Bergambar beramai-ramai satu kemestian.. walaupun hanya sebahgian. |
Sambil membelek-belek koleksi gambar hari raya puasa yang lalu selepas seorang kawan meminta salinan gambarnya, rupa-rupanya aku baru sedar abahawa aku terlupa untuk berkongsi di sini gambar tradisi masyarakat Felda menyambut hari raya.
Kalaulah bukannya keseluruhan felda-felda di seluruh Malaysia mengamalkan tradisi ini kerana aku sendiri pun tak pernah beraya seawal pagi di Felda orang lain, tapi ini lah salah satu amalan di Felda aku yakni Felda Kumai, Triang, Pahang.
Dan jika tidak semua blok di Felda Kumai masih mengamalkan tradisi ini, aku pasti berbangga untuk menyatakan bahawa warga Blok 13 Felda Kumai masih mengamalkan tradisi kunjungan beramai-ramai dari rumah ke rumah malah bertambah meriah saban tahun.
Nampaknya macam kebiasaan amalan di hari raya tetapi bagi ahli keluarga blok 13 pastinya acara yang amat kami tunggui. Namun setiap tahun bukanlah wajah mereka yang sama dapat menyertai sambutan ini kerana ada yang beraya di rumah mertua pasangan masing-masing mengikut giliran masing-masing malah ada juga yang telah meninggalkan kami dalam tempoh setahun. Al Fatihah.
gabungan kanak-kanak ... |
Sebelum bercerita mengenai tradisi ini, aku kurang sikit untuk menggunakan istilah 'baraan' bagi tradisi ini kerana kami tidak pun mengelarkan sebegitu. Namun tujuan tetap sama dan masih bertemakan sambutan hari raya.
Dan bercerita sedikit mengenai Felda Kumai, boleh anda sambung pembacaan anda di catatan terdahulu Felda Kumai manakala blok 13 adalah salah satu blok penempatan peneroka yang terdapat di Felda ini.
menemui mak cik-makcik yang kepenatan menyiapkan juadah |
Blok 13 mempunyai 24 buah keluarga yang berasal dari Kedah , Perak, Pahang, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Johor. Kini selepas 32 tahun generasi kedua dan ketiga nampaknya semakin bertambah dan sambutan hari raya pada masa ini lebih terarah kepada sambutan bersama generasi ke 2 dan ke 3 yang pulang beraya di Kampung halaman.
Manakala golongan tua sepeti pak cik makcik biarpun masih beraya di sini namun tidak dapat menyertai rombongan kerana keuzuran dan amalan mengungjungi ini juga memberi kesempatan untuk semua menziarah mereka yang uzur.
Manakala golongan tua sepeti pak cik makcik biarpun masih beraya di sini namun tidak dapat menyertai rombongan kerana keuzuran dan amalan mengungjungi ini juga memberi kesempatan untuk semua menziarah mereka yang uzur.
Tradisinya amat mudah. Selepas sembahyang raya, akan berlangsungnya kunjung mengunjungi dari rumah ke rumah dan biasanya semua ahli blok dan keluarga akan mula berkumpul di rumah Pak Lang Don yakni rumah pertama blok 13 yang bersempadanan blok 12 dan majlis berhari raya bermula dengan bacaan doa dan kadangkala sedikit ucapan diberikan sebelum menikmati juadah yang disediakan.
setiap rumah pelbagai versi cerita dan juadah |
Setiap rumah mempunyai juadah tersendiri dari rendang , ketupat dan pelbagai kuih muih hari raya sehinggalah nasi dagang, laksa,, tomyam, nasi minyak dan pelbagai lagi mengikut resipi kelahiran tuan rumah seperti Laksa orang utara, Soto dan Lontong bagi Selatan serta nasi dagang dan minyak bagi orang Timur.
berkesempatan berjumpa dengan semua generasi |
Selalunya setiap rumah akan mengambil masa 20-30 seminit bergantung dengan menu yang disediakan dan juga bergantungdengan selera ahli rombongan. Bayangkan jika sudah memasuki rumah yang ke 10 pastinya berat untuk menikmati makanan kerana perut sudah penuh.
Sebaik selesai setia rombongan akan bersalaman, bermaafan dan mengucapkan selamat hari raya dengan ahli keluarga tuan rumah dan ianya berulang kali di setiap rumah. Dan pastinya kanak-kanak akan lebih bergembira setiap kali bersalaman dengan tuan rumah kerana sampul duit raya pasti diberikan.
Namun terdapat juga rumah-rumah tertentu yang bukan sahaja memberikan duit raya kepada golongan muda malah semua orang-orang tua.
Sebaik selesai setia rombongan akan bersalaman, bermaafan dan mengucapkan selamat hari raya dengan ahli keluarga tuan rumah dan ianya berulang kali di setiap rumah. Dan pastinya kanak-kanak akan lebih bergembira setiap kali bersalaman dengan tuan rumah kerana sampul duit raya pasti diberikan.
Namun terdapat juga rumah-rumah tertentu yang bukan sahaja memberikan duit raya kepada golongan muda malah semua orang-orang tua.
kanak-kanak menantikan sampul duit raya |
Orang tua dan muda juga kadang-kala tidak pulang dengan tangan kosong.. |
Manakala bagi kaum muda, inilah peluang untuk menemui mak cik-mak cik yang bertungkus lumus di dapur dan berkesempatan bersalaman antara satu sama lain dan memohon kemaafan.
Mereka pulang ke kampung mungkin dalam kekerapan 3-6 kali setahun tetapi bukan semua tempoh itu dapat menjengah dan melawat mak cik-makcik sejiranan dan peluang sebegini pastinya tidak akan dilepaskan.
Mereka pulang ke kampung mungkin dalam kekerapan 3-6 kali setahun tetapi bukan semua tempoh itu dapat menjengah dan melawat mak cik-makcik sejiranan dan peluang sebegini pastinya tidak akan dilepaskan.
Bermaafan dengan mak cik-makcik sejiranan... |
Ini adalah tradisi mudah , ringkas dan biasa menjadi amalan tetapi bagi blok 13, inilah kebanggan. Kami difahmkan sesetengah blok terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu warga tua dan kaum muda yang berasingan. Tetapi bagi kami bergerak dalam satu rombongan terdiri dari kaum tua, kaum muda dan kanak-kanak amat mengembirakan.
Semoga ianya berkekalan... Insyaallah ...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.