan peringkat 4. Sukar dirawat dan hanya menanti kematian.
Malangnya suara kebimbangan mengenai isu ini sekadar bertepuk sebelah tangan kerana boleh dikatakan melebihi 70% mereka yang hadir adalah luar dari Cameron Highlands dan kalau pun penduduk Cameron Highlands, mereka lebih tertumpu dengan isu pemilikan yang tidak adil untuk kebun, rumah dan gerai serta pembangunan di Green Cow.
Saya lebih rasional mengatakan sekitar 70 % lebih adalah peserta dari luar berbanding dengan salah seorang timbalan pengerusi parti yang dominan di sini yang mengatakan 99% kecuali dirinya adalah orang luar ketika berucap.

Namun dari permerhatian sata tiada seorang pun pekebun sayur baik yang menyokong kerajaan dan pembangkang hadir menyatakan sokongan.
Yang memegang poster adalah lepasan sekolah (malah mungkin masih bersekolah) yang menentang kemusnahan alam sekitar ini.
Suara-suara sumbang terdengar pula mengatakan apakah ibu dan bapa mereka ini tahu mereka di sini dan tindakan mereka mungkin melawan kegiatan ibu bapa mereka yang juga pekebun sayur (barangkali).

Ke mana golongan pengusaha kebun di Cameron Highlands baik yang melakukan dengan cara yang sah apatah lagi yang haram. Adakah mereka tidak hadir kerana tidak ambil peduli atau tidak mahu dianggap bersalah ataupun tidak pernah rasa bersalah.
Jika ini berterusan tanpa kesedaran alam sekitar dan penguatkuasaan pula dikatakan terlalu lemah kerana adanya tangan-tangan ghaib, maka himpunlah seramai yang mungkin tidak akan membawa rebah ibarat kata pepatah - ibarat kentut busuk dibawa angin lalu berlalu... baunya tengit tapi tidak masih berselera makan sambil dibau..

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.