Bunga Daisy (saya tak pasti nama dalam bahasa Melayu) antara bunga yang popular dan banyak ditanam di Cameron Highlands dan juga mendapat pasaran yang baik di dalam dan di luar negara. Seringkali menjadi pilihan selain bunga Ros dan Bunga Chrisanthemum ataupun kekwa.
Memetik catatan di laman wikipedia dan beberapa laman yang lain, asal usul bunga ini adalah dari Mexico dan Guatemala khasnya di kawasan pergunungannya dan tidak hairanlah menjadi bunga kebangsaan bagi negara Mexico .
Nama daisy dikatakan mengambil singkatan perkataan 'Day's eye' kerana dikatakan kembang seawal subuh hari seperti kita membuka mata ketika bangun di awal pagi.
Daisy disimbolkan dengan 'innocence & purity malah daisy digelar untuk mengambarkan 'kesetiaan cinta' dan ' i will never tell'.
Pada tahun 1972, Belanda telah menerima sekotak ubi bunga ini yang kemudiaannya dikembangbiakan dengan pelbagai lagi kajian yang menghasilkan pelbagai varieti yang lain sehingga kini.

Cuma jika anda membuat carian di internet anda akan menemui lebih banyak maklumat dan jenis yang berlainan. Yang ingin dan dapat saya kongsikan ialah koleksi bunga dahlia yang sempat saya rakamkan di Stesen Mardi (Catatan Di Sini) ketika waktu tengahari semalam.
Jika anda ingin berkunjung ke ladang sebenar mungkin sukar untuk anda memasukinya atau jika di kedai-kedai jualan mungkin sekadar melihat keratan bunga yang sedia untuk dijual tetapi di MARDI ini anda boleh melihat secara terus, bagaimana ia ditanam, bagaimana ia membesar dan kesegaran bunganya.
Juga anda boleh melihat si kumbang-kumbang durjana menghirup madunya tanpa segan silu .. awas kepada anak-anak kecil jangan di tangkap kumbang itu ...
Tips :
Kadangkala Pusat Jualan Mardi menawarkan jualan bunga yang boleh anda petik terus dari model plot tanamannya . Dapatkan maklumat di Pusat Jualan MARDI
Selamat berbunga bunga...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.