Wednesday, December 21, 2011

Saya tetap akan menjadi muslim biarpun ......

Tajuk ini memang panas.. memang kontroversi dan amat memalukan bagi seorang muslim yang mengakui dia muslim tetapi pada masa yang sama dia seorang GAY yang sama sekali bercanggah dengan ajaran dan hukum hakam Islam.


Kisah ini bukan kisah Cinta Dogeng tetapi kisah Cinta HARAM!! 


Kita dikejutkan dengan kisah bekas pelajar ini yang berkahwin dengan pasangan gaynya. Kita dimalukan dengan kebiadapan pelajar ini mengayakan dirinya sebagai bangsa Melayu. Kita melahirkan kekesalan dan banyak-banyak beristifar diatas tindakannya melanggar hukum hakam agama Islam. 


Ini bukan atas dasar HAK Kemanusian tetapi aku sebagai seorang Islam dan berbangsa Melayu amat tidak menyokong dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelajar ini mengamalkan GAY atas apa jua alasan. 


Aku secara JUJUR & IKHLAS mengakui hakikat TIDAK BERSETUJU. TIDAK SAMA SEKALI MENYOKONG dan TIDAK AKAN BERPURA-PURA BERSIMPATI ATAUPUN BERSENGKONGKOL dalam tindakan pelajar ini. 


Anda mahu katakan aku penentang hak asasi manusia? Anda mahu menggelarkan aku sebagai tidak moden? Tidak mengikut zaman di negara Maju? 


Aku Islam dan Melayu ... Islam pertama , Melayu bersama.. aku tidak kisah jika anda mengatakan apa-apa pun kepada aku kerana pendirian ini. 


Aku tidak risau kerana sekadar undi dan kedudukan . Yang salah tetap salah .. tiada jawapan beserta tapi ... alangkah..andai... Anda ? takut untuk menyatakan pendapat yang sama? Anda memang pengecut !!!!!


Dipetik dari laman web : Anak Seberang




Kisah warga Malaysia, Ariff Alfian Rosli (28 tahun) bekas pelajar perubatan di University College Dublin (UCD)pelajar yang dikesan telah pun berkahwin dengan pasangan iaitu seorang lelaki Ireland (gay) bernama Jonathan mendapat pelbagai reaksi negatif dari seluruh negara kita.

Inilah Padahnya Jika LGBT Menjadi Amalan.


Berikut A.S kongsikan gambar-gambar Ariff di majlis 'resepsi' dengan pasangannya.
Ada orang kata nanti, jangan mengaibkan, tapi ni dah jelas, dia yang berbangga ber'posing' sebegini.



Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain. 





Tanpa berasa malu, baju melayu beserta tanjak dikenakan semasa majlis 'perkahwinan' nya. Tidakkah terbit difikiran apa yang dilakukan itu bukan sekadar memalukan negara.. tapi turut memalukan BANGSA dan juga AGAMA?

Tiadakah perasaan bersalah kepada ibu bapa yang telah banyak berpenat lelah mendidik dan membesarkan sehingga dewasa, beri makan, beri pelajaran, hantar ke luar negara dengan harapan dia pulang sebagai manusia berguna? Dari apa yang dia lakukan, bukan sekadar membebankan ibubapanya, tetapi juga menconteng arang ke muka mereka.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.