Cameron Highlands bukan sekadar menawarkan percutian ala agritourism tetapi juga melibatkan cabaran alam yang tidak dapat dicari di tempat lain memandangkan antara puncak aras laut sekitar 2000-2400 meter dari paras laut.
Cameron Highlands memiliki sekitar 12 denai kembara yang boleh dipilih oleh anda untuk mengembara dan biasanya ianya dikelaskan dengan tahap kelaksakkan yang tertentu.
Adalah amat penting bagi anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak yang berwajib atau anda boleh mendapatkan panduan dari pekerja hotel yang anda duduki.
Malah terdapat beberapa hotel yang menawarkan khidmat pemandu arah dengan bayaran yang tertentu malah ianya amat berbaloi kerana mereka adalah amat arif dengan kawasan denai ini malah mereka juga akan dapat menerangkan spesis flora dan fauna yang terdapat dalam perjalanan kembara anda nanti.
Saya setakat ini hanya berkesempatan mencuba dua denai kembara iaitu Denai 4 dari Pejabat Hutan ke Parit Fall dan Denai 9 menuju ke Robinson Fall.
Selebihnya tidak sempat saya cuba biarpun saban hari dan minggu malah menjejak tahun amat sekali mengidamkan cabaran ini malah agak teruja dan bersemangat sekejab sebenarnya bilamana melihat ramai pengembara asing yang mencuba kembara hutan ini.
Saya ingin memetik daripada beberapa sumber mengenai keadaan denai yang terdapat di sini dan saya awal-awal akui ini bukan pengalaman saya sendiri.
Denai 1 : Berstatuskan SUKAR yakni mendaki dari utara Pekan Brinchang ke Puncak Gunung Brinchang setinggi 2032 meter dari paras laut. Terdapat pilihan yang lebih mudah ke Gunung Brinchang , dengan menaiki kereta tepat ke puncaknya. Saya mencuba laluan kereta sahaja...
Update Apr 2012: Saya telah mencuba trek ini. Cukup menghiburkan... catatannya di SINI..
Update Apr 2012: Saya telah mencuba trek ini. Cukup menghiburkan... catatannya di SINI..
Denai 2: SUKAR dan memerlukan 1 setengah jam untuk bergabung dengan denai 3 melalui Sam Poh Budha Temple di Brinchang. Saya belum mencuba laluan denai ini.
Denai 3: Bermula dari Arcadia Cottage berhampiran padang golf dengan pendaki 2 jam setengah melalui laluan curam ke Gunung Beremban setinggi 1841 meter dari paras laut. Terdapat pilihan yang lebih dekat melalui denai 2 dan denai 5 dan jika inginkan lebih mencabar boleh melalui denai 7 dan 8 . Saya belum mencuba denai ini lagi.
Denai 4: Bermula di Pejabat Perhutanan Daerah ke Cameron Highlands dan menuju ke Menara Tinjau (sudah ditutup kerana terlalu uzur) sekitar 30 minit dan selalunya menjadi pilihan. Saya telah mencuba laluan denai ini.
Denai 5: Berstatuskan sederhana, denai ini memerlukan perjalanan selama 1 jam melalui laluan hutan dan akan bergabung dengan denai 3 untuk ke Gunung Beremban dan Cottage Arcadia malah boleh ke Tokong Sam Poh Budha di Brinchang atau ke Stesen Mardi Tanah Rata. Saya belum mencuba...
Denai 6: SUKAR untuk anda melalui denai ini kerana tiada panduan jalan yang baik tetapi melalui denai ini anda boleh melalui rabung sepanjang Gunung Jasar ke Bharat Tea Plantation. Saya tidak pernah melalui denai ini.
Denai 7: Merupakan laluan SUKAR yang memerlukan pendakian ke Gunung Beremban tetapi lebih dekat berbanding jika bermula di Denai 3 kerana anda boleh bermula di pertengahan pendakian dari Stesen MARDI. Saya belum mencuba denai ini lagi.
Denai 8: Cabaran SUKAR untuk mendaki Gunung Beremban kerana anda akan melalui laluan cerun menegak dari Air terjun Robinson. Saya belum mencuba denai ini lagi.
Denai 9: Jika anda ingin melihat Air Terjun Robinson, hanya perlu melalui separuh laluan denai yang dibina ini dan kembali semula melalui denai yang sama. Saya telah mencuba denai ini ..
Denai 9A: Dari Air Terjun Robinson ini anda boleh meneruskan perjalanan kembara anda ke bawahnya dan akan tiba di Ladang Teh milik Boh. Tetapi awas jika anda ingin pulang terdapat dua pilihan , pertama mendaki laluan yang anda lalui tadi ataupun terus ke Jalan Utama dan mula berjalan pulang ke Tanah Rata sejauh 12 km melalui laluan utama.
Amat jarang perkhidmatan bas ataupun teksi dan kebiasaanya pengembara akan mula menahan kereta untuk ditumpangi ke Tanah Rata. Amat jauh dan menyeksakan. Saya selalu menumpangkan pengembara dan mereka menyatakan perjalanan yang memenatkan... Saya belum mencuba denai ini lagi.
Denai 10,11 & 12: Cabaran pendakian yang amat sukar untuk ke puncak Gunung Jasar dimana laluan ini bermula di Oly Apartment dan terus ke Gunung Perdah setinggi 1551 meter dari paras laut. Anda boleh kembali semula ke Stesen Meterologi melalui gabungan trail 11 dan 12 dan melalui perkampungan orang asli Sg Ruil sebelum kembali ke Villa Dahlia. Saya belum mencuba denai ini lagi.
Denai 13: Berstatus sederhana sukar bermula dari Cameronion Holiday Inn berhampiran Taman Royal Lily dan bergabung dengan denai 14.Saya belum mencuba denai ini lagi.
Denai 14: Menuju ke Gunung Mentigi setinggi 1535 meter dari aras laut dan melalui hutan berlumut tetapi memerlukan sekitar 4 jam perjalanan. Saya belum mencuba denai ini lagi.
Tips Pakaian dan persediaan kembara:
- Pakaian yang sesuai seperti kasut kembara, seluar dan baju kembara.
- Minimakan bekalan di dalam beg anda mengikut tahap kesukaran denai yang anda akan lalui.
- Membawa bekalan air minuman yang mencukupi serta snek ringan.
- Membawa baju hujan yang ringkas.
- Kanak-kanak perlu dielakan mengikuti kembara.
- Maklumkan kepada hotel penginapan anda yang anda akan mengikuti kembara lasak. Jika tidak pulang , mereka boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa.
- Bawa kotak First Aid anda.
- Bergerak awal pagi dan elakan bermula selepas waktu petang kerana cuaca yang berubah pantas.
- Jangan keseorangan. Bergerak dalam kumpulan.
- Menjaga kebersihan dan keselamatan sepanjang kembara lasak anda.
- Gunakan khidmat pemandu arah lebih menguntungkan dan selamat.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.