Aku terdiam dan mula terfikir kenapa begitu bersemangat cikgu ini menyatakan ayatnya. Rupa-rupanya dikalangan puluhan pelajar didikannya hanya aku mensasarkan A1 dalam matapelajaran sejarah untuk SPM.
Mungkin sebenarnya belian merasa kecewa kerana pelajar yang lain tidak melihat kepentingan matapelajaran sejarah menyebabkan dia gembira melihat slip target aku.
Dan aku dapat merasakan, cara pengajaran beliau dan bimbingan beliau kepada aku dan pelajar yang lain sentiasa bersemangat. Mungkin juga beliau mencabar dirinya sendiri untuk membuktikan sejarah bukanlah pelajaranya sampingan ataupun susah khasnya kepada pelajar aliran sains dan di sekolah yang mempunyai hanya pelajar lelaki...
Awal 1997 , keputusan sejarah aku mencatat A1 bersama beberapa orang kawan yang lain...
Terima kasih cikgu dan Selamat Hari Guru kepada Puan Haniza Hashim... guru sejarah kami ...
(Cikgu Haniza Hashim mula kembali ke sekolah St Thomas pada tahun 1993 setelah melanjutkan pelajarannya. Kini khabarnya menjadi Guru Penolong Kanan di SMK Beserah , Kuantan.)
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.