Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Guru ... kisah 1

Pagi itu Bandar Kuantan hujan lebat dari malam semalam. Sejuk sudah pasti terasa. Namun dalam kesejukan semua daripada kami tetap bangun dan bersiap untuk ke sekolah maklumlah budak asrma mana boleh ponteng nanti pasti kantoi dek warden asrama yang garang.

Macam biasa dalam hujan kami naik bas dan kali ini driver bas Pak Hasan mengalih arah hentian basnya untuk kami lebih dekat dengan pintu pagar sekolah.
Dan aku antara yang paling awal turun dan dalam hujan lebat niat aku hanyalah untuk lari sepantas mungkin ke bangunan dewan sekolah yang paling hampir dengan pintu pagar. Tapi langkah terakhir aku ditangga bas terhenti bila seseorang dengan mersa menyapa dan membawa payung dan membawa aku ke dewan sekolah.
Hanya berseluar track biru dan berbaju round neck putih 100 plus, lelaki itu kembali semula ke bas untuk tujuan yang sama, membawa pelajar yang lain ke dewan sekolah. Tempias dan hampir kuyup bajunya tidak dipedulikan. Kesejukan pastinya diletakkan ke tepi.
Maka seorang demi seorang kawan-kawanku turut diberi perkhidmatan percuma itu. Tidak sekadar berhenti disitu seperti hujan yang jugak tidak mahu berhenti , lelaki itu pantas pula membuka pintu kereta-kereta ibu bapa yang menurunkan anak-anak masing-masing. Misinya masih dan tetap sama, tidak kira sama ada pelajar itu Melayu, India atau pun Cina, semua dilayan sama rata.
 
Aku masih berdiri di tepi dewan itu. Mahu rasanya aku mengikut lelaki itu membantu yang lain namun apakan daya , tiada payung ditangan. Kemudian aku melihat sekumpulan pengawas sekolah yang mungkin sama berfikiran dengan aku mula mengikut jejak langkah lelaki itu. Mereka mula membawa payung dan mula membantu dan menyambut pelajar yang tiba dengan payung ditangan untuk melindungi dari hujan.
 
Loceng sekolah berbunyi, dan aku lihat lelaki itu tetap meneruskan kerja mulia itu. Aku lihat bajunya , seluarnya malah cermin matanya sudahpun basah. Hanya menggunakan baju yang masih kering dibahagian leher untuknya mengeringkan cermin matanya bila perlu.
 
Aku kagum. Malah itulah yang selalu aku rasa bila bersama dengan lelaki ini. Bukan hanya pada hari hujan lebat ini sahaja malah sepanjang masa tuturnya dan mesra sentiasa terpapar dengan ikhlas.

Malah aku rasa ramai dikalangan kami bekas pelajar SM St Thomas akan mengakui hakikat ini kerana lelaki yang aku ceritakan ini adalah Cikgu Ambanasan… yang tidak pernah jemu bersama pelajarnya samada ketika senang ataupun susah, ketika menang ataupun kalah …
 
Selamat Hari Guru Cikgu ……. Ini antara sepincis kisah pada tahun 1994 dikalangan ribuan kisah saya bersama cikgu 1990-1995 yang tidak akan saya lupakan…

Ketika kejadian hujan lebat ini, Sekolah Menengah Perempuan Methodist dan SK St Thomas telah mengalami persistiwa banjir yang pertama kali berlaku akibat pembinaan bangunan kedai baru dibahagian belakang sekolah ini.

(Cikgu Ambanasan adalah seorang guru sukan dan belajar dan kemudian berkhidmat di Sekolah Menengah St Thomas Kuantan sebelum bertukar dan kini merupakan Guru Penolong Kanan Sukan di SMK Tanjong Lumpur.)

1 comment:

  1. waahhhhhh teringat cikgu amba.. beliau merupakan guru ekomomi asas saya dulu back in 2003 dan 2004.. die jugak mengajar abang saya jugak dulu yang merupakan bekas pelajar saint thomas, dari guru ekonomi sekarang Gpk.. rindu plak kat cikgu amba berceloteh time mengajar hehe

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.