Motto Stesen Mardi adalah "Peneraju Teknologi Pertanian" pastinya akan membayangkan kepada anda bahawa MARDI mempunyai dan mempelopori teknologi pertanian moden di negara kita baik dari segi penyelidikan dan produk yang telah dihasilkan.
Oleh kerana saya bukanlah kakitangan MARDI maka saya tidak dapat menyatakan secara terperinci mengenai teknologi pertanian moden yang telah dihasilkan oleh MARDI.
Namun yang boleh saya kongsikan adalah mengenai koleksi model teknologi pertanian moden yang boleh anda lihat sendiri jika melawat Stesen Mardi di Tanah Rata ketika kunjungan anda ke Cameron Highlands.
Baik dari segi pengeluaran strawberry moden, bunga-bungaan, laman dapur dan pastinya mengenai teknologi pertanian yang menghasilkan sayur-sayuran. Semuanya anda boleh perolehi dengan mengunjungi Stesen MARDI ini.
Teknologi yang dipamerkan lebih bersifat model teknologi baik dari jenis rumah plastik, rumah kaca, tanaman atas tanah, tanaman berpasu, tanaman hidroponik, plot tanaman epal dan anggur serta pir, ladang teh, teknik pemuliharaan tanah dan banyak lagi.
Malah anda boleh membeli buku-buku terbitan MARDI yang dijual dipusat informasi mereka di pintu masuk.
Saya mempunyai beberapa catatan mengenai stesen pertanian ini dan mungkin anda boleh klik di sini... untuk bunga ros klik di SINI... untuk bunga dahlia, klik DI SINI..
Jika anda berminat untuk melihat Laman Dapur..boleh Klik di Sini.. (belum buat catatannya lagi setakat ini)...
Mengetahui Kilang Teh tertua di Malaysia, klik di SINI (belum menulis lagi)... atau taman mini haiwan, klik di SINI.. (Juga belum menulisnya lagi)... tunggu catatannya kelak..
Atau anda ingin mengetahui bagaimana hendak menginap di kawasan Stesen Mardi ini? Terdapat 3 jenis penginapan ... tapi saya tak sempat menulisnya lagi .. kenalah tunggu lagi ... sorry...
Ini sekadar pemanas jari... mungkin seminggu dua ini insyallah akan saya tuliskan catatanya yang dijanjikan... tapi untuk petang ini... jom ke pasar ramadhan dahulu....
Segan pulak nak membawa kamera mengambil gambar pasar ramadhan di sini.. kalau tidak boleh saya kongsikan juga di mrkumai...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.