Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Guru ... kisah 2

'Kenapa saya datang ke Sekolah ', itu mungkin pertanyaan biasa yang selalu kita dengar dan barangakali bertanya kepada pelajar.


Tetapi yang aku nak cerita dan kongsi ialah pertanyaan ini sebenarnya diajukan oleh seorang cikgu kepada dirinya sendiri setiap kali dia melangkah ke sekolah saban hari.

Mungkin pelik dan aneh kenapa seorang guru bertanya dirinya sendiri walhal pelajar yang patut bertanya diri sendiri. Namun inilah komitmen seorang guru yang cuba mengingatkan dirinya sendiri akan amanah dan tanggungjawabnya sebagai seorang guru bukannya sekadar makan gaji atau mengejar pangkat.

Aku mengetahui kisah ini bilamana mengetuai editorial majalah sekolah 1995. Guru yang aku maksudkan ialah Cikgu Ng Kam Meng , seorang guru biasa yang mengajar matematik. Dengan rutin hariannya membawa sebuah beg dan mula menunggu bas sekolah yang sama membawa pelajar sekolah . 

Bila diajukan soalan kenapa menaiki bas sekolah bukannya kereta, katanya dia apabila bangun pagi, niatnya adalah untuk ke sekolah dan menaiki bas sekolah adalah sebahagian hidupnya dari mula kerjaya dan lebih utama dia dapat melihat dan mendekati pelajarnya seawal perjalanan 'kenapa saya datang ke sekolahnya....

Kalau tak silap aku semasa ditemubual, Cikgu pernah menyatakan beberapa kali beliau menolak kenaikan pangkatnya kerana bimbang semakin jauh dengan pelajar bilamana melakukan tugas pengurusan...

Selamat Hari Guru Cikgu...

(Cikgu Ng Kam Meng merupakan seorang guru yang berkhidmat lebih 26 tahun dalam profesion perguruan dan bersara pada tahun 1995, namun berkat kegigihannya mendidik pelajar, beliau kembali ke sekolah setelah ditawarkan kontrak mengajar selepas persaraannya juga di Sekolah Menengah St Thomas Kuantan)

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.