Rasanya aku dah jumpa topik yang seronok aku nak taip dan kongsikan iaitu mengenai sesuatu yang dekat dengan aku yakni CAMERAN HIGHLANDS. Asalnya sekadar nak berkongsi maklumat bagi mereka yang ingin melawat dan melancong ke sini dan nampaknya seronok pula.
Bagi yang bermaustatin di sini seperti saya, mungkin istilah 'lali' adalah terbaik untuk mengambarkan perasaan bila ditanya keseronokan di sini. Tapi bagi mereka yang jarang-jarang atau kadang-kadang mungkin tertanya tanya bagaimana dan di mana mereka boleh menikmati perjalanan dan percutian mereka ke sini.
Tanpa untuk mengambil untung, aku ingin berkongsi maklumat yang aku perolehi dari pengalaman sendiri sebab kalau mengambil orang sekadar 'copy and paste' sana dan sini mungkin lebih Indah khabar dari rupa, jadi biarlah pelahan-lahan catatan mengenai siri Tips Melawat Cameron Highlands ini asalkan dari pengalaman sendiri.
Maklumlah kalau dikatakan idea asal homestay, anda perlu menetap didalam rumah beserta dengan pemilik rumah itu sendiri tetapi ini lebih 'privacy' di mana biliknya adalah berpisah dari rumah utama. Jadi saya lebih gemar mengatakan konsep 'Kampungstay'.
Terletak di Kampung Taman Sedia, anda boleh memilih untuk menetap di antara 11 bilik chaletnya yang terdiri daripada 5 bilik kelamin dan keluarga sekitar RM 150 dan 6 bilik kelamin sekitar RM 80-90 semalam.
Jumlah bilik yang terhad ini masih mampu untuk anda membawa keluarga yang besar dan mengadakan 'perjumpaan keluarga di sini dengan menempah lebih awal untuk jumlah yang banyak.
Ruang legarnya selesa dan terdapat kemudahan tempat makan (bukan gerai makan) dan BBQ jika anda inginkan aktiviti ini di waktu malam.
Jumlah bilik yang terhad ini masih mampu untuk anda membawa keluarga yang besar dan mengadakan 'perjumpaan keluarga di sini dengan menempah lebih awal untuk jumlah yang banyak.
Ruang legarnya selesa dan terdapat kemudahan tempat makan (bukan gerai makan) dan BBQ jika anda inginkan aktiviti ini di waktu malam.
Istimewanya anda hanya perlu keluar dari chalet anda dan boleh terus menngunjungi kebun sayur tradisional dan juga tanaman strawberry di mana pemilik chalet ini juga terlibat mengusahakannya di bahagian depan dan belakang chalet ini.
Malah berdekatan dengannya adalah kebun-kebun strawberry berkonsepkan agrotrourism dan dimiliki dan diusahakan oleh orang Melayu. Manakala sebelah kanannya adalah taman permainan kanak-kanak dan bersempadanan juga dengan Surau Kampung Taman Sedia.
Manakala dibahagian belakang chalet ini adalah Komplek Pejabat Kecil Jabatan Perhutanan Daerah di mana terletaknya Kem Sungai Pauh dan Parit Fall yang boleh dilalui dengan menggunakan trek ringkas yang selamat.
Malah berdekatan dengannya adalah kebun-kebun strawberry berkonsepkan agrotrourism dan dimiliki dan diusahakan oleh orang Melayu. Manakala sebelah kanannya adalah taman permainan kanak-kanak dan bersempadanan juga dengan Surau Kampung Taman Sedia.
Manakala dibahagian belakang chalet ini adalah Komplek Pejabat Kecil Jabatan Perhutanan Daerah di mana terletaknya Kem Sungai Pauh dan Parit Fall yang boleh dilalui dengan menggunakan trek ringkas yang selamat.
Kenapa saya mengatakan bukan sekadar dimilik tetapi juga diusahai oleh orang Melayu kerana terdapat juga kebun-kebun strawberry yang sekadar dimiliki oleh orang Melayu tetapi diusahakan oleh kaum lain malahan pekerja Bangladesh pun ada.
Anda boleh terus menghubungi pemilik Ros Chalet iaitu pasangan suami isteri Kak Ros di talian 0125838060 ataupun En. Zul di talian 0195782044.
Jika anda sampai di sini, kaunter chalet mereka adalah di kiosk yang berseberangan dengan Chalet ini.
Sampaikan salam saya, Jack untuk mereka... cuma gambar dalam catatan ini nampaknya ada masalah dan saya terpaksa mengantikan sekitar dua keping sahaja. Nanti saya carikan di masan koleksi gambar Ros Chalet ini.
Bagi mereka yang pernah mempunyai pengalaman di Ros Chalet ini mungkin anda boleh memetik sepatah dua kata di bahagian ulasan.
Maklumlah saya tidak pernah bermalam di chalet ini memandangkan jarak rumah sekadar 4 minit perjalanan berkereta. Gila pulak nanti kalau tiba-tiba menyewa bilik di Cameron Highlands.
Selamat melancong...
jom kita sokong pengusaha org melayu, kalau kita x sokong sapa lagi.
ReplyDeletepengusaha melayu cemeron highland kena banyakkan promosi, iklankn d ahkbar .ramai org kita x tahu adanya resort,chalet org melayu usahakan. effa penang
ReplyDeleteDi kampung Taman Sedia ini terdapat ramai lagi pengusaha Homestay dimiliki oleh orang Melayu kerana kampung ini adalah kampung melayu pertama di sini .. akan saya kongsikan kisah kampung ini dalam catatan yang akan datang ...
ReplyDeleteTerima kasih atas info berguna walopun ringkas ini. Saya sekeluarga plan nak ke Cameron bulan 5 ni insyaallah. Tgh survey penginapan dan nmpknya Ros Chalet ni sesuai terutama utk mak saya yg tak larat nak naik tangga tinggi2.
ReplyDeleteHarap Mr Kumai dapat tulis byk2 lagi info mengenai Cameron.
Selain Ros Chalet rasanya Marina Chalet juga bersesuain dengan kunjungan anda malah terdapat beberapa lagi chalet homestay di Taman Sedia ini..
ReplyDeletesy pernah menginap di rose chalet,..mmg memuaskan. view kg yg nyaman dgn kabus waktu pagi mmg satu pengalaman yg menakjubkan. kepada sesiapa yg nk rasa kelainan dari tinggal di hotel rose chalet adalah tempat yg sesuai.
ReplyDeleteyang ini mereka gelarkan kampungstay bukannya homestay ..homestay anda akan menginap di rumah dengan pemiliknya.
ReplyDeleteKampungstay lebih kepada bilik dan bangunan yang berasingan..
murah harganya...
rose chalet memang terbaik. owner pn layanan bagus :) siap ada tempat bbq lagi. kalau nak strawberry pn senang depan chalet je. tepi chalet plak ada kebun sayur skit. landskap sangat menarik :) kalau dtg ngn family, rose chalet ni antara pilihan bagus la, harga pn ok.
ReplyDeleteIN SHA ALLAH...Saya dan family akan.bercuti disini..
ReplyDeleteIN SHA ALLAH...Saya dan family akan.bercuti disini..
ReplyDeleteSaya pun.... krul
ReplyDelete