Contoh bilik utama dengan tandas. |
Aku cuba untuk membuat sedikit catatan lanjut dari siri pertama yang secara rambang mengenai Holiday Apartment.
Apa itu holiday apartment? Mudah, kediaman biasa yang diubah suai seperti ala hotel untuk penginapan sewa harian dan untuk pelancong yang datang bercuti.
Lokasinya adalah bersebelahan malah bercampur dengan kediaman biasa penduduk setempat.
Maksudnya ianya berkongsi satu bangunan, tangga, parking kereta, tong sampah, bekalan air dan sebagainya dengan penduduk setempat dan ertinya anda menetap di kawasan perumahan dan bukanya kawasan hotel.
Ianya adalah unit kediaman yang mana pemiliknya tidak menduduki tetapi tidak pula menyewa bulanan tetapi lebih berminat kepada kadar harian kepada mana-mana pelancong. Maka ada yang membuat atau menganjurkan holiday apartment ini lebih untung dari sewa bulanan.
Contoh ruang dapur yang ringkas. |
Namun harus diingat, kemudahanya agak terhad seperti permintaan katil tambahan, pakej sarapan, peti simpanan keselamatan, tuala tambahan dan minuman panas apatah lagi perkhidmatan room service.
Namun kebanyakan holiday apartment menyediakan dapur basah dan kering dengan kemudahan untuk memasak yang ringkas termasuklah pinggan mangkuk.
Malah ada pemilik holiday apartment yang menyediakan peti sejuk, sterika, kemudahan air panas dan TV langganan Astro dan jika dilihat melalui pakej kemudahan ini, ternyata lebih baik dari menyewa bilik hotel budget.
Keistimewaan :
Amat sesuai untuk keluarga yang besar ataupun ramai kerana holiday apartment biasanya menawarkan kemudahan bilik tidur 3 bilik atau 2 bilik dengan 1 atau 2 bilik air, ruang makan dan ruang rehat.
Pakej ini amat murah jika hendak dibandingkan dengan pakej hotel di mana anda mungkin memerlukan 3 bilik untuk ahli keluarga anda tetapi perlu membayar mahal dengan kemudahan dan keluasan yang terhad.
Contohnya sebilik hotel budget sekitar RM 80-110 semalam dan untuk 3 bilik x 2 malam adalah sekitar RM 580 - 660 berbanding holiday apartment sekitar RM 250 semalam x 2 malam sekitar RM 500 tetapi dengan kemudahan dan keselesaan bilik yang lebih luas, ruang tamu untuk anak-anak kecil bermain-main dan berehat ataupun dapur untuk anda memasak masakan ringkas seperti mee maggi, nasi goreng, nugget dan sebagainya..
Tips :
- Jika anda datang berkeluarga mungkin sekitar atau tiga keluarga , memilih untuk menetap di holiday apartment adalah pilihan yang amat baik berbanding hotel budget atau anda boleh memilih hotel sederhana ataupun mewah jika berkemampuan.
Siapa selesa:
Apapun yang menjadi ketidakselesaan bagi penduduk setempat adalah masalah berikut.
Pertama: rasa 'privacy' kerana bilamana flat, apartment ataupun taman mereka didatangi pelbagai ceruk manusia yang menyewa.
Kedua : kekurangan tempat letak kereta yang amat ketara. Malahan petak letak kereta yang telah bertanda dan khas pun sengaja diambil dengan alasan tidak tahu atau perasan.
Ketiga : kebersihan kawasan sekitar kerana maaf untuk dinyatakan selalunya penyewa tidak begitu mengambil berat untuk menjaga kebersihan. Sampah sarap di tangga ataupun yang paling ketara dikawasan meletak kereta kerana selalunya mereka sekadar membuang sampah di sebelah letak kereta mereka apabila mengemaskan kereta dan barang-barang terutamnya ketika mahu pulang. Ini berlaku dan sering berulang!.
Keempat : Ada sesetangah penyewa yang tidak menghormati jiran-jiran asal dengan membuat bising sehingga lewat malam padahal mereka tahu dikelilingi oleh penempatan penduduk yang lain.
Namun semua in bukanlah halangan kepada pertambahan dan kebanjiran holiday apartment di Cameron Highlands memandangkan permintaan yang melebihi penawaran.
Contoh ruang tamu yang besar. Boleh menjadi "bilik bujang" |
Holiday Apartment Untuk Muslim:
Jangan terkeliru dengan tawaran holiday apartment yang murah ataupun mudah diperolehi. Bagi mereka yang muslim, pastinya anda mahukan apartment yang bebas dari was-was apatah lagi untuk memasak, bersolat dan juga berehat.
ruang makan yang selesa |
Tips: Biasanya pemilik melayu tidak akan menyewakan kepada bukan muslim tetapi pemilik atau runner bukan muslim akan menyewakan kepada semua pelanggan.
Kadar Sewa:
Kadar sewa harian adalah bergantung kepada lokasi, jenis, pemilik dan orang tengah. Jika lokasi dan jenis holiday apartment yang ditawarkan adalah di kawasan yang agak mewah dan lebih terjaga beserta kemudahan bilik yang ditawarkan, harganya mencecah RM 250-350 pada hari biasa dan boleh mencecah RM 400-500 semalam pada hujung minggu. Lokasinya seperti Park View, Prima Villa dan Villa Dahlia
Contoh bilik kedua |
Manakala bagi apartment biasa dan sederhana harganya sekitar RM 150-250 pada musim biasa dan boleh mencecah RM 300-400 semalam bagi musim perayaan. Lokasinya agak banyak seperti Taman Carnation Park, Taman Puncak Arabella, Taman Royal Lily, Taman Jasar/Carnantion Park, Brinchang dan pelbagai lagi.
Contoh bilik ketiga. |
Orang Tengah atau Runner:
Kenapa harga holiday apartment kadangkala begitu tinggi ? Ini kerana ramai "runner" atau orang tengah yang menjadi perantara. Cara operasi mereka senang dan mudah, mempunyai hubungan baik dengan pemilik apartment dan biasanya pemilik akan menetapkan harga lantai seperti RM 200 semalam dan merekalah yang memainkan harga sendiri.
Ada yang bagus akan mengambil untung sekitar RM 50 semalam dan bayangkan berapa untung mereka jika berjaya mendapatkan pelanggan dengan harga RM 400 semalam?!!!
Ada yang bagus akan mengambil untung sekitar RM 50 semalam dan bayangkan berapa untung mereka jika berjaya mendapatkan pelanggan dengan harga RM 400 semalam?!!!
Tips: Memilih dan menyewa apartment:
- Kalau mendapat tawaran harga yang terlalu tinggi, cubalah mencari pilihan yang lain.
- Dapatkan maklumat penting mengenai lokasi dan jenis apartment samada studio, 2 bilik, 3 bilik ataupun rumah dan kemudahan yang disediakan.
- Tegaskan pendirian anda untuk apartment perlancongan MUSLIM. Terdapat runner yang menawarkan juga apartment bukan khusus untuk muslim.
- Kebanyakan pemilik apartment mempunyai laman blog atau facebook untuk anda melihat gambar sebenar apartment.
- Jika anda ditawarkan dengan pelbagai jenis apartment dan lokasi, ini bermakna anda berurusan dengan 'runner' dan tawar menawar harus dilakukan.
- Elakkan datang pada hari atau musim cuti puncak seperti perayaan dan cuti umum rasmi.
- Tawar menawar boleh dibuat dengan melihat lokasi tersebut dan eloknya anda melihat sendiri keadaan apartment tersebut sebelum mengatakan YA!..
- Jika anda masih tidak mempunyai apartment pilihan terakhir anda boleh ke kedai-kedai makan di food court dimana mereka juga mempunyai iklan dan 'runner' bagi apartment.
- Harga mengikut jenis dan lokasi . Biasanya di buka sekitar RM 200 sebagai permulaan dan boleh mencecah RM 400 semalam.
- Kebelakangan ini harga mula dibuka sekitar RM 250 semalam dan runner biasanya membuka pada harga RM 300 semalam ke atas.
Luas dan selesa. |
Runner? belum lagi tetapi sebenarnya peluang amat besar dan berhajat juga...
Cuba anda tanya mana tahu terlintas pulak nak jadi runner.. untung sikit sikit boleh jugak ye.. jangan marah!!! yang gambar di atas ini selalunya saya cadangkan dan syorkan kepada kepada kawan-kawan saya jika mereka bertanya kerana saya yakin mereka akan selesa...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.