Di sini sarang atau kotak lebah diletakkan di lereng bukit dan lebahnya bebas menghirup madu bunga-bunga sekitarnya yang sememangnya ditanam.
Seawal kunjungan saya 4 tahun lepas, ladang lebah ini telah dibuka kepada kunjungan pengunjung dan kini dipelbagaikan dengan tanaman strawberry dan bunga-bungaan yang boleh anda beli.
Juga kalau dahulu hanya terdapat lebah dari Itali yang diternak kini mereka menambah pula dengan lebah jenis trigano yang dikatakan lebih berkhasiat dan mendapat sambutan bagi orang kampung.
Antara produk jualan pastinya madu lebah tetapi terdapat pelbagai perisa tambahan seperti cuka, herba, madu tua, propolis dan sarang lebah. Jika anda tidak berkesempatan ke Bee Farm ini, anda boleh membeli jualan madunya di pasar malam Brinchang tetapi suasananya pasti tidak sama dengan melihat sendiri lebah-lebah berterbangan.
Anda boleh memasuki ladang lebah ini dan melihat sendiri lebah yang sedang bebas berterbangan tetapi awas, risikonya adalah tanggungjawab sendiri.
Masuk adalah percuma dan rasanya dibuka setiap hari.
Selamat mencuba tetapi berhati hati.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.