Friday, July 27, 2012

Tips Melawat Cameron Hihglands: Laman Dapur Stesen Mardi

Sudah membaca mengenai catatan saya mengenai Stesen MARDI? Kalau sudah anda pasti sudah mengetahu serba sedikit mengenai stesen pertanian tertua ini serta koleksi pameran pertanian seperti bunga ros, dahlia, teknologi pertanian. Jika belum, apa kata anda klik di sini... di sini untuk Stesen Mardi,  untuk bunga ros klik di SINI... untuk bunga dahlia, klik DI SINI... dan teknologi Pertanian di SINI .

Untuk yang seterusnya, saya ingin berkongsikan mengenai LAMAN DAPUR ataupun Edible Garden yang suatuketika dahulu amat popular terutama ketika zaman Tun Abdullah Badawi kerana minat Tun Jean kepada pertanian.


Stesen MARDI juga mempunyai model Laman Dapur untuk anda kunjungi dan mungkin mengambil inpirasi pula untuk membuatnya di rumah bairpun kecil dan hanya sebahagian.

Awalnya lokasi laman dapur adalah berhadapan dengan Pusat Jualan ataupun bersebelahan dengan surau kemudian dipindahkan ke lokasi Taman Kejur bersebelahan plot tanaman strawberry sebelum dipindahkan ke tapak kekalnya sekarang.

Uniknya saya melihat susun aturnya ringkas dan boleh anda tiru untuk laman dapur anda sendiri.

Tanaman seperti serai, sayur berdaun, pasli, daun sup, buah kundur nampak menarik bila digabungkan menjadi taman. Peralatan dan perkakasan laman ini agak ringkas dan murah sesuai untuk budget kita.


Terletak bersebelahan dengan pusat jualan tanaman dan plot ujikaji tanaman memang sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan pelawat dan pastinya anak-anak kecil pasti gemar berlari-lari dilaluan gajah menyusurnya. 


Selamat berjalan ...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.