Tuesday, July 17, 2012

Catatan Perjalanan: Dataran Patin Sungai Semantan

Pada 17 Jun 2011 saya ada memanjangkan artikel yang dipetik dari Kosmo mengenai 'Penangan Patin Ori Temerloh' (Catatan di SINI). Rasanya semua orang tahu mengenai Daerah Temerloh yang diberi jolokon Daerah Ikan Patin.

Pengeluaran ikan Patin menjadi kormesial ekoran permintaan yang melebihi pengeluaran bukan sahaja kawasan sekitar tetapi juga seluruh negara.

Jabatan Perikanan berusaha meningkatkan pengeluaran dengan 'ternakan sangkar' di sepanjang Sungai Pahang.

Jika anda ke Taman Esplanade Temerloh yang merupakan sebahagian jeti bot penambang ke Seberang Temerloh, anda akan mendapati sebuah jambatan gantung yang menyeberangi Kuala Sungai Semantan. Menariknya adalah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Semantan dan juga Sungai Pahang.

Kuala Sungai Semantan mempunyai sejarahnya tersendiri dimanakan namanya diambil atas kebijaksanaan Ilmu dan kehebatan pencak silat oleh seorang Brunie yang mendiami kuala ini yang bernama Seman Tahan. Sejarahnya saya petik melalui papan info yang dipasang di Jambatan Gantung ini.

Klik untuk membaca sejarah Kuala Semantan
Jambatan gantung ini menghubungkan anda ke sebuah restoran diseberangnya dan dinamapakan kompleks ini sebagai Dataran Patin Temerloh.

Kunjungan saya sekitar awal tahun ianya masih belum dibuka tetapi minggu lepas ketika singgah ke sini saya berpeluang menggunakan jambatan ini.

Menarik tetapi patuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti hanya 2 orang sahaja pada satu masa boleh berada diatas jambatan gantung ini dan jangan memanjat pagar jambatan walaupun sekadar berposing untuk bergambar. Kepada kanak-kanak jangan berlari atau melompat-lompat diatas jambatan.

Anda juga boleh mengunjungi Restoran Ima di seberangnya dengan menaiki kereta ke ke Kampung Loyang kalau tak silap saya melalui jalan di hadapan Hotel Seri Malaysia.

Pemandangan dari restoran ataupun atas jambatan amat menarik dengan latarnya pasti mengenai Sungai Pahang yang mengalir lesu. Malah jika anda berkesempatan, anda boleh merasai menaiki bot penambang yang menghubungkan antara tebing Taman Esplanade dan Seberang Temerloh dengan bayaran sekitar RM 1 searah perjalanan ataupun menaiki bot penambang yang sama menyusuri kawasan tebing dan sungai ini seitar 15 minit- 25 minit dengan caj sekitar RM 20 seperti pengalaman saya yang terdahulu.

Selebihnya, koleksi gambar-gambar diatas di dibawah ini menyambung cerita pengalaman saya dan keluarga di sini.


Selamat menjamu selera dan menikmati pemandangan Sungai Pahang dan Sungai Semantan.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.