"Namanya seringkali di gambarkan sebagai yang cantik, yang harum dan yang mempersonakan serta pelrbagai lagi kiasan dalam setiap bait baris samada ketika memuji, memuja dan mengoda si gadis.
Namun jangan dilupa yang cantik dan harum pasti tidak mudah untuk dimiliki kerana duri-duri melingkari dan menjaganya sepanjang hari tanpa leka...
Adakah anda seumpama sang kumbang yang sanggup merebut dan menyunting si bunga ini.... Menghirup madu dan lalu berterbangan pergi ... sungguh kejam dan durjana si kumbang ini... "
Alamak maaf, janggal pulak rasa berbahasa bahasi seperti di atas tapi mengenangkan yang ingin saya kongsi dalam catatan terbaru adalah mengenai BUNGA ROS.
Cameron Highlands merupakan pengeluar bunga ros terbesar di Malaysia malah hasilnya menjangkau pasaran luar negara seperti Jepun dan Hong Kong serta Singapura.
Jika anda datang ke Cameron Highlands khasnya bagi golongan wanita dan gadis, keterujaan mereka pastinya melebihi yang lain jika melihat bunga-bunga ini dijual.
Mudah sahaja, kunjungi pasar malam Brinchang, Kea Farm dan tempat-tempat jualan yang terdapat di sini pasti akan anda temuinya..

Yang saya kongsikan dibawah ini saya sekadar mampu untuk menangkap gambarnya di Stesen Mardi. Catatan mengenai stesen ini ada di SINI.
Mawar adalah tanaman semak dari Genus Rosa sekaligus nama bunga yang dihasilkan tanaman ini. Mawar luar yang terdiri dari 100 spesis kebanyakan tumbuh di belahan bumi di utara yang berudara sejuk. Spesis ini umumnya tanaman semak yang berduri dan memanjat yang boleh mencapai ketinggian 2 hingga 5 meter.
Asal usul nama bunga ros ini dikatakan berasal dari Perancis dan juga Latin iaitu Rosa yang bermaksud merah jambu atau merah dalam bahasa Roman , Greek dan Polish. Ros dikatakan melambangakan CINTA dan CANTIK.
Terdapat lebih 100 spesis bunga ros di dunia dan jika anda meneliti senarai spesisnya ianya terbahagi kepada 3 kelompok besar iaitu Wild Rose, Old Garden Rose dan modern garden roses dan ianya tumbuh mengikut benua yang berlainan bersesuaian dengan suhu persekitarannya.
Tahukah anda bunga ros merupakan Bunga Kebangsaan bagi England dan lebih menariknya lagi digunakan sebagai simbol dalam persatuan rugby kebangsaan mereka. Bunga yang dianggap halus, romantik dan melambangkan kasih sayang ini digunakan dalam simbol permainan yang dikatakan lasak ...
Selebihnya saya kongsikan mengenai gambar yang dirakamkan sedikit masa dahulu.
Sambil-sambil melihat gambar saya mendapat satu info yang menarik dari laman web berkenaan maksud sebalik warna bunga ros... jom kita perhatikan...
Warna Merah: Ketulusan. Jika menerima bunga berwarna merah ini menandakan si pemberi ingin menyatakan ketulusan dalam perhubungan yang mengharapkan kekal selamanya.
Warna Kuning : Persahabatan atau cemburu. Antara dua simbolik samada inginkan persahabatan ataupun menzahir rasa cemburu ke atas penerima. Tapi kalau dah cemburu tak kan nak bagi bunga kan.. bagi penampar lagi bagus..
Warna Putih : Cinta Sejati dan suci. Tanda si dia amat mencintamui dan begitu suci dalam persahabatan dan perhubungan diantara anda.
Warna Pink : Pertama dan idaman hati. Si dia menzhirkan rasa cinta pertama setelah menjadi rahsianya sejak sekian lama.
Kalau bunga ros itu berwarna merah dan putih, mungkinkah bermaksud anda adalah idamannya yang pertama yang penuh tulus dan suci...
Boleh percaya ke ?Entahlah ... kalau macam bunga ros di bawah ini apa pula taksiran anda? suci dan suci yang telah beransur pergi barangkali...

Cuba teka... jenis apa ini dan diatas... |
Ingat ... mereka adalah MAWAR BERDURI ...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.