Kisah kali ini menyelit beberapa lokasi di sepanjang laluan Jalan Shum Yip Leong yang terletak di batu 33 di antara Jalan Ringlet ke Tanah Rata.
Jika Jalan Boh menyimpan pelbagai lokasi menarik untuk dikunjungi, Jalan Shum Yip Leong ini pula membawa kisah yang sama yakni ladang teh yang terawal di Cameron iaitu Golden Moutain Tea tetapi malangnya telah tidak beroperasi.
Nampak seperti kelazimanan di sepanjang laluan di Cameron Highlands tetapi sangat menarik bagi anda jika ingin menyelusuri kawasan sedikit pendalaman tetapi amat lama dan menyimpan kisah sejarah bagi Cameron Highlands.
Antaranya adalah laluan ini adalah laluan utama untuk ke Ladang Teh Shum Yip Leong yang suatu ketika dahulu amat popular selepas BOH dan Bharat serta ladang teh ini melengkapi sejarah yang telah terpadam iaitu Blue Valley Tea.
Keduanya terdapat sebuah 'Spelling Station' iaitu sebuah ladang kuda yang masih kekal sehingga kini yang bertujuan untuk merawat dan membiakkan kuda. Kisahnya akan saya buat di catatan yang lain. Klik SINI
Di laluan ini anda akan menemui Kebun atau Ladang Bunga Kekwa yang mungkin sekadar bunga hiasan bagi sebahagian dari kita dan biasanya di tanam di hadapan rumah dan pembahagi jalan.
Namun tahukah anda di Cameron Highlands, bungka kekwa atau lebih terkenal dengan nama Chrysanthemum merupakan satu industri dan bahan komoditi yang amat bernilai selain bunga ros.
Jika anda melalui jalan ini anda akan temui deretan rumah plastik yang berada di sepanjang jalan yang sempit ini dengan tanaman chrisantemum.
Sungguh menarik untuk dikunjungi terutama ketika di penghujung musim iaitu bunga sudah sedia untuk di tuai.
Hamparan bunga chrisanthemum yang pelbagai warna cukup cantik dan pasti mengoda anda untuk berhenti.
Tetapi saya mencadangkan anda berhenti di kawasan kebun yang mempunyai pekerja dan minta kebenaran pekerja terlebih dahulu sebelum untuk mengambil gambar secara dekat.
Koleksi gambar di catatan khas mengenai bunga ini diambil hanya setelah mendapat kebenaran pekerja dan ketika saya asyik mengambil gambar, pemiliknya turut datang dan sempat berbual-bual mengenai tanaman ini. Klik SINI.
Cantikkan ?... kalau melihatnya sendiri lebih bermakna... tetapi sebelum itu, jika anda tiba waktu pagi, nikmati sarapan di Gerai Sinar Pagi yang amat popular di jalan masuknya kepada masyarakat setempat dan aneka pilihan kuih muih yang banyak untuk dipilih.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.