Saturday, February 18, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Masjid dan Surau

Semalam hari Jumaat, seperti biasa menunaikan sembahyang Jumaat di sini. Bezanya saya ke Masjid di Brinchang kerana berurusan di sana. Maka dikalangan ramai jemaah itu, saya masih dapat mengenali hanya sedikit sahaja berbanding jika saya bersembahyang di masjid Tanah Rata yang wajah jemaah hampir sama. 

Masjid di Brinchang menjadi pilihan kepada pelancong muslim menunaikan ibadat dan melancong. Bercakap mengenai pelancong muslim, saya mendapat idea untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai masjid atau surau yang terdapat di Cameron Highlands. 

Mengikut pekan rasanya lebih baik. Cuma Masjid-masjid di sini amat kecil dan lama malah jika anda membandingkan dengan Masjid di taman perumahan anda mungkin lebih besar. Ini kerana kaum Melayu adalah kaum ketiga teramai di Cameron Highlands. Pertama Cina, kedua India , ketiga Melayu malah mungkin kalah jika bangladeshi di ambil kira ...

Ringlet:
Jika anda datang dari arah Tapah dan Raub, pekan Ringlet mempunyai sebuah masjid yang dinamakan sebagai Masjid An Nur. Terletak di bahagian atas bukit berhadapan dengan Balai Polis Ringlet. 

Jadi anda cari Balai Polis Ringlet yang terletak di  hadapan Stesen Minyak Shell. 

Tanah Rata:
Masjid Daerah Cameron Highlands iaitu Masjid Abu Bakar. 


Terletak di hadapan Padang Majlis Daerah Cameron Highlands di atas bukit. Masjid yang tertua di Cameron Highlands dibina sekitar tahun 1960 an kalau tak silap saya. 

Terdapat ruang rehat musafir jika anda ingin melepaskan penat seketika. Ruang meletak kereta yang lebih besar terdapat di bahagian atas laluan masuk. Lebih luas dan lebih mudah untuk ke masjid kerana menuruni tangga berbanding perlu mendaki di laluan masuk utama. 

Jika anda ke Kampung Taman Sedia terdapat sebuah surau komuniti di Kampung Taman Sedia juga untuk anda bersolat jika datang berkumpulan ataupun bekerluarga. 

Jika anda sudah berada di Kampung Taman Sedia khasnya berjalan-jalan melihat kiosk Strawberry, saya rasa anda wajar untuk singgah bersolat di sini. Bolej menjimatkan masa berbanding mencari masjid-masjid di sekitar. 

Brinchang:
Masjid Kayangan yang dibuka secara rasmi pada tahun 1990 merupakan masjid yang menjadi tumpuan bagi pelancong kerana lokasinya di tengah bandar Brinchang.


Hanya berhadapan dengan Balai Bomba dan Penyelamat atau Stesen Minyak Petronas.

Ruang tempat letak kereta adalah terhad dan amat sukar jika pada musim perayaan.  

Terdapat ruang untuk berehat dan makan seketika di bahagian tepi. Juga deretan kedai jualan yang diusahakan oleh pengusaha Melayu dibawah kelolaan Jawatankuasa Masjid. 

Saya perhatikan, di sini setiap hari Ahad dan Sabtu waktu sembahyang fardhu agak ramai dengan jumlah pelancong. Malah waktu solat subuhnya jugak agak ramai kerana pelancong dari jauh biasanya akan berhenti untuk solat sebaik tiba di Cameron Highlands. 

Cuma mengikut jawatankuasa masjid, sikap tidak bertanggungjawab dikalangan jemaah yang singgah agak mendukacitakan terutamanya melibatkan soal menjaga kebersihan dan juga penggunaan peralatan di tandas seperti kepala paip yang selalunya akan rosak setiap hujung minggu walaupun dibaiki dan diganti baharu.  

Kuala Terla;
Jika anda datang dari arah Simpang Pulai atau Gua Musang dan berehat sebentar di Bharat Tea Centre di Kuala Terla , terdapat sebuah Surau di bahagian hujung dan uniknya dikelilingi oleh rumpunan pokok teh. 


Surau ini sebenarnya untuk pekerja ladang teh tetapi dibuka kepada pelancong juga. 

Kalau azan berkumandang, anda akan mendengar pelat Bangladeshi kerana biasanya pekerja Bangladeshi yang akan melaungkan azan. 

Kampung Raja:


Masjid Baru Kampung Raja terletak di jalan utama dan pintu masuk Kampung Raja. Masjid lama adalah di tengah bandarnya. Jika anda memasuki pekan Kampung Raja, kedudukan jalan masuknya adalah di sebelah kanan jalan. 

Masjid ini baru dibuka tahun lepas dan mempunyai ruang letak kereta yang luas. 

Menjadi tumpuan bagi pelancong atau pengguna yang menjadikan sebagai persinggahan di antara laluan Simpang Pulai ke Gua Musang atau jika baru tiba di Cameron Highlands. 

Surau As Sharif di jajaran Gerai KPW Kg Raja yang berhadapan dengan Taman Desa Corina juga menyediakan peluang untuk anda berhenti bersolat dan terdapat kedai makan melayu serta gerai jualan di jajaran ini.

Di LOJING pula terdapat sebuah Masjid yang baharu dibina pada tahun 2008 dan menjadi tumpuan kepada ramai pengguna jalan laluan Lojing - Cameron Highlands - Simpang Pulai dan juga pelancong. 

Ada catatan mengenai masjid ini saya kongsikan.  

SELAMAT BERIBADAT...

2 comments:

  1. sya telah brhenti di surau ini pda 1/1/14 yg lpas.. Trkilan dgn keadaan tandas masjid yg kotor..tmpat pam air tndas jdi tmpat pembuangan pampers bayi...

    ReplyDelete
  2. Salam tuan. Tq for the info. Maklumat baik. Semoga tuan mendapat ganjaran

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.