Topik kali ini memang lari sikit dari tips melawat ke sini kerana aku nak berkongsi sekadar atas dasar hobi kepada mana-mana pelancong yang mempunyai hobi yang sama... mengambil gambar bulan penuh ...
Kenapa? Anda berada di atas puncak gunung ganang setinggi 2200 meter dari paras laut. Kalau anda di kuala lumpur mungkin hanya sekitar 20-600 dari paras laut atau mungkin kurang. Di sini anda boleh terasa dekat dengan bulan dan selalunya lebih jelas..
Ntah ..aku tak pasti jugak dengan 'Statement' ini tetapi rata-ratanya boleh bersetuju agaknya. Kalau nak berkongsikan mengenai teknik terbaik dan peralatan yang sesuai, aku rasa pengemar fotografi lebih arif dan pakar dalam soal ini.
Cuma kalau nak berkongsi lokasi yang paling tinggi sahajalah yang aku mampu.
Pertama , anda boleh memilih mana-mana bahagian di Cameron Highlands. Semua dah tinggi. Kalau nak tinggi sikit mungkin boleh berada di sekitar Puncak Arabella yakni puncak taman perumahan yang tertinggi di Tanah Rata.
Kedua kalau nak tinggi lagi boleh ke KEA FARM kerana ianya adalah lebih tinggi dari Tanah Rata dan Brinchang. Tak cukup tinggi lagi ? ape kata anda memandu ke puncak Gunung Brinchang. Nak tambah tinggi panjatlah menara tinjaunya...
Namun kalau dah naik sana tapai tak pandai ambik gambar susah jugak kan. Carilah tips-tips menarik di laman web yang banyak berkongsikan teknik terbaik menangkap gambar.
Tips:
Pergi beramai-ramai.. baru seronok ....
Kalau anda mengambil gambar dari anjung apartment anda, mungkin anda boleh mulakan seawal malam sehingga ke tengah malam dengan lokasinya yang berubah mengikut putaran bumi.
Sedikit gambar amatur aku sepanjang dua tiga bulan ni.
baru belajar... jangan kutuk!!!!...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.