Monday, February 20, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bharat Tea Centre Kuala Terla

Tips kali ini adalah berkenaan dengan Bharat Tea Centre Kuala Terla. Jangan keliru kerana ini adalah satu lagi hentian Tea Centre dimiliki oleh Bharat Tea Plantation selain di Tanah Rata.  

Aku ingin berkongsikan lokasi ini amat sesesuai menjadi persinggahan pertama jika anda datang dari arah jalan Simpang Pulai ataupun Gua Musang. 

Lokasinya amat mudah untuk anda kunjungi serta kemudahan seperti tandas dan tempat rehat yang amat luas. Maklumlah selepas anda penat dalam perjalanan sejauh 84 km ataupun 110 km pastinya ingin berehat sebentar menyegarkan tubuh  dan lebih hebat rasanya dengan menikmati secawan teh di sini. 

Terletak di Kuala Terla yakni jika anda sampai ke Kampung Raja, anda perlu memandu jalan utama sejauh  8 km dan lihat disebelah kanan. 

Selain tandas, anda boleh bersolat di surau yang disediakan dikelilingi rimbunan daun teh. Jika cuaca baik, anda boleh menyelusuri pepohon teh dan lokasi ini amat sesuai kerana tidak curam dan mudah dikunjungi. 

Selebihnya, gambar-gambar hasil kunjungan saya pada hari Jumaat yang lalu  menceritakan semuanya:











Ok.Apa kata anda berikan ulasan anda di bawah ini...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.