Monday, April 23, 2012

Catatan Perjalanan: Khazanah Gunung Brinchang.

Jika dalam catatan terdahulu mengenai xpdc pendakian  Gunung Brinchang, saya berkongsi sedikit pengalaman ketika mendaki gunung ini di SINI, catatan ini pula lebih kepada berkongsikan mengenai pemandangan sekitar trek pendakian. 

Jika anda pernah membaca catatan saya mengenai Mossy Forest samada di catatan ini ataupun catatan ini, saya pasti anda akan teruja dengan keindahan mossy forest di puncak rabung Gunung Brinchang dan Gunung Irau. 

Trek pendakian Gunung Brinchang juga mempunyai senario pemandangan yang sama yakni pokok yang berlumut malah lebih menariknya saiznya lebih besar besar berbanding pokok-pokok di Mossy Forest yang sedikit renik kerana berada di altitud yang lebih tinggi. 

Untuk berkongsikan nama saintifik secara lebih terperinci bukanlah kemampuan pengetahuan saya tetapi saya sekadar ingin berkongsikan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sebelum hujan dan sampai ke puncaknya.

Mungkin gambar ini mampu menarik minat anda untuk mendaki gunung ini kelak bagi mengalami dan melihatnya sendiri. 









Ini adalah gambar mossy forest yang menjadi 'rahsia' kepada travel
tour sepanjang penutupan Mossy Forest untuk kerja naik taraf. Saya
teruja dengan gambar di travel tour yang lebih cantik dari mossy forest..
Insyallah saya akan kongsikan nanti dalam ' The hidden of Mossy Forest'
Cuma tak tahu bila nak naik sana semula.. 
Jika anda akan sampai ke sini suatu hari nanti lakukan seperti saya.. saya sekadar memetik kamera sahaja bukannya tumbuhan di sana... untuk anda dan pendaki yang lain mengalami pengalaman seperti saya ini.

3 comments:

  1. cantikla gambar, guna kamera ape eh?

    ReplyDelete
  2. best.. best.. xsabar naak pegi.. akan ke sini 5hb 4 nanti.. memule takot jugak sebab 1st time nak mendaki.. rupenya xder la cerun or gerun sangt gunung nie. hope semuanye akan selamat nanti..
    in sha allah.. hehe

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.