Tuesday, January 10, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Smoke House

Kali ini saya berkongsi mengenai Smoke House Hotel and Restoren bagi mereka yang inginkan merasai kelainan dan menghayati senibina tudor antara yang terawal dibina di Cameron Highlands malah masih kekal sehingga kini. 

Smoke House Hotel dan Restoren dibina pada tahun 1937 oleh Douglas Warin yang sememangnya dibina sebagai hotel penginapan dengan kemudahan 6 bilik sahaja. Dengan senibina tudor dan dilengkapi dengan suasana English Garden di perseketarannya memberikan suasana yang berbeza. 

Mengikut sumber sejarah, matlamat asal pmbinaan hotel ini adalah bagi mewujudkan perseketiran yang sama dan ini mendapat sambutan hangat bagi koloni Inggeris yang berada di Malaya dan merindui suasana kampung halaman mereka. (S.van Heckle & L. van der Linde)

Untuk mengunjungi Smoke House amat mudah. Anda hanya perlu melalui jalan utama yang menghubungkan Tanah Rata dan Brinchang dan bila sampai di Padang Golf, Smoke House akan anda temui. 
 

Sesuai untuk penginapan dan menu makanan ala English tetapi agak mahal bagi kebiasan orang. Namun sekiranya hanya ingin bergambar, anda boleh sahaja singgah dan mengambil gambar secara percuma tetapi ada sempadan yang perlu hormati.

Tips : JIika anda inginkan menjelajah ke ruang dalaman tetapi untuk menginap tidak mampu, saya mengesyorkan anda menikmati jamuan tea sekitar RM 25 bagi set scone dan tea dan ini juga merupakan tiket untuk membolehkan anda memasuki ruang makan, ruang tamu, ruang reception dan juga boleh berlegar di taman Englishnya...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.