Sekitar 3 bulan yang lalu saya ada menulis tiga catatan mengenai Gunung Brinchang, pertama mengenai Gunung Brinchang yang boleh anda ikuti catatan tersebut di SINI.
Catatan kedua pula mengenai Cabaran Gunung-Ganang di Cameron yang boleh anda ikuti di SINI dan yang ketiga mengenai cabaran denai kembara yang boleh anda baca catatannya di SINI .

Pada 21 April yang lalu setelah bermaustatin hampir 5 tahun lebih di sini tanpa menduga sebarang cabaran mendaki gunung, akhirnya saya berkesempatan untuk mendaki Gunung Brinchang dengan kumpulan rakan lama dan baru dari Sime Darby.
Tanpa sebarang latihan dan senaman samada biasa ataupun khusuS menjelang pendakian, saya menyertai kumpulan mereka untuk mendaki gunung ini seawal 9 pagi dengan penuh bersemangat.
Menariknya laluan sejauh 1.92 km ini sememangnya bukan sekadar pendakian ke puncak semata tetapi juga berpeluang meninjau khazanah alamnya yang sedikit berbeza dengan gunung gunung di bahagian bawah sana.Tetapi catatannya akan saya kongsikan di catatan yang lain di SINI

Treknya amat jelas tanpa perlukan pemandu pelancong kerana menjadi tumpuan pendakian yang kerap di sini. Malah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menyediakan beberapa panduan arah sepanjang trek ini termasuklah petunjuk arah 'reflector' yang berfungsi di waktu malam.
Nasihat saya seperti mana mereka yang lain, lakukan senaman memanaskan badan terlebih dahulu terutama di bahagian kaki dan paha anda secukupnya.
Pastikan urat dan otat semuanya sudah bersedia sebelum anda mengerahkan dua bahagian yang amat penting ini.
Dan pastinya lebih lengkap dengan bacaan doa untuk keselamatan diri dan pasukan serta dipermudahkan sepnajang pendakian anda ke puncak kelak.
Seawal pendakian anda akan melalui kawasan tadahan hujan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang dan memulakan pendakian di sisinya.
Jika anda mendaki dari Bandar Brinchang jaraknya akan menjadi 2.97 km tetapi dari kaki Gunung ini anda hanya akan mendaki sejauh 1.92 km.
Dengan laluan Denai atau Trail No 1, perjalanan anda akan bermula dengan awal pendakian securam sekitar 25 darjah dan saya ingin berkongsi tips di awal pendakian ini usah terlalu ghairah untuk cepat dan berlari naik kerana ia bagaikan perangkap awal bagi mereka yang kurang berstamina.
Akhirnya anda akan kepenatan dan mungkin lebih teruk lagi mungkin akan pitam. Ketika ini anda akan memikirkan untuk turun semula dan berpatah balik tanpa meneruskan apatah lagi untuk menamatkan pendakian anda.
Sebaiknya mulakan dengan pelahan dan mendaki tanpa perlu memaksa diri untuk cepat sampai ke atas sementelahan lagi anda belum 'panas' sepenuhnya untuk memecut.
Terdapat beberapa peringkat pendakian dan kalaulah tak silap saya sekitar 600 meter yang pertama terdapat 2 peringkat pendakian yang curam.
Ketika ini kawasan sekitar adakalanya berkabus dan sedikit beruntung jika hari pendakian anda tidak hujan kerana trek pastinya akan bertambah licin.
Peringkat 1 km pertama akan anda sudahi dengan sedikit mudah dan bakinya akan lebih mencabar tetapi amat menarik. Kenapa saya mengatakan sedemikian kerana trek yang seterusnya adalah pendakian curam dan kadangkala melebihi 30 darjah dan tinggi.
Namun untungnya laluan trek pendaki terdahulu mudah diikuti dengan akar-akar pokok yang timbul memudahkan setiap tapak anda.
Selain itu jika anda perhatikan persekitaran anda keadaan pokok mula merenik dan berlumut kerana perubahan altitud pendakian anda.
Sekitar 300 meter terakhir anda akan berada di kawasan rata untuk anda berehat selepas mendaki curam tetapi berhati-hati dengan runtuhan tebing yang jelas kelihatan. Jangan terlalu ramai dan lama di sini.
Meneruskan baki pendakian anda akan menempuh satu lagi pendakian yang agak curam sebelum terpaksa melalui kawasan belukar.
Akhirnya anda akan menemui pagar Stesen Mikro milik Telekom Malaysia dan melalui sempadan pagarnya akan menemui kawasan pondok dan laluan bertar menandakan anda telah menamatkan pendakian ini.
Untuk melengkapkan pendakian anda boleh menuruni semula laluan tadi atau menuruni laluan jalan raya menuju ke kawasan ladang teh. Sebelum itu anda akan melalui pintu masuk ke Mossy Forest dan juga trek pendakian ke Gunung Irau.
Pendakian kami mengambil masa sekitar 2 jam 50 minit dan ianya amat berbaloi dan sesuai bagi mereka yang ingin menduga stamina yang nipis seperti saya. Lebih kepada pencapaian peribadi, saya berjaya menahan diri dari meminum air sepanjang pendakian ini..
Alhamdulillah semuanya selamat. Pasukan kami tiba dengan pencapaian yang membanggakan kerana usia ahlinya ada yang mencecah 50 an dan mempunyai masalah kesihatan tetapi berkat sokongan dan kerjasama sepasukan, kami berjaya menawan puncak Gunung Brinchang...

Tips jika anda ingin mendaki Gunung Brinchang:
- Lebih baik berkumpulan sekitar 4 orang ke atas.
- Maklumkan kepada pihak Polis di IPD Brinchang sebelum memulakan pendakian dan dapatkan nombor telepon mereka samada untuk memaklumkan kecemasan ataupun sudah menamatkan pendakian.
- Pilih pakaian yang bersesuaian seperti kasut.
- Tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak kerana tempoh pendakian sekitar 4 jam sahaja melainkan anda berniat untuk berehat dan berkhemah di puncaknya sehingga hari berikutnya.
- Boleh menguruskan lojistik seperti kumpulan sokongan anda menunggu anda di Puncak gunung melalui kenderaan yang boleh sampai ke puncaknya.
- Tidak membuang sampah seperti plastik air mineral yang sukar dinyahkan oleh alam.
- Tidak mengubah tanda arah yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan untuk kemudahan pendaki yang lain.
- Jangan mengusik dan memetik tanaman. Cukup sekadar menangkap gambar mereka.
- Sediakan baju hujan kerana cuaca boleh berubah sekelip mata.
Selamat mendaki. Saya dan rakan-rakan sudah dan kami sangat berpuashati ... anda pula ? Kongsikan pengalamanan anda di ruang ulasan...
Pertengahan Bulan 5, 2012 saya bercadang untuk mendaki Gunung Irau. Jika anda juga bercadang sebegitu, dan tidak kisah untuk menumpangkan saya dalam pasukan anda, saya menanti jemputan emas anda ini..
Email saya di mrkumai@gmail.com ataupun tinggalkan komen anda di ruangan ulasan catatan ini.
Cabaran seterusnya ... Gunung Irau |
waaahhh... gunung nie ade banyk laluan ker? entry yg nie curam sangt.. ade entry yg lagi 1 tu xde pown curam.. heheh dah mule risau.. cm mane nak g sana nie bulan 4 nnti.. hehehe
ReplyDelete