Tips kali ini mengenai persediaan perjalanan anda untuk ke Cameron Highlands yakni pengisian petrol atau diesel kenderaan anda serta lokasi stesen minyak yang terdapat di Cameron Highlands.
Pertama, saya ingin berkongsi sekadar 'jarak anggaran' yang boleh menjadi panduan anda dalam merancang pengisian petrol dan diesel kenderaan anda.
Jika anda dari:
- Raub melalui Jalan Pos Betau ke Ringlet, jaraknya sekitar 160 km dan stesen minyak terakhir adalah di Felda Sungai Koyan.
- Tapah ke Ringlet 64 km pendakian stesen minyak terakhir pekan Tapah atau R&R Tapah laluan ke Utara.
- Simpang Pulai ke Cameron Highlands 84 km , Stesen minyak terakhir di sekitar Simpang Pulai atau Jalan Kampar.
- Gua Musang ke Cameron Highlands sekitar 110 km , stesen minyak terakhir di Gua Musang.
Saya pernah ditanya oleh pemandu dari Gua Musang ke Simpang Pulai yang bertanyakan stesen minyak di Blue Valley atau Kampung Raja. Jawapannya TIADA dan anda perlu memandu sejauh 24 km dari Blue Valley ke Pekan Brinchang.
Jika anda sampai ke Cameron Highlands, stesen minyak hanyalah ada di dua pekan iaitu Pekan Ringlet dan Pekan Brinchang. Tiada stesen minyak di pekan lain.
Pekan Ringlet:
Stesen Minyak Petronas
Stesen Minyak Shell
Pekan Brinchang:
Stesen Minyak Petronas
Stesen Minyak Shell
Tips jika kehabisan minyak:
Tahan kereta atau lori untuk bantuan.
Pergi ke Kampung Orang Asli terdekat untuk mendapatkan minyak secara botol...
Lebih mahal dari biasa tetapi lebih berbaloi dari menolak kereta ke stesen minyak terdekat.
Pendek kata : Rancang perjalanan anda sebijaknya...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.